Bab 21

6.8K 191 2
                                    

Aku merasakan sesuatu tidak kena dengan diriku hari ini. Sewaktu bangun untuk ke tempat kerja tadi, terasa kepalaku sangat sakit sehingga aku terpaksa menelan painkiller. Mungkin juga kesan daripada aku menangis malam tadi.

Malam semalam...

Aku berjaya masuk ke rumah Inn dengan kunci yang aku minta daripada Mak Munah. Aku ke sana kerana Inn memberitahu bahawa minggu ini dia tidak pulang ke kuala lumpur. Katanya, dia terpaksa menghadiri mesyuarat tergempar. Namun, hatiku tetap merasakan bahawa Inn menipu. Rasa-rasa seperti itu semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Semasa masuk ke rumah Inn aku terus ke bilik stor tersebut. Kata Mak Munah, dia juga tidak pernah masuk ke bilik stor itu. Inn memberi arahan supaya bilik itu tidak didekati oleh Mak Munah. Aku yang mula merasakan sesuatu yang tidak kena cuba menggagahkan diri untuk masuk selepas membuka kuncinya.

Alangkah terkejut apabila aku melihat hantaran dan baju pengantin untuk diberikan kepada perempuan berada di dalam bilik tersebut. Frame gambar yang terletak di atas sebuah kotak menarik perhatian aku. Aku terkejut saat mata melihat gadis manis yang sedang tersenyum dalam gambar tersebut. Gadis itu ialah gadis sama yang aku lihat dalam album gambar milik Inn.

Sungguh hancur hatiku saat ini apabila terkenangkan kebodohan diri mempercayai seorang lelaki yang bernama Fazrin Fahimy. Air mata terus laju turun ke pipi. Dada semakin sebak. Hatiku saat ini bagaikan mahu pecah. Sanggup seorang lelaki yang bergelar suami memperbodohkan dirinya. Tidak jujur dengan dirinya. Sanggup Inn membuat aku jatuh cinta kepadanya walaupun hakikatnya dia hanya menganggap aku sebagai pengganti wanita dalam gambar tersebut.

Aku yang masih berasa tidak sedap badan terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Harapnya, kesakitan itu akan hilang. Namun harapan aku hancur. Rasa sakit itu kembali menyerang. Aku menelefon hospital untuk mengambil cuti hari ini.

Tiba-tiba kejadian semalam datang menerpa. Saat itu juga air mata terus mengalir laju. Aku semahunya cuba untuk tidak lagi mengalirkan lagi air mata. Malangnya, semua yang diharapkan tidak menjadi. Sebaliknya air mata turun semakin laju.

Aku sudah seperti orang yang hilang waras. Menangis dan menjerit sekuat hati untuk melepaskan rasa yang bercampur-campur dalam kepala saat ini.

Inn yang tidak sedap hati berjalan kehulu kehilir di dalam pejabat. Banyak kali dia cuba menelefon Hani, tetapi telefon tidak berangkat. Hatinya terus-terusan berdebar. Rasanya mungkin sesuatu yang buruk terjadi pada si isteri. Dia bukan tidak mahu pulang untuk menjenguk. Tetapi, dia tidak boleh berhadapan dengan isterinya ketika ini. Rasa bersalah dalam dirinya akan semakin bertambah jika dia berhadapan dengan si isteri.

Inn mengambil telefon bimbit untuk mendail Raisha.

"Hello, adik boleh tolong abang tak?"

"Tolong apa ni?"

"Adik free tak hari ni?"

"Free je. Shooting tak da. Class pun tak de. Kenapa?"

"Abang nak mintak tolong, pergi k.l. Tolong jengukkan Kak Hani. Abang tak sedap hati la dari tadi. Abang call banyak kali, tapi tak berangkat. Abang risau ni." Inn menggosok belakang tengkuknya sambil dahi masih berkerut menunggu jawapan.

"Ok nanti kejap lagi adik pergi. Abang, ingat pesan adik tau. Ok bye." Raisha memutuskan panggilan telefonnya.

Inn mula memikirkan kata-kata adiknya sebentar tadi. Mengapa semua orang mendesaknya sewaktu dia juga sudah mula menyayangi Hani. Sewaktu hubungan mereka sudah seperti suami isteri yang sempurna, mengapa timbulnya masalah seperti ini. Dalam hati dia sangat merindui Amina. Namun, perasaan itu perlahan-lahan dia cuba hilangkan untuk menerima hakikat bahawa dia sudah punya isteri yang sah.

"Inn, kenapa kau jadi macam ni. Betul kata Raisha. Kau patut lupakan Amina. Kau patut terima hakikat bahawa Hani sudah sah menjadi isteri kau. Kau patut terima wanita yang telah ditakdirkan untuk kau."
Inn bermonolog sendirian di dalam hati. Saat itu juga suara mama papa dan adiknya seolah-olah melayang-layang dalam kepala.

Dia berasa mungkin betul dia perlu berterus terang saat ini. Dia cuba tersenyum sedikit untuk menenangkan hati nemandangkan setiap perkara yang dia lakukan, semuanya akan membuatkan dia terbayangkan wajah Hani.

"Assalamualaikum... assalamualaikum." Berkali-kali Raisha menekan butang loceng di sebelah pintu pagar rumah Hani. Namun tiada yang menyahut.

Kereta Hani ada di dalam pagar. Tidak bekerjakah kakak iparnya itu?
Tiba-tiba pintu pagar terbuka. Raisha masuk ke dalam untuk memenuhi permintaan abangnya supaya menjenguk isteri abangnya itu.

"Raisha, masuklah." Aku yang masih tidak sihat cuba bangun untuk melihat tetamu yang berkali-kali menekan loceng rumah.

"Kak Hani kenapa ni? Pucat je. Tak sihat ke?" Raisha mula cemas setelah melihat muka aku yang pucat.

"Duduklah dulu."

"Kak Hani. What wrong with you? Are you okay?" Raisha sudah menunjukkan garangnya saat dia bertanya kepadaku.

"Kak Hani tak sihat sikit. Migrain kot? It's ok adik, sikit je ni. Nanti ok la tu." Aku cuba menenangkan hati gadis di hadapan aku ini.

"Kak Hani. Raisha nak tanya something, please be honest with me." Aku yang melihat muka serius Raisha mula tidak sedap hati.

"Tanya apa ni dik? Tanyalah." Hati mula berdegup kencang.

"Apa yang Kak Hani tahu pasal abang? Means, his past.?"



Please vote uolls...
Rahsia Inn dah mula terbongkar. Apakah reaksi Hani?
Apa yang Hani akan buat?
Sanggupkah lagi Hani terima Inn?

DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔Where stories live. Discover now