"Hani, jogging jom?"
Sherry yang sedang menuruni tangga rumah terus mengajak aku untuk keluar beriadah pagi itu.
"Ok jugak, kita pun dah lama tak spend time keluar jogging sama-sama. Kejap ye, aku naik atas tukar baju".
Aku terus bangun dari sofa lalu berlalu menuju ke bilik. Semasa hendak keluar dati bilik, aku mengerling ke arah jam yang terganyung cantik di atas pintu bilik.
Jam menunjukkan pukul 6:45 pagi.
"Awal lagi, ingat dah pukul tujuh lebih."
Aku bercakap sendiri dalam hati apabila melihat jam masih awal pagi.
Aku yang melihat Sherry sudah menunggu di dalam kereta, terus mengunci pintu rumah dan meloloskan badan ke dalam kereta jenis honda civic milik Sherry.
******************************
"Hah tu la kau, tadi beria-ia nak hajak aku lumba konon. Tengok sekarang, sapa pancit dulu."
Aku ketawa lucu melihat Sherry yang sudah meronta-ronta ajak berehat. Katanya, mahu jogging tiga pusingan taman.
Tapi, belum pun habis satu pusingan, sudah penat tahap orang asma gayanya.
Sambil aku berehat di kerusi batu di bawah sebatang pokok yang berada di situ. Aku terdengar satu suara memanggil namaku.
Suara yang memanggil itu seperti suara lelaki. Aku pusing ke arah suara itu dan terkejut apabila melihat Inn sedang berdiri tegak di hadapanku.
"Eh, Inn u datang jogging ke?"
Aku memulakan kata dengan bertanya soalan yang sudah tahu jawapannya.
"Eh, tak lah I tengah shopping. U tak nampak ke beg shopping ni."
Kuat tawa lelaki itu kedengaran setelah menjawab pertanyaanku dengan 'loyar buruk'nya.
Agak lama kami bersembang dan Inn sekali lagi mengingatkan tentang perkara yang perlu aku putuskan jawapannya malam ni.
Sebentar lagi, aku akan pulang ke Perak untuk berjumpa ibu dan ayah untuk memutuskan keputusanku mengenai isu perkahwinan itu.
Aku cuba mengambil masa untuk menenangkan hati dengan melupai sekejap masalah itu.
Namun, dengan kehadiran Inn disisi telah membawa kembali masalah itu kedalam fikiran.
"Inn, u tinggal kat area-area sini jugak ke?"
"Ye I tinggal kat taman depan tu."
Taman depan tu?
Bermakna taman yang juga aku tinggal. Tapi kenapa tidak pernah nampak kelibat Inn dikawasan tu?.
Mungkin Inn tinggal di lorong lain.
Aku kerling Inn disebelah sedang menonton drama di telefon bimbitnya.
"Mamat ni kaki drama ke? Muka dah elok tapi dalam hati ada taman pulak."
Aku hanya mencebik melihat gayanya yang sengaja di'macho'kan sambil mata tidak lepas dari melihat skrin telefon.
Aku pandang muka Inn dari tepi...
Muka itu mengingatkan akubpada seseorang.
Ya, aku teringatkan Aidil setiap kali aku melihat wajah Inn dari arah tepi. Tenang sahaja hati ini melihatnya.
Mungkin ada persamaan antara mereka?
Aku tersenyum senditi sambil dalam hati sudah mempunyai jawapan bagi jawapan yang ditunggu-tunggu sejak sebulan lalu.
******************************
"Assalamualaikum..."
Sebaik sahaja kereta memasuki garaj, aku terus masuk ke dalam rumah dan berlalu ke dapur.
Aku mendengar salam yang yang diberi disahut dari dapur. Pastibibu sedang memasak sesuatu untuk makan tengah hari.
"Ibu! Adik rindu ibu la."
Terus tubuh ibu aku salam dan peluk seperti selalu.
"Ibu masak apa hari ni?"
"Ibu masak favourite adik la, sotong masak sambal. Hari ni ibu masak yang special-special ja kat adik. Malam ni ibu nak masak mee ketam pulak. Adik kan rindu masakan ibu?"
Bunyinya seperti membodek sahaja.
Aku yang perasan ibu sedang mrmbodek terus membalas ddngan ayat yang sengaja di'panas'kan.
"Eleh ibu tu bodek adik aa tu. Kalau tak pasai nak tau jawapan malam ni, tak mau nya lah ibu masak benda yang renyah-renyah(susah) ni".
Aku sengaja membalas cakap ibu dengan nada sedikit pedas.
Kami suka bercakap dengan loghat utara jika bersembang dengan ibu kerana ibu berasal dari kedah.
Lagi pula, loghat itu sangat unik dan sedap didengar.
Ayah yang berasal dari Perak juga sudah terpengaruh dengan loghat utara sehingga dia juga selalu menyakat ibu dengan menggunakan loghat tersebut.
Ibu yang perasan aku sudah membalas pedas katanya terus kelat sahaja mukanya.
Ibu juga menyuruh supaya aku menolongnya menghidangkan makanan yang sudah siap dimasak sementara ayah pulang dari berjjmpa kawannya.
******************************
Malam itu masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Wajah ibu dan ayah aku tatap penuh berhati-hati supaya tiada hati yang terluka dengan jawapan yang bakal aku katakan.
"Ayah, ibu, adik tak pernah pun bantah cakap ibu ayah. Tak pernah pun adik tak ikutkan cakap ibu ayah. Tapi...
Tapi soal kehidupan adik, biarlah adik tentukan sendiri siapa yang adik nak untuk jadi husband adik."
"Adik, ayah faham perasaan adik, tapi adik kena jugak bagi jawapan malam ni. Ayah dengan ibu bukan nak paksa adik, tapi kami cuma nak jawapan, adik fahamkan?"
Ayah mula menggunakan senjatanya iaitu ugutan secara halus.
"Ok, since adik dah berfikir sebulan benda ni, dan sebulan jugak adik kenal dengan dia, adik rasa...
Adik akan terima cadangan tu, adik akan berkahwin dengan Fazrin tu.
Lagipun adik dah tersukakan dia".
Wajah ibu ayah ku lihat sangat gembira ketika itu.
Wajah aku pula, terpaksa dimaniskan-semanisnya.
Please vote uolls...
ANDA SEDANG MEMBACA
DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔
RomancePercintaan seorang doktor telah membawa kepada pertemuan cinta antara dua hati. Lafaz yang terucap telah menghalalkan hubungan yang terbina. Kebahagiaan yang dirasai diharapkan berkekalan. Namun rahsia silam telah menghakis sedikit demi sedikit kep...
