"Hani! hani! bangun dah pukul 6:00 pagi ni. Bangun la Hani, nanti kau lambat pergi kerja kau salahkan aku pulak. Hani cepat la aku nak kena gerak awal ni. Aku ada meeting. Hani kau bangun la cepat"
Sherry menampar kuat bahu housematenya dengan harapan wanita itu akan bangun dari tidur.
Namun, usahanya sia-sia sahaja.
Dia terpikirkan suatu idea yang baik yang disangka boleh mengejutkan kawannya yang tidur mati itu.Apabila kaki mahu sahaja mahu melangkah menuju ke bilik air yang terletak di dalam bilik tidur itu, Sherry terdengar Hani bertanya sesuatu kepadanya.
Aku yang tersedar dari tidur apabila merasakan sesuatu menghempap bahuku terus bangun sambil mengosok-gosok lembut mata yang kabur.
Aku melihat Sherry yang sedang ingin menuju ke bilik air sambil memegang bantal peluk terus terhenti apabila aku bertanya soalan kepadanya.
"Ok, ok aku bangun la ni. Sherry sekarang ni dah pukul berapa?"
aku bertanya Sherry yang aku lihat sudah siap dengan baju kerjanya beserta tudung. Jika dia mengenakan tudung bermakna dia akan segera keluar ke tempat kerja." Wei Hani! kau tau tak sekarang ni dah pukul 7:30. Kau dah lewat dah. Dahla hari ni first day kau nak transfer pergi ER, habislah kau kena marah dengan senior doctor.
Kang tak pasal-pasal kau tak boleh tukar, kena stay wad kanak-kanak tu.
Aku tak boleh tolong" Di hujung ayatnya, Sherry mengekek ketawa.Sherry membuat muka selamba sambil menerangkan kepadaku soalan yang ditanya.
Aku yang masih mamai kerana baru sahaja sedar dari tidur terus berlari menuju ke bilikku untuk membersihkan diri dan bersiap kerana aku mendengar Sherry memberitahuku bahawa aku sudah lewat dan jam juga sudah menunjukkan pukul 7:30 pagi.
Sedang asyik tergopoh-gapah ingin membersihkan diri, aku terdengar suara Sherry mentertawakan ku dengan kuat. Nyaring sahaja bunyinya.
"Kenapa dengan Sherry tu? Mesti ada something wrong somewhere."
Aku dapat mengagak sesuatu benda yang tidak kena telah terjadi. Masakan tidak, Sherry beria-ia mentertawakanku. Dah macam pontianak sahaja gaya Sherry ketawa.
Aku terpalingkan mukaku menghadap ke arah jam dinding yang tergantung cantik di sebelah atas pintu bilik tidurku.
"Patutlah, kau ni kan Sherry"
Aku yang ketika ini berasa sakit hati kerana dipermainkan bertekad untuk membalas kembali perbuatannya seperti yang biasa aku lakukan."Siap kau Sherry kau balik nanti"
Aku menjerit kuat untuk memberi amaran kepada Sherry bahawa aku akan membalas perbuatan itu. Dan aku mendengar semakin galak dia ketawa.
Beginilah rutin harian kami. Usik mengusik kacau mengacau cuit mencuit sudah sebati dengan kehidupan kami berdua. Aku juga telah menganggap Sherry seperti kakakku sendiri kerana sifat kematangannya membuatkan aku sangat menyenangi wanita itu.
Please vote uolls...
![](https://img.wattpad.com/cover/130877674-288-k360151.jpg)
YOU ARE READING
DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔
RomancePercintaan seorang doktor telah membawa kepada pertemuan cinta antara dua hati. Lafaz yang terucap telah menghalalkan hubungan yang terbina. Kebahagiaan yang dirasai diharapkan berkekalan. Namun rahsia silam telah menghakis sedikit demi sedikit kep...