Bab 13

6.5K 195 2
                                        

Mimpi yang aku lalui sangat menakutkan. Hampir setiap hari aku bermimpi perkara yang sama.

Aku pernah bercerita mengenai mimpi ini kepada angah, tetapi angah hanya menyuruh aku bertenang.
Katanya mimpi hanya mainan tidur. Mungkin kerana majlis semakin dekat dan aku masih takut untuk bergelar isteri.

Semalam Inn ada mengajak aku ke butik untuk mencuba baju yang ditempah. Katanya baju itu akan dipakai pada majlis sebelah lelaki.
Aku ikutkan sahaja permintaan lelaki itu.

Majlis sebelah perempuan pula, aku serahkan semuanya kepada ibu.
Satu benda pun aku tidak mahu fikir.
Biarlah ibu yang menguruskan segalanya memandangkan ibu sahaja yang beria-ia untuk membuat kenduri besar.

Tiga hari lagi aku akan berkahwin. Tetapi, semakin dekat dengan majlis, semakin hatiku rasa bersalah.

Aku cuba untuk menyatakan isi hati kepada Sherry. Namun, dia juga tidak memahami aku.

Saat ini aku mengambil keputusan untuk redah ja. Kahwin ja kalau itu mampu mengembirakan semua orang. Tambahan pula, aku agak kasihan melihat Inn yang sangat teruja dengan perkahwinan kami.

*****************************

"Aku terima nikahnya Nur Shazia Farhani binti Tuan Azlan dengan mas kahwin sebanyak RM1000 tunai..."

"Sah"

Aku memejamkan mata dan terasa ada sesuatu telah berubah pada hidupku ketika ini.

Status...

Status aku telah berubah daripada seorang anak menjadi isteri.

Tadi, aku agak gementar memikirkan pengantin lelaki. Aku takut mimpi yang sering menghantui diri benar-benar terjadi.

Tetapi, ketakutanku hilang setelah aku lihat Inn yang duduk di atas kusyen hadapan tok kadi.

Selesai lafaz akad nikah, Inn datang untuk menyarungkan cincin kepadaku. Aku hanya melihat tanganku yang sudah aku hulurkan ke hadapan. Muka Inn yang segak berbaju melayu satin berwarna oren muda tidak aku lihat langsung.

Bukan aku benci, tapi aku tidak mahu dia melihat muka aku yang masih terkejut dengan perkahwinan ini.

Selepas mencium tangannya, dia cuba untuk mencium ubun-ubun aku, namun aku cepat-cepat mengalihkannya. Rasa dalam hati ketika ini bercampur-campur.
Rasa kesal, sedih dan marah. Tapi, kerana ingin menjaga maruah keluarga aku cuba tahan semua perasaan itu daripada keluar.

"Hani, kau dah terima dia, tapi kenapa kau rasa macam ni? Kenapa kau tak seceria masa kau dengan Aidil dulu. Hani, kau yang pilih semua ni jadi, kau kena hadap juga benda ni sampai bila-bila"

Terasa seperti ada satu suara yang sedang bermonolong dengan aku dalam kepala. Aku tahu itu hanya suara yang aku sendiri cipta kerana aku berasa bersalah dengan diri sendiri.

"Hani. Pergi rehat. Esok nak bersanding pulak."

Ibu yang sedang sibuk ke sana ke mari sempat menyuruh aku masuk ke bilik sebelum dia menyambung semula kerjanya. Entah apa yang dibuat, aku juga tidak tahu. Sibuk sahaja gayanya.

Aku masuk ke bilik lalu menanggalkan make up di muka. Seterusnya, aku masuk ke bilik air yang ada di bilikku untuk membersihkan diri dan menunaikan solat isyak.

Usai solat, aku naik ke atas katil untuk berehat. Aku lihat di sebelah, katil queen size milikku akan aku kongsi dengan lelaki yang bergelar suami mulai hari ini.

Sejak tadi aku tidak melihat kelibat Inn. Kata ibu, dia sedang menolong orang kampung menyusun kerusi di luar. Aku malas mahu bertanya banyak. Saat ini, aku hanya mahu melelapkan mata kerana badan terasa sangat penat.

Aku yang terjaga setelah melihat lampu bilik terpasang terus bangun dari pembaringan. Aku lihat Inn sedang menunaikan solat di tepi katil. Tiba-tiba hati terasa tenang melihat pemandangan itu. Aku lihat Inn lama membaca doa sebelum dia mengalihkn pandangan kearahku.

"Eh, u dah bangun? I sengaja tak kejutkan u tadi. I tengok u nyenyak je tidur. Penat sangat ke? Sampai tak sedar langsung I masuk tidur. Sempat jugak I..."

Inn ketawa kecil setelah dia seolah-olah membiarkan ayat itu tergantung.

Aku yang masih mamai terus memalingkan mukaku ke arah tingkap bilik.

"I nak mandi" kataku ringkas selepas aku lihat muka Inn yang tidak habis-habis tersenyum kepadaku.

"U, Mandi biasa je tau. I belum lagi semalam."

Aku dengar suara dia sedikit menjerit dari luar bilik.

"Tak guna punya Inn. Tak rasa bersalah langsung muka tu."

Aku memulas kasar paip di sinki lalu membasuh muka.
Tanpa aku sedar, ada rasa bahagia setiap kali Inn mengusikku.

Mungkinkah aku sudah jatuh cinta dengan dia?

Hanya aku sahaja yang tahu perasaan aku ketika ini.


Please vote uolls...

DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang