Inn memberhentikan kereta di hadapan sebuah rumah. Kagum seketika apabila melihat rumah itu. Rumah dua tingkat yang lengkap dengan kolam renang dan mini garden itu sangat menarik perhatian aku.
"Ok, kita dah sampai. Jom turun." Inn mematikan enjin kereta dan membuka pintu keretanya untuk keluar.
"U ni rumah siapa? Cantiknya!"
Aku yang berjalan di sebelah Inn sangat kagum dengan kecantikan rumah itu."Sayang, nilah rumah I. Correction, our home!" Tangan gatal Inn mencuit hidungku buat kali kedua.
"Really? Oh no, cantiknya. Tak pernah cakap pun." Aku yang sangat teruja terjerit-jerit sedikit. Nampak sangat happy dilayan begitu.
Tangan Inn aku tarik sedikit dan aku cuba melentokkan sedikit kepala ke lengannya.
"Eleh nak bodek I ke u? Manja-manja pulak dia."
"Ish tak sporting langsung la u ni."
Aku menarik kembali tanganku dan melepaskan pegangan tanganku kepadanya. Saja mahu mencari publisiti. Dalam hati aku sangat bersyukur berkahwin dengan insan yang bernama Fazrin Fahimy walaupun baru sahaja mengenalinya."Jom I kenalkan u dengan tukang jaga rumah ni." Inn menarik tangan aku menuju ke arah belakang rumah tersebut.
"Hai Mak Munah, sihat? Ni Inn ada bawak tuan rumah baru."
Inn menyapa mesra seorang wanita yang dipanggil Mak Munah. Katanya, Mak Munah yang menjaga rumah ini memandangkan Mak Munah tinggal berdekatan.
"Oh, cantiknya tuan baru rumah ni." Mak Munah yang sedang nemandangku cuba untuk memuji.
"Cantik ke Mak Munah? Biasa ja lah."
Aku cuba merendahkan diri.
Aku lihat Inn disebelah mencebikkan mulut dan membuat gaya seperti mahu muntah dengan pujian yang aku dapat.Aku menjelirkan sedikit lidah kepadanya kerana bimbang Mak Munah akan ternampak pergaduhan manja kami berdua.
"Inn, Mak Munah dah siapkan semua kerja, Mak Munah ingat dah nak balik lah. Oh, baru Mak Munah teringat, bilik yang kamu suruh kemas tu Mak Munah dah siapkan." Mak Munah bersalaman denganku sebelum berlalu meninggalkan kami.
"U! Dengar tak? Mak Munah dah siapkan bilik." Inn membuat muka gatalnya.
"Sorry la ye, terdesak sangat dah ke? Tak kuasa la nak layan." Aku mencebik lalu berjalan masuk kedalam rumah itu.
Tidak dapat aku gambarkan betapa cantiknya rumah ini di bahagian dalam. Perabot-perabot yang ringkas menampakkan kekemasan dan ruang juga nampak luas. Perabot di dalam rumah itu semuanya kena dengan cita rasa aku. Kata Inn, dia yang memilih semua perabot ini kerana dia suka perabot yang ringkas untuk menaikkan rasa tenang di rumah.
Bukak sahaja pintu bilik tidur utama, aku terpana melihat luasnya ruang. Dalam bilik tersebut terdapat dua lagi pintu. Satu bilik air, dan satu lagi ialah bilik persalinan. Di tengah-tengah hanya terdapat sebuah katil, sofa dan set lengkap televisyen. Kata Inn, set itu digunakan untuk bermain game sewaktu bosan tinggal di rumah.
"Lapar tak u? Kalau lapar nanti I beli makan."
"Takyah la, why not u pergi beli barang basah. Malam ni boleh I masak kat u. U pun tak pernah lagikan makan masakan I?"
Aku memberi cadangan supaya aku dapat menunjukkan sedikit skill memasakku.
Selepas Inn keluar tadi, aku yang keseorangan mula untuk melihat sekeliling rumah. Rumah ini mempunyai lima bilik dan enam bilik air. Setiap bilik disertakan dengan bilik air. Sungguh mewah gayanya.
"Kaya jugak kau ni Inn. Tak sia-sia kahwin dengan aku." Aku ketawa mengekek setelah perasaan itu datang. Sebenarnya aku tidak kisah langsung akan harta keluarganya. Cukuplah sekadar hidup sederhana dengan hasil titik peluh sendiri.
Please vote uolls..
Mula balik tulis lepas beberapa hari memikirkan idea yang bernas. Haha. Harap korang enjoy. Please komen untuk cadangan dan sambungan novel ini dan juga untuk cadangan novel baru...
Setiap komen akan dibaca dan dibalas. Inshaallah

YOU ARE READING
DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔
RomancePercintaan seorang doktor telah membawa kepada pertemuan cinta antara dua hati. Lafaz yang terucap telah menghalalkan hubungan yang terbina. Kebahagiaan yang dirasai diharapkan berkekalan. Namun rahsia silam telah menghakis sedikit demi sedikit kep...