Bab 4

9.3K 271 6
                                        

"By the way doctor Hani,
kita tengah tunggu sorang lagi doctor yang akan ditugaskan dengan you.
He came from Ipoh ditukarkan ke  hospital ni. Nanti boleh la you kenal-kenal dengan dia." Terang Dr Aida panjang lebar.

Sebaik sahaja menghabiskan ayat terakhir, kedengaran pintu bilik diketuk berkali-kali.

Dr Aida mengarahkan supaya orang yang mengetuk pintu tadi masuk.

"Wow handsome tahap gila ni. Ni doktor ke model ni."
Aku yang melihat doktor lelaki berbadan sado disebelah hanya tersenyum sambil dalam hati ligat memuji-muji ciptaan Allah yang satu ini.
"Perkenalkan Dr Hani, ni Dr Inn" Dr Aida memperkenalkan aku dengan doktor disebelah.

Betapa berbunganya hati aku apabila masuk sahaja kerja, terus diberi rezeki bertugas dengan doctor yang paling handsome pernah aku jumpa selama 27 tahun hidup di dunia ini.

*********************************
"Dah balik Hani? Jom kuar gi makan nak? Aku lapar sangat dah ni." Ajakkan Sherry tadi dibalas positif olehku. Manakan tidak, mood harini ceria sahaja apabila terkenangkan senyuman Dr Inn. Aku seolah-olah terbayang- bayang senyuman itu dan nampak senyuman itu dimana-mana sahaja.

Aku yang baru sahaja pulang tidak rajin rasanya untuk menukar baju semata-mata mahu pergi makan.
Aku meletakkan beg tangan dia atas sofa lalu mengambil purse maroon yang terletak disebelah.
Maklumlah nak keluar makan ja pun. Takkan nak bawak beg tangan bagai. Nanti terkejut pulak mak cik kedai makan tu tengok aku.

"Hani, kau tahu tak kita ada jiran baru depan rumah tu. Semalam aku nampak rumah tu terang je lampu terpasang."
"Oh ye ke? Patutlah pagi tadi pon aku nampak macam ada orang sapu sampah depan rumah tu, alhamdulillah la kalau ada orang baru dah pindah kat sini. Sekurang-kurangnya boleh la mintak tolong tengokkan rumah kita kalau kita balik kampung kan?"
Aku pula memulakan bicara panjang lebar dengan Sherry.

Sedang asyik berbual-bual  aku ternampak kelibat seseorang yang sangat aku kenali. Aku hanya memandang ke arah lain kerana tidak mahu dia tahu bahawa aku juga berada di situ.
Ya! memang betul itu Dr Inn. Dia juga makan di kedai yang sama.

Fazrin yang melihat kelibat seseorang seperti Hani telah datang ke meja yang diduduki oleh dua wanita bertudung itu.
"Hai, Dr Hani kan? Boleh saya duduk?" Sapanya lembut.
Aku yang sedang menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut mengangkat perlahan kepala supaya nampak si pemanggil tadi.

"Oh Dr Inn. Duduklah. Lagipun kitaorang berdua ja kat meja ni."
Pertanyaan Inn dibalas mesra olehku.

***********************************

"Sherry kau tau tak tadi yang diduk makan dengan kita tu lah partner aku kat hospital. Dia baru je pindah ke K.L ni. Before this, he's doctor kat Ipoh."
Aku memulakan bicara setelah siap mengemaskan diri sambil melabuhkan punggung di atas katil queen size milik Sherry.
Jika tidak ada kerja yang perlu dibuat. Bilik itu menjadi bilik keduaku kerana disitu jugalah tempat aku bersembang dengan Sherry.

Sherry yang seperti berminat dengan ceritaku terus menarik kerusi yang berada di meja kerjanya lalu diletakkan di hadapanku supaya dia dapat duduk mengadap kearahku.
Sherry meman begitu, jika dia sudah berminat dia akan sanggup mendengar ceritaku walaupun sesibuk mana dia. Sikap itu jugalah menyebankan aku menyenanginya.

Seusai bercerita panjang, aku melihat jam di atas meja kerja Sherry. Dan jam menunjukkan ke angka 11:30.

"Wei esok la kita cerita lagi aku dah ngantuk ni." Sherry yang sedari tadi khusyuk mendengar cerita aku, tiba-tiba menyuruh aku untuk tidur.

Aku yang akur dengan permintaan Sherry terus berlalu masuk ke bilikku.

Aku kenal benar perangan Sherry yang satu itu. Dia akan tidur tepat jam 11:30 malam setiap hari. Betapa berdisiplinnya kawanku ini. Mungkin kerana dia adalah anak kepada pesara askar.

Please vote uollls...

DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang