Sebulan telah berlalu. Dan aku juga kini telah tinggal keseorangan di rumah sewa. Kehidupan sibuk seperti biasa tetapi ada waktu-waktu aku menghabiskan masa untuk bersembang di rumah Sherry.
Misi aku masih belum berjaya kerana aku masih sibuk di hospital. Inn juga hari-hari menelefon bertanya khabar. Sampai kadang-kadang aku malas hendak mengangkat panggilannya.
Aku masih mengatur strategi untuk meminta kunci rumah daripada Inn. Sebelum berpindah, dia melarang aku untuk pergi ke sana keseorangan tanpanya. Katanya risau kalau apa-apa yang terjadi. Tetapi, hatiku tetap berkeras bahawa ada sesuatu yang disembunyikan daripada pengetahuan aku.
Semalam, aku tidak pergi ke rumah Sherry, aku hanya tidur di rumah dan aku mengambil peluang itu untuk menyelongkar barang-barang keperluan Inn. Tiba-tiba aku terjumpa satu album gambar yang mengandungi gambar seorang gadis yang sangat manis bertudung.
Hati isteri mana yang tidak sakit melihat gambar itu. Aku cuba untuk bersangka baik bagi menenangkan hati supaya tidak hilang rasa hormat kepada si suami.
'Puteri Nur Amina Megat Hashim.'
Sebaris nama itu tertulis pada belakang album gambar itu. Aku yang sedang meyelak satu persatu helaian gambar itu terlihat satu gambar yang agak menarik perhatian aku.
Gambar gadis bertudung itu dan ibu bapanya menarik perhatian mataku. Sepertinya, aku pernah melihat pasangan suami isteri itu semasa majlis perkahwinan aku dahulu. Dan Inn ada memperkenalkan mereka kepadaku. Aku masih ingat lagi waktu itu, dia menggunakan panggilan 'ummi' dengan 'walid' semasa berborak dengan mereka.
******************************
"Abang, esok balik k.l tak?" Datuk Farid cuba memecah kesunyian dengan bertanyakan soalan kepada Inn.
"Esok abang balik sana kejap. Lepastu abang rasa nak pergi Johor kejap. Dah lama tak melawat kubur Amina."
"Abang, u still rahsiakan benda ni dengan your wife ke?" Datin Farizah yang tadinya membelek-belek majalah, terus menutup majalah itu lalu diletakkan di atas meja sambil merenung anak lelakinya.
"Mama, abang tak ready lagi la ceritakan semuanya. Please faham."
Inn mengusap rambutnya ke belakang sambil mata tidak lepas dari memandang ke arah luar rumah."Inn, Inn anggap Hani macam apa? Inn anggap dia isteri atau pengganti Amina?" Soalan Datuk Farid bagaikan satu batu yang menghempap kepala Inn.
Sungguh, sebenarnya dia masih menganggap Hani sebagai pengganti Amina. Tetapi rasa itu sudah sedikit demi sedikit menjadi sayang.
"Papa, dulu Inn memang anggap Hani macam pengganti Amina, tapi sekarang she is my wife and I love her." Inn meninggikan sedikit suara.
"I know, but you still tak berterus terang dengan dia. You perbodohkan dia. Cakap cinta tapi you still tak boleh lupakan Amina. Inn, you have to know Amina is your past, Hani is your future. Takkan you nak hidup dengan masa lalu sedangkan masa depan you tengah ada depan mata. Wake up Inn! Wake up! Inn kena jaga perasaan Hani." Datuk Farid sudah naik angin memandangkan anaknya masih tidak berterus terang dengan menantunya.
"Papa, mama. Inn naik atas dulu." Semakin dia duduk di bawah, semakin dia rasa bersalah dengan kata-kata daripada mama papanya. Baginya buat masa ini, lebih baik dia balik sahaja ke bilik.
Tiba-tiba satu ketukan pada pintu menyebabkan Inn tersedar daripada memikirkan masalah yang dihadapinya.
"Abang, Raisha masuk boleh?" Raisha yang sedang berdiri di muka pintu meminta izin untuk masuk.
"Adik, masuklah."
"Abang, Raisha nak cakap sikit boleh. But abang kena promise tak boleh naik angin." Raisha mengambil kerusi yang berada di meja solek lalu duduk berhadapan dengan Inn yang sedang duduk di birai katil.
"Adik nak cakap apa? Ok abang janji tak naik angin." Inn mengangkat tangan kanannya tanda berjanji.
"Ok, first, adik nak cakap, abang tolonglah berterus terang dengan Kak Hani." Satu keluhan kecil keluar dari mulut Raisha.
"Maksud adik?" Dengan muka yang berkerut Inn mula menyoal kembali adiknya.
"Hari tu, adik ada shooting dekat k.l. Lepastu, adik terjumpa Kak Hani dekat pavilion. Kami pergi lepak makan-makan kejap. Then, dia tanya adik siapa Puteri Nur Amina Megat Hashim? Abang I think this is the best time to tell the truth. Kesian Kak Hani bang. Waktu tu muka dia dah lain. Abang fahamkan?" Raisha seperti lega selepas niatnya selama ini sudah tercapai. Dia bertekad untuk memberitahu abangnya soal hal ini.
"Raisha, abang tak bersedia lagi. Abang..."
"Abang, Kak Hani tu dah cakap semua kisah silam dia dekat abang. But you? Abang still nak rahsiakan benda yang sangat penting dalam hidup abang. Abang, sebenarnya perempuan ni ada instinct yang sangat kuat. Walaupun benda tu abang tak pernah cakap, dia akan tahu jugak one day. You have to choose, nak Kak Hani tahu dari mulut abang sendiri atau mulut orang lain. Kalau abang sendiri yang cakap, mungkin dia akan boleh terima. But, kalau sebaliknya, I can't help." Raisha yang dari tadi duduk sudah berdiri dan berlalu ke balkoni bilik abangnya itu.
Inn yang kemudiannya bangun menghampiri Raisha memegang kedua belah bahu adiknya lalu berkata.
"Adik, tolong jangan buat macam ni. Adik tahukan macam mana sakitnya abang waktu tu. Abang tak boleh nak ingat balik kejadian tu, ni kan pulak nak ceritakan from the start." Inn menggoyangkan bahu adiknya itu.
"Ok abang. Look, abang bersedia kehilangan Kak Hani? Adik rasa kalau dia tahu benda ni nanti, maybe dia akan tinggalkan abang. So, abang la kena cepat beritahu dia. Esok, weekend, why not abang balik sana and tells the truth. Abang, apa lagi adik boleh cakap, semua benda adik dah cakap, dah merayu. Sekarang ni, it up to you what your action. Ok lah adik nak masuk bilik dah. Tolong abang, tolong berterus-terang." Raisya berlalu untuk keluar ke biliknya.
Please vote uolls...
YOU ARE READING
DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔
Roman d'amourPercintaan seorang doktor telah membawa kepada pertemuan cinta antara dua hati. Lafaz yang terucap telah menghalalkan hubungan yang terbina. Kebahagiaan yang dirasai diharapkan berkekalan. Namun rahsia silam telah menghakis sedikit demi sedikit kep...