Hari ini merupakan majlis di sebelah lelaki. Mama telah menempah dewan untuk kelancaran majlis. Katanya, dia tidak perlu bersusah-payah mengemas rumah nanti.
Selepas siap dengan pakaian pengantin, aku dan Inn bertolak ke dewan.
Ceria sahaja muka Inn. Tampak seri pengantin. Sungguh sempurna wajah lelaki ini. Aku yang duduk di sebelah tempat pemandu sedang merenung ke arah mukanya.
"U, kenapa u setuju kahwin dengan I?"
Aku tundukkan sedikit kepala selepas soalan yang telah lama aku pendam itu aku keluarkan."U boleh tak kita bincang benda ni malam nanti. Now, biar kita selesaikan dulu apa yang patut. I janji malam ni I jawab semua soalan u. Ok sayang?"
Inn mengusap kepalaku tanda kasihnya.
Masuk sahaja ke dewan banyak mata yang memerhati ke arah kami berdua. Terasa seperti artis pulak, pelamin yang cantik bagaikan singgahsana raja aku tatap lama sebelum kaki menghampiri.
Inn memegang kuat sedikit tanganku sewaktu aku hendak memanjat tangga. Terserlah sifat gentleman saat dia berbuat begitu. Aku yang sedang duduk di atas pelamin terus tersenyum memandangkan ramai mata yang menjadi pemerhati tidak putus-putus melihat.
Dari bawah terdengar siulan-siulan anak muda yang kedengaran seperti sedikit mengusik.
Selesai acara makan beradab tadi kami berjalan untuk bersalaman dengan ahli-ahli keluarga dan tetamu yang datang memeriahkan majlis kami.
Inn yang tidak lepas daripada memegang tanganku membawa aku ke sebuah meja yang aku lihat ada ramai lelaki yang berumur lebih kurang sebaya kami. Kata Inn, itu semua adalah kawan-kawannya sewaktu dia belajar di matrik dahulu.
Sedang asyik kami bersalaman dengan tetamu yang hendak pulang di bahagian pintu dewan, ada sepasang suami isteri yang datang untuk bersalaman. Inn kelihatan sangat gembira dengan kedatangan mereka. Gaya Inn bersembang dengan pasangan itu adalah seperti sudah lama mengenali mereka. Aku yang menjadi pemerhati sejak tadi hanya tersenyum manis di sebelah.
"Fazrin, cantiknya isteri kamu. Bertuahlah Hani dapat suami macam Fazrin ni. Dahlah handsome, bertanggungjawab pulak tu."
Wanita yang berbahasakan dirinya sebagai 'ummi' sedang rancak memuji Inn.
"Fazrin isteri kamu cantik la, macam...
tak apa lah kita dah lewat ni, jom balik abang nanti lewat pulak sampai johor.
Fazrin ummi dengan walid mintak diri dulu ya."Wanita itu bersalaman dengan aku dan memeluk erat tubuhku. Aku dapat rasakan cara dia memelukku seperti seorang ibu yang sangat merindui anaknya.
Aku jadi hairan saat melihat wajah pasangan itu. Seperti ada rahsia yang mereka simpan. Dengan keakraban Inn dengan mereka. Siapakah sebenarnya mereka dan apakah hubungan Inn dengan mereka?
Panggilan Fazrin yang dipanggil juga membuatkan aku rasa seperti ada sesuatu yang disembunyikan. Mama dan papa juga hanya memanggil Inn dengan panggilan Inn atau abang. Aku jadi takut sendiri memikirkan apakah rahsia yang tersembunyi antara mereka.
*******************************
"Nak tidur dah ke u? Awal lagi ni. Baru pukul 10 malam."
"I penat, nak tidur"
"Tadi u cakap nak tanya I, tapi alih-alih u pulak nak tidur"
Aku saja pura-pura berbuat begitu. Aku ingin melihat Inn masihkah ingat janjinya siang tadi.
Rupanya, taktik yang aku gunakan sangat menjadi. Inn yang sedang duduk bersila disebelahku menarik selimut yang aku gunakan.
Comel sahaja gayanya seperti kanak-kanak yang sedang mengejutkan ibunya tidur. Bertambah comel lagi apabila dia hanya memakai baju tshirt dan seluar separuh lutut.
Aku sedikit takut untuk memalingkan muka kearahnya, bimbang dia akan 'membuli'ku malam ini."Ok. I bangun ni." Dengan wajah yang sengaja dimasamkan aku bangun dari pembaringan.
"Good, that's my girl"
Satu cuitan singgah di hidung yang sedikit mancung ini.
"U, I nak tahu why u agreed to married with me?" Bantal peluk disebelah aku ambil lalu aku peluk seperti gaya kanak-kanak perempuan memeluk anak patung.
"U know, sebenarnya sayang, first time I jumpa you. I dah in love dengan you. U know why, sebenarnya u mengingatkan I pada someone."
"Someone? Who?"
"Kalau u nak tahu sapa 'someone' tu, u kena sabar sikit. Boleh tak sayang? Cause..." Satu keluhan keluar dari Inn.
"Sampai hati kan u. Dulu cakap no secret between us. Tapi sekarang berahsia-rahsia pulak." Aku cuba menunjukkan sedikit muka protes.
"No, no I bukan nak rahsia, tapi u tolong faham I kali ni je, boleh tak? I janji untuk tell u but, it not the right time. Sayang, please put your believe on me."
Aku cuba untuk memberi ruang seperti yang diminta. Aku anggukkan kepala dan Inn mengusap lembut kepalaku.
"U, satu lagi soalan I. Siapa ummi dengan walid?" Terus aku tenung tajam matanya.
"Oh, ummi dengan walid, nanti I bawak u jumpa diorang"
Pertanyaan aku dibalas dengan pernyataan yang sepertinya ingin menyelamatkan diri.
Inn kemudiannya menutup lampu bilik dan mengajak aku tidur. Aku yang akur terus menarik selimut dan tidur di sebelah Inn. Dalam samar cahaya di luar aku nampak muka Inn yang sedang memejamkan mata. Tenang sahaja wajah itu. Aku merenung sehingga aku merasakan aku hanyut dibuai lena pada malam itu.
Please vote uolls...
![](https://img.wattpad.com/cover/130877674-288-k360151.jpg)
YOU ARE READING
DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔
RomantizmPercintaan seorang doktor telah membawa kepada pertemuan cinta antara dua hati. Lafaz yang terucap telah menghalalkan hubungan yang terbina. Kebahagiaan yang dirasai diharapkan berkekalan. Namun rahsia silam telah menghakis sedikit demi sedikit kep...