"Esok mulalah kita bangun awal balik kan Sherry. Aku rasa malam ni kena tidur awal dah."
"Hani, kau nak tidur dengan aku ke? Kalau nak kau pergi tidur dulu. Aku nak siapkan kerja ni sikit je lagi."
Setelah menunggu Sherry menghabiskan kata-katanya, aku beredar menuju ke bilik Sherry. Aku sangat rindukan kawan baik merangkap housemateku yang sangat sporting dan happy go lucky perangainya.
Sherry sherry tak habis-habis dengan kerja kau. Nasib baik lah ada cuti. Kalau tak de cuti, confirm kau tak rehat. Ngomelku dalam hati. Lucu jugak kadang-kadang jika teringatkan Sherry yang sangat komited dengan kerjanya sehingga boyfriend pon tak sempat cari.
Kalau ada pun pasti sudah lari. Mana tidaknya, pekerjaan menjadi nombor satu dalam kamus hidup.
Kadang-kadang telefon yang berbunyi pun tidak sempat diangkat jika dia membawa balik kerja ke rumah.Aku kenal benar perangai Sherry yang satu itu. Sherry adalah seorang wanita yang sangat bertanggungjawab dalam sesuatu pekerjaan yang dilakukannya. Memandangkan Sherry merupakan seorang pegawai perhubungan di sebuah syarikat, dia terpaksa menggalas tanggungjawab bagi menjaga nama baik syarikat tersebut. Aku percaya Sherry bukan sahaja disayangi olehku, malah semua orang yang mengenalinya, sangat menyayangi seorang wanita besi bernama Sherry.
Dan aku, aku merupakan seorang doktor di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Aku sudah memegang jawatan sebagai doktor selama 4 tahun.
Dalam masa 5 tahun pengajian, dapat juga aku menjadi seorang doktor tang diimpikan oleh diri dan juga keluarga. Tidak putus-putus mereka memberi harapan kepadaku supaya menghabiskan pengajian memandangkan pengajian di luar negara melalui jalan yang sukar.Esok merupakan hari pertama aku ditugaskan dalam bilik kecemasan dan trauma. Sebelum ini aku ditugaskan di wad menjaga kanak-kanak. Memandangkan aku tidak suka ditugaskan di situ, aku telah membuat permohonan, dan permohonan tersebut telah diluluskan oleh pihak hospital.
Aku menepuk-nepuk lembut bantal berwarna pink di sisi sambil tersenyum.
"Sherry sherry kau ni muka je garang tapi kalau barang-barang kau semua warna pink" aku tergelak kecil apabila teringatkan saat perkenalan aku dengan Sherry 5 tahun dahulu.Empat tahun dahulu.....
Assalamualaikum...
aku memberi salam sebaik saja ibu memberhentikan kereta di hadapan sebuah rumah yang aku wazekan alamatnya di telefon bimbit.
Rumah ini akan aku sewa kerana aku ditugaskan di hospital berdekatan.
Setelah penghuninya membuka pintu rumah aku agak terkejut melihat penghuninya yang sedang berdiri dihadapanku.Walaupun wanita itu memakai tudung di kepala, aku dapat merasakan wanita itu sangat menakutkan. Mukanya tanpa senyuman seolah-olah ibu tiri yang ingin memarahi anak tiri yang degil.
Wanita itu menjemputku dan ibu masuk ke dalam dan menghidangkan air serta sedikit kuih. Setelah berborak, hilang semua perasaan takutku kepada wanita tersebut. Mungkin benar kata orang tak kenal maka tak cinta.
Wanita ini sangat sopan santun dan berbudi bahasa.
Ibu juga kelihatan tenang setelah bermesra dengannya.
Sebab itu juga, aku yakin aku boleh mempercayainya jika aku tinggal bersamanya
Itulah wanita yang sekarang ini menjadi bestfriendku, Sharifah Ardilla binti Syed Adli.Kini kami seperti adik beradik, aku menganggapnya sebagai kakak memandangkan dia lebih tua usianya berbanding aku.
Tua pun hanyalah kepada bulan, tetapi nasih tahun yang sama.
Please vote uolls cerita yang tak seberapa ni...

ANDA SEDANG MEMBACA
DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔
Любовные романыPercintaan seorang doktor telah membawa kepada pertemuan cinta antara dua hati. Lafaz yang terucap telah menghalalkan hubungan yang terbina. Kebahagiaan yang dirasai diharapkan berkekalan. Namun rahsia silam telah menghakis sedikit demi sedikit kep...