Bab 12

6.7K 192 0
                                        

12/11/2017

Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh ibu ayah dan seluruh keluarga.

Hari ini, aku akan ditunangkan dengan Inn, lelaki yang aku kenal 6 bulan lepas. Aku menerimanya setelah betul-betul aku tahu latar belakangnya.

Aku yang sedang duduk di birai katil sedang membalas pesanan whatapps daripada Inn.

Thank you sebab boleh terima I Hani😊.

I pun nk cakap thanks sebab u nakkan I ni. Ye la sapa la I ni kan?

Ada nada rajuk sikit balasan whatapps aku kepadanya.

Sherry di sebelah, aku lihat sedang khusyuk menaip sesuatu di telefon bimbitnya. Mungkin sedang berbalas mesej dengan cik abangnya.

Tiba-tiba, ibu masuk ke bilik untuk bertanyakan sesuatu kepada aku.

Ibu melabuhkan punggung di sebelahku lalu bertanya sama ada aku sudah bersedia atau tidak.

Aku hanya mengangguk dan ibu mencium sedikit ubun-ubun anak bongsu kesayangannya.

Beberapa minit kemudian, datanglah beberapa wanita masuk ke dalam bilik aku.

Datin Farizah iaitu mama Inn duduk ditepiku lalu membuka kotak baldu berwarna merah. Aku lihat sebentuk cincin bertatahkan batu permata sedang bersinar cantik di hadapan. Lalu aku menghulurkan tangan kanan kepada wanita itu.

Wanita itu seterusnya menyarungkan cincin tersebut ke jariku. Setelah semuanya selesai, aku menghulurkan tangan lalu menyalami wanita itu sebelum satu ciuman hinggap di pipi.
Seterusnya adik Inn pula bersalaman dan mencium aku tanda mereka menerima kehadiran aku dalam keluarga mereka.

*****************************

"Sofia, meh sini maksu dukung."

Aku mengambil sofia dari dukungan kak long lalu aku menggomol bayi itu sampai menangis. Sudah lama aku tidak berjumpa dengan dia. Kali terakhir jumpa pun kira-kira enam bulan lepas sewaktu ibu mengadakan kenduri di kedah.

"Adik, janganlah usik sofia sampai macam tu sekali. Tengok dah nangis."

Along yang dari tadi menonton televisyen bersama isterinya menegur perbuatanku keatas anaknya.

Tiba-tiba datang ibu membawa cerita panas yang kurang enak didengar oleh halwa telinga.

"Adik tu, la ni gomoi anak orang, nanti-nanti gomoi anak sendiri pulak. Kan along?"

"Ha ah ibu, nanti bila ada anak sendiri sampai layu dia gomoi. Sampai hidung anak dia jatuh duk di mulut."

Along yang bermulut bisa menghangatkan lagi keadaan di rumah itu.

Aku seperti biasa hanya membuat muka selamba seperti tiada apa yang berlaku.

Kemudian datang pula angah yang bersiap seperti hendak keluar gayanya.

"Angah! Keluar ke?, asyik keluar je tak penat ke?"

Aku mencebik ketika melihat angah dengan abang ngah asyik keluar sahaja memanjang. Mungkin sebab mereka tidak mempunyai cahaya mata, mereka mempunyai banyak masa untuk bersama.

"Eh, eh, ade orang jealous la. Ibu tengok ni, ada orang tu jealous tengok angah keluar dating dengan Irfan."

Irfan merupakan suami kepada angah merangkap abang ngah dan abang iparku.

"Alah, angah biaq pi kat dia la. Tak lambat dah tu. Nanti hari-hari orang tu buleh dating. Ha la, keja tempat sama pulak tu, lagi banyak la masa depa dating."

"Lagi cepat la ibu dapat cucu lagi. Kan ibu?"

Soalan along dari dalam rumah telah menaikkan rasa kepanasan. Muka sudah merah seperti udang bakar. Namun, aku boleh lagi duduk di situ menjadi objek yang boleh dibahan oleh orang-orang di sekelilingku.

*****************************

Aku turun perlahan lahan dari tanggan rumah setelah angah memberi isyarat untuk turun ke bawah.

Aku lihat ramai orang sudah memenuhi ruang tamu rumah. Tok kadi juga sudah sampai.
Namun, aku tidak nampak kelibat pengantin lelaki.

Lama juga aku duduk di atas kusyen putih untuk menunggu kehadiran pengantin lelaki.

Setelah hampir 10 minit menunggu, seorang lelaki yang lengkap memakai baju berona putih datang dan duduk di atas kusyen hadapan tok kadi.

Aku tidak dapat melihat mukanya kerana dia menghadap belakang. Aku cuba sedaya upaya untuk melihat mukanya, namun tidak berjaya.

Tiba-tiba dia memalingkan muka ke arahku dan aku terkejut apabila melihat lelaki yang bakal jadi suamiku tidak mempunyai muka.

Susuk tubuhnya ada iras-iras Aidil namun mukanya tidak ada.
Aku yang terkejut dengan apa yang berlaku terus bangun sambil berlari ke atas tangga rumah...

Tiba-tiba suara ibu yang sedang nemanggil-manggil membuatkan aku terjaga daripada tidur.

"Huh mimpi rupa-rupanya"

Aku meraup kasar wajah.

"Adik, subuh dah ni. Mangkit cepat"

"Ok bu, ok"

Mimpi tadi betul-betul menakutkan aku.

Siapakah pengantin lelaki dalam mimpi aku tadi?
Adakah aku menyenalinya?
Kenapa dia tak ada muka?

Macam-macam persoalan bermain di minda ketika ini.

Please vote uolls...

DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang