Perjalanan Inn dari Perak ke Kuala Lumpur pada ketika itu dirasakan sangat lama. Hati sudah tidak sedap. Apakah yang akan terjadi?
Inn memberhentikan kereta di tepi jalan. Dia mengambil telefon bimbit lalu mendail Hani. Namun harapan sekali lagi musnah apabila telefon tidak berangkat.
Berkali-kali juga dia cuba. Tetapi hasilnya tetap sama.
Setelah agak lama memberhentikan kereta, dia menyambung kembali perjalanannya untuk satu tujuan yang besar.
Tujuan untuk memperbaiki hubungan rumah tangga yang dirasakan sedikit goyah.
**********************
Aku masuk ke dalam rumah selepas pulang dari pekan sebentar tadi. Aku mengambil telefon yang terletak di atas meja dapur. Lampu pada telefon berkelip-kelip tanda adanya notification. Aku menekan punat on pada telefon.
Notification
5 missed call...
Aku membuka kekunci telefon untuk melihat siapa yang menelefon.
My Man...
Rupanya Inn yang menelefon. Aku letak kembali telefon di atas meja lalu mengeluarkan barang-barang yang dibeli daripada plastik. Saja aku malas menghiraukan lelaki itu. Pada aku lelaki itu tidak jujur...
Semenjak duduk di sini, aku suka sangat memasak. Macam-macam makanan aku cuba masak. Sebenarnya hobi aku adalah memasak. Aku pernah ke kelas masakan sewaktu kecik semata-mata ingin mempelajari resipi yang aku suka. Namun, atas tuntutan kerja, masa tidak mengizinkan aku menghabiskan masa untuk memasak.
Memandangkan sekarang ini aku mempunyai banyak masa terluang, aku guna sepenuhnya untuk melakukan aktiviti kegemaran ini.
******************************
"Finally!"
Inn turun dari kereta Skyline lalu memandang sekeliling. Kereta Hani tiada dalam parkir. Mungkin dia berada di hospital.
Inn memasukkan kunci kedalam tombol pintu lalu melangkah masuk ke dalam rumah setelah pintu dibuka.
"Kenapa sofa macam ni?"
Inn kelihatan pelik setelah dia melihat sofa yang berada di ruang tamu rumah ditutupi dengan kain berwarna biru cerah.
Ternyata apa yang dia takutkan selama ini benar-benar terjadi. Hani sudah pergi meningglkannya. Luluh hati lelaki itu. Impian ingin mengakhiri segala kecelaruan kini hanya tinggal angan-angan.
Tanpa membuang masa dia naik ke tingkat atas untuk melihat keadaan di bilik tidur mereka. Almari berpintu kaca itu dibuka. Ternyata memang benar Hani sudah pergi...
"Sherry, saya nak tanya something boleh?"
"Eh... Inn. Awak bila balik?" Terdapat raut kerisauan di wajah itu.
"Awak tahu Hani pergi mana? Please honest to me." Nada Inn sedikit merayu.
"I'm sorry. Saya bukan tak nak bagi tahu Inn. Tapi... tapi saya pun tak tahu Hani pergi mana. I'm sorry again." Sherry sedikit bersalah atas apa yang dia katakan.
"Kalau macam tu tak apa lah. Saya mintak diri dulu." Inn meminta diri untuk pulang ke rumahnya kerana dia kini berada di hadapan rumah sewa Sherry.
Belum sempat Inn berpaling untuk balik ke rumahnya Sherry memanggil.
"Inn..." serentak itu Inn berpaling kembali ke arah Sherry.
"I think we need to talk. I have something to talk about Hani to you" Kata Sherry gugup.
"Sure. I think kita pergi dekat kedai sebelah taman tu. You okay?"
"Okay. Kejap I ambik bag." Sherry berlalu masuk ke dalam rumah sementara Inn berjalan ke rumahnya untuk mengambil kereta.
"Okay, let's me start. Saya rasa Inn, benda ni dah tak boleh nak sorok lagi. I surely you mesti belum tahu pasal benda ni lagi kan." Sherry berjeda seketika sebelum meneruskan kata-kata.
"Actually Inn. Hani suffer from philophobia after his fianc passed away. Mungkin awak tahu yang Hani memang pernah kehilangan tunang. Tapi, awak tak tahu dia suffer. Bertahun-tahun hati dia tertutup rapat untuk lelaki. But, after she meet you, she is totally recover from her phobia. Everytime she meet man, she will see her fianc. Sebab tu la dia cuba untuk tutup serapat-rapatnya hati dia buat lelaki." Sherry menghirup air teh tarik yang berada di hadapan sambil memandang ke arah Inn. Riak kecewa jelas terpancar pada wajah Inn.
"Inn what are you doing?"
Hati kecil Inn menjerit-jerit. Air mata yang sudah bergenang cuba ditahan daripada tumpah kerana bimbang dilihat oleh Sherry di hadapan.
"Sherry, saya dah banyak salah dengan Hani, dia dah ceritakan semua kisah silam dia pada saya. Tapi, saya tak jujur pada dia. Masih ada benda yang terjadi pada masa silam saya yang saya sembunyikan daripada pengetahuan dia." Inn mengurut sedikit belakang tengkuk yang sudah berdenyut.
*****************
Kata-kata Sherry siang tadi semakin membuatkan Inn jadi tidak tentu arah. Inn sudah seperti orang kehilangn akal.
Apabila terpandangkan katil, dia terbayang Hani yang sedang tersenyum menggoda ke arahnya. Apabila dia menghampiri, wajah Hani seakan menangis dan menghilang. Apakah dia sudah gila?
Rasa bersalah semakin mejadi-jadi. Siapa yang dia perlu tanya mengenai Hani. Dia bimbang jika dia bertanyakan ibu mentuanya, masalah akan bertambah besar. Tetapi perkara itulah yang perlu dia buat sekarang.
Tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku, Inn mengambil telefon bimbitnya lalu mendial nombor ibunya.
"Hello, asalamualaikum."
"Waalaikumsalam. Inn ada apa call ibu ni."
"Tak de pape lah. Saja ja. Emm..."
"Inn awat tu macam lain ja suara."
"Em... Inn nak tanya sikit dekat ibu boleh?"
"Hah nak tanya? Tanya ja lah."
"Em... Hani... Hani ada datang sana tak."
"Eh.. tak dak la. Dia tak mai sini pun. Awat ni? Ada benda tak kena ka?"
"Oh tak de lah. Saja Inn nak tanya. Ibu sihat?"
"Sihat ja. Em kalau macam tu tak pa lah. Ibu sebenarnya dekat luar ni. Ada kenduri. Nanti senang-senang mai la balik sini. Ok lah assalamualaikum."
"Walaikumsalam".
Button merah di telefon bimbit ditouch.
"Hani kat mana lagi I nak cari you ni. Please Hani."
Inn mengeluh lagi apabila cubaan menelefon Hani yang keberapa kali dia juga tidak tahu itu gagal.
Akibat kepenatan malam itu, Inn tidur dengan lena sekali sambil sebelah tangannya menggenggm telefon bimbit.
Please vote uolls...
ANDA SEDANG MEMBACA
DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔
RomancePercintaan seorang doktor telah membawa kepada pertemuan cinta antara dua hati. Lafaz yang terucap telah menghalalkan hubungan yang terbina. Kebahagiaan yang dirasai diharapkan berkekalan. Namun rahsia silam telah menghakis sedikit demi sedikit kep...
