Bab 18

6.8K 188 0
                                        

Hari ini aku dan Inn sudah mula bekerja seperti biasa . Cuti yang diberikan juga sudah habis tapi badan masih merasa malas untuk bekerja. Maklum sahaja masih dalam fasa bulan madu. Aku mengadu sedikit kepada Inn bahawa aku tiada mood untuk bekerja. Namun, dia hanya menasihati dan memujukku untuk merelakan sahaja diri untuk bekerja.

Setelah bersarapan di rumah, kami bertolak dengan menaiki kereta yang sama ke hospital. Terasa sedikit kekok memandangkan ini kali pertama ke tempat kerja bersama-sama Inn.

Masuk sahaja ke bilik kecemasan untuk bertugas, banyak orang mula mengusik. Jururawat dan doktor juga tidak kurangnya. Terasa sedikit malu namun aku sangat bersyukur.

Inn aku lihat sudah mula menerima pesakit sejak masuk sahaja kerja. Kadang-kadang aku berasa kasihan melihat si suami yang kepenatan. Tapi apa boleh buat, kerja itu satu amanah.

****************************

"Buat apa tu?" Aku masuk ke bilik kerja Inn lalu memicit bahunya sambil mulut bertanya soalan.
Dia yang sedang menaip sesuatu di dalam komputer riba menyandarkan badan ke kerusi yang diduduki sambil menghayati urutan yang aku berikan.

"Penat la sayang." Satu keluhan keluar dari mulut Inn.

Sepanjang perkahwinan kami selama lima bulan ini, Inn tidak langsung pernah mengadu kepadaku tentang masalah kerja. Namun hari ini dia seolah-olah sudah tidak dapat memendam sendiri kepenatan itu.

"Sabar la u, nama pun kerja kan."

"I rasa nak quit la jadi doktor ni sayang." Inn menarik tanganku untuk duduk di atas ribanya seperti biasa.

Beginilah rutin hariannya kalau dia berada dalam kesusahan dia ingin aku sentiasa ada untuk menemaninya.

"U tak sayang ke nak quit?"

"Haritu I balik perak, I ada bincang dengan papa. He say, I dah patut berenti untuk gantikan dia kat office. Kat office tu dah takde pewaris.
Kak Sha dah stay UK ikut husband dia. Raisya pulak tak sudah-sudah dengan modelling dia. Sampai sanggup la dia tangguh study. Sekarang ni tinggal I je."

Aku mendengar keluhannya sambil mengusap-usap lembut belakang Inn.

"U fikir la masak-masak, apa ja keputusan u, I akan sokong as a wife. Tapi I rasa ok jugak kalau u nak quit lagipun I tak sanggup la tengok u penat macam ni. Tak cukup tidur. Workout u pun dah kemana. Tengok tu mata eyebag." Aku memegang sedikit kelopak matanya.

Inn yang sedang memandangku terus memeluk manja pinggangku.

"I nak turun kejap, u nak pape tak?"
Aku bertanya sekadar memecahkan kesunyian.

"I nak coffee please." Inn cuba meminta kopi sambil buat muka comel.

"Nope, tak boleh, nanti u tak tidur lagi malam ni. U ce tengok mata tu dah macam zombie. Ada hati jugak nak coffee." Aku memarahinya seperti anak kecil.

Aku sudah sangat masak dengan tabiat Inn yang satu itu. Kalau sudah minum kopi, sampai ke pagi lah tidak tidur. Kadang-kadang aku terpaksa menyembunyikan kopi untuk mengelakkan Inn terjumpa kerana bimbang dia akan meminumnya.

"I nak kopi jugak, banyak kerja ni tak siap lagi."

"U dengar cakap I boleh? Kita taknak dia sakit, dia nak juga cari pasal."

"Eleh, sayang jugak u kat I kan sayang" Inn tersenyum ke arahku dengan wajah yang sedikit manis.

"Gila tak sayang, mestilah sayang my Mr Husband ni."
Saja berkata begitu untuk menggembirakan hati Inn.

Masuk sahaja ke bilik dengan membawa minuman, Inn aku lihat sedang menyandarkan badannya ke kerusi lalu dia memusingkan kerusi iti menghadap aku.

"Nah air." Aku menghulurkan mug yang berisi hot chocolate kepada Inn.

"Chocolate?"

"Yaa."

"Ok. Actually I like chocolate." Inn mengambil mug yang aku hulurkan lalu meminumnya sampai habis.

Dia kemudiannya menyuruh aku menutup lampu kerana ingin tidur sewaktu aku ingin berlalu ke dapur untuk menyimpan mug tadi.

Aku menurut sahaja permintaan Inn memandangkan bukan selalu dia tidur awal sebegini.

Aku berlalu ke dapur untuk menyiapkan beberapa kerja yang belum disiapkan. Sedang mengatur langkah ke bawah, aku ternampak satu bilik stor di bawah tangga. Bilik itu menarik perhatianku. Aku kemudiannya menghampiri dan memulas tombol pintu namun bilik itu terkunci.

Aku mematikan sahaja niat. Nanti aku akan minta kuncinya dari Inn.

***********************

Memandangkan hari ini hari minggu aku menyuruh Inn supaya sambung tidur selepas bangun untuk solat subuh tadi. Minggu ini kami berdua berulang-alik dari rumah Inn ke hospital. Dia suka tinggal di sana jika ada pekerjaan pejabat yang ingin disiapkan kerana bilik kerja di sana luas berbanding di rumah sewa mama.

Aku pagi-pagi lagi sudah keluar ke pasar untuk membeli bahan mentah kerana ingin memasak sesuatu.

Balik dari pasar aku lihat Inn masih lagi tidur. Aku tidak mahu mengganggu si suami memandangkan aku lihat nyenyak sahaja dia tidur. Kemudian, aku mengatur langkah ke bawah untuk mengemas apa yang perlu.

Mata yang dari tadi tertarik melihat bilik stor dibawah pintu itu membuatkan aku mencari kunci bilik itu di dalam laci.

Tiba-tiba telefon bimbit berdering. Aku meninggalkan kerja mencari kunci berlalu untuk menjawab panggilan yang entah dari siapa.

"Hello, waalaikumsalam, Ibu kenapa call ni?"

"Adik minggu depan Free dak? Kalau free adik balik perak boleh dak? Ibu ada good news ni nak habaq."

"Ha ibu, inshaallah nanti adik hajak Inn sekali noh. Ok lah Assalamualaikum. Bye."

"Waalaikumsalam bye".

Talian terus dimatikan.

Please vote uolls...





DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang