Selepas selesai menunaikan solat subuh pagi tadi, aku turun ke dapur untuk menolong mama. Aku lihat mama sedang memasak sesuatu.
"Ma, masak apa pagi ni?" Aku cuba menegur mama yang kelihatan sibuk di dapur.
"Eh, Hani, mama masak nasi lemak untuk breakfast. Ni tengah kacau sambal."
"Meh Hani tolong." Aku mengambil sudip di atas pinggan yang berada di tepi dapur gas lalu mengacau sedikit sambal itu. Bau yang naik telah membangkitkan seleraku.
"Sedapnya bau mama." Mulutku spontan sahaja bersembang. Aku memang suka bercakap. Ibu selalu memarahiku di rumah jika aku pulang bercuti. Katanya suaraku ibarat petir.
"Sedap ke? Nanti Hani makan la ye. Inn tu kalau nasi lemak dia nak mama je masak. Dia taknak Kak Jah masak." Kak Jah merupakan pembantu rumah keluarga Inn.
"Nanti Hani kena belajar resipi nasi lemak mama pulak la ye?"
Aku bermulut ramah sambil tangan masih ligat mengacau sambal.Mama di sebelah aku lihat sedang tersenyum kearahku.
Selepas selesai menghidangkan makanan di atas meja. Aku mengambil tempat di sebelah Inn. Aku lihat dia mencedokkan sesuatu lalu memasukkan kedalam pinggan aku. Tempe? Rupanya keluarga ini makan nasi lemak bersama tempe.
"U I tak makan tempe". Aku cuba membisikkan ke telinga Inn selepas aku lihat dia beria-ia memasukkan tempe ke dalam pinggan aku.
"Oh ye ke? Sorry-sorry. Jap I ambik balik." Perlahan-lahan dia mengambil kembali tempe tersebut lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.
"Inn, lepasni korang nak honeymoon dekat mana? Papa nak hadiahkan pakej ni. Just say the place. Nanti papa uruskan semuanya." Papa yang dari tadi diam, mula membuka bicara.
"Inn tak tahu lagi papa, lagipun lusa kami dah start kerja. Nanti Inn apply cuti, kalau dapat boleh la honeymoon." Inn cuba menjawab soalan papa dengan bersahaja lagaknya. Aku tahu dalam hati dia memang sangat tunggu masa-masa honeymoon itu.
"Oh, by the way malam ni Inn nak bawak Hani pergi tidur dekat rumah Inn. Nak honeymoon sana dulu." Inn mengangkat keningnya kearahku selepas papa memandangnya.
"Oh, ok,." Papa yang dari tadi serius mukanya mula menunjukkan sedikit senyuman.
"Wah, wah tak lama lagi Kak Sha dapat anak buah la ye. Si Akil tu dapat sepupu baru." Kak Sha iaitu kakak kepada Inn mula mengusik kami.
Aku yang sudah merah muka ini mencubit sedikit paha Inn di sebelah. Aku lihat dia hanya menunjukkan muka selamba. Sempat lagi dia mengangkat tangan menunjukkan gaya ahli bina badan kepada Kak Sha. Selepas itu kedengaran letusan ketawa daripada semua yang berada di situ.
Inn mengarahkan aku untuk membawa beberapa helai pakaian. Katanya mahu honeymoon. Aku yang malas melayan angin gatalnya hanya menurut tanpa kata. Sekian lama mendiamkan diri, aku mula bersuara.
"U, I nak cakap sikit."
Inn yang sedang duduk di balkoni aku dekati. Aku yang masih memakai cermin mata membuang dan menyangkutkannya di leher baju. Tampak sedikit seksi memandangkan aku memakai baju berbutang.
"U nak cakap apa sayang." Inn memeluk bahuku sambil mata tidak lepas dari menghayati pemandangan di luar.
"U, since kita dah kahwin ni. I nak berterus terang dengan u." Aku lihat kepala Inn yang memandang ke depan terus berubah memandang ke arahku yang sedang berdiri disebelahnya.
"U ni macam serious je. Nak cakap apa ni?"
"Macam ni, dulu waktu my late fiancee masih ada, dia ada pesan banyak kali dekat I. Dia cakap kalau dia dah takda nanti, cari orang yang boleh sayang I macam orang tu sayang diri dia sendiri. Berkali-kali dia pesan benda tu kat I. Tapi, mungkin I tak perasan pesanan tu tanda yang dia nak pergi. I tak pernah lupa dia seumur hidup I. Setiap waktu, setiap saat, setiap detik, dia ada dengan I, and sampai la hari ni I still rasa yang dia still ada dengan I. Tapi, bila kita dah ada ikatan macam ni I rasa, dah tiba masa I buang dia dari hidup I. Means, I lupakan dia and jadikan dia sebagai masa silam I. And u, I jadikan masa depan I."
Air mata yang ditahan tadi akhirnya menitis sedikit ke pipi. Sebak hati ini setiap kali teringatkan pesanan Aidil.Inn yang melihat aku menitiskan air mata, terus mengelap air mataku dengan ibu jarinya. Terasa hangat sahaja sentuhan itu. Kemudian, tubuhku dibawa dalam pelukan.
Inn yang sedang memeluk isterinya berasa amat bersalah kepada wanita itu. Isterinya telah menceritakan semua masa silam kepadanya tetapi, dia masih merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan sang isteri. Sangat kejam dirinya melakukan begitu kepada si isteri. Inn yang sedang memeluk isterinya cuba mengeratkan lagi pelukan setelah dia berasa sangat bersalah melakukan hal sedemikian terhadap isteri.
"U maafkan I, I tak jujur kat u. Masih ada benda yang I sembunyikan daripada pengetahuan u." Inn bermonolog sendiri di dalam hati sambil tangan masih erat memeluk isteri.
Please vote uolls...
Untuk sambungan bab ni, saya perlukan sedikit masa untuk berfikir.
Teruskan membaca...
YOU ARE READING
DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔
RomancePercintaan seorang doktor telah membawa kepada pertemuan cinta antara dua hati. Lafaz yang terucap telah menghalalkan hubungan yang terbina. Kebahagiaan yang dirasai diharapkan berkekalan. Namun rahsia silam telah menghakis sedikit demi sedikit kep...