Bab 3

9.7K 281 1
                                        

Aku melangkah masuk ke dalam hospital dengan semangat yang tinggi dan membara-bara. Memang impianku sejak dulu lagi ingin menjadi doktor di unit kecemasan.

Ini kerana, aku pernah melalui peristiwa hitam yang telah meragut seluruh kebahagiaanku. Di bilik kecemasan juga aku kehilangan satu-satunya teman rapat sejak kecil yang diberitahu oleh ibu bahawa dia adalah tunangku.

Menurut ibu, kami ditunangkan sewaktu kecil kerana ibu dan ayah merupakan kawan baik kepada keluarga lelaki itu. Namun kemalangan yang berlaku telah meragut kebahagiaan daripada aku.

8 tahun dahulu...
"Zia, awak tunggu dalam kereta kejap boleh? saya nak turun pergi beli barang kejap dekat 7E tu."
Pinta Aidil perlahan. Aku dapat merasakan Aidil tunangku tidak seceria selalu. Mukanya tampak gelisah dan bibirnya pucat.

Aku hanya menggangguk dan tersenyum apabila dia meminta mahu ke kedai.

Setelah 15 minit menunggu, aku mengambil telefon bimbit di dalam beg tangan dan laju jariku mencari nombor telefon Aidil.
Namun, deringan telefonnya di dalam kereta memusnahkan niatku untuk menelefonnya.

Tiba-tiba aku terdengar satu rempuhan yang kuat menyebabkan aku ingin melihat apa yang terjadi di luar.

Pintu kereta dibuka dan aku pergi ke tempat yang dikerumuni orang.

Aku hanya dapat melihat sebuah kereta proton dirempuh oleh sebuah lori treler. Hatiku berdebar-debar apabila melihat tangan yang duduk di bawah lori tersebut.
Jam yang berada di tangan pemuda itu menguatkan lagi sangkaan aku bahawa lelaki yang terperosok di bawah lori itu adalah milik Aidil.

Namun, aku membuang perasaan itu jauh-jauh.

Bomba yang datang telah mengeluarkan Aidil dari bawah lori dan dia dibawa ke hospital.
Aku pula seolah-olah orang yang tidak berperasaan kerana aku tidak tahu apa yang akan aku lakukan.
Aku naik ke atas ambulans yang membawa Aidil ke hospital.
Aidil dibawa masuk ke bilik kecemasan. Aku pula menelefon keluarga Aidil untuk memberitahu berita buruk itu.

Setelah menunggu selama hampir setengah jam, seorang doktor lelaki keluar dari bilik kecemasan tersebut.

Datuk Nizam iaitu papa kepada Aidil telah pergi kepada doktor untuk bertanyakan doktor keadaan anaknya.

Tetapi... dia hanya berjalan ke arah kami dengan muka hang tidak berperasaan dan duduk di sebelah isterinya Datin Amilia tanpa sepatah kata.

***Anak datuk mengalami kecederaan yang sangat serius di bahagian kepala. Maaf, kami tak dapat selamatkan dia.***

Kata-kata itu terngiang-ngiang ditelinga Datuk Nizam. Dia memegang lembut bahu isterinya dan membisikkan sesuatu kepada isterinya.

Aku yang berada di sisi Datin Amilia hanya menangis tanpa henti apabila aku mendengar berita itu keluar dari mulut papa Aidil.

Doktor Hani...
Doktor Hani...
Panggilan seseorang menyedarkan aku dari lamunan kecilku sendirian.
Aku memalingkan mukaku ke arah Doktor Aida selaku senior doctor dan meminta maaf kerana aku mengelamun.
Permintaan maafku dibalas dengan ketawa dan senyuman yang sangat manis oleh Doktor Aida.

Please vote uolls...

DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang