Bab 30

12.1K 215 12
                                    

5 bulan kemudian...

Aku yang baru balik dari hospital berlalu untuk naik ke bilik. Penat sedikit badan ditambah perut yang makin membesar meletihkan badan. Kandungan pula sudah 7 bulan. Inn menyuruh aku berhenti kerja kerana dia tidak sanggup melihat aku kepenatan katanya. Aku menolak sekerasnya cadangan itu.
Aku berhempas pulas belajar untuk jadi doktor. Senang ja dia suruh berhenti. Memang tak la jawab dia!

Kain tuala dipakai sekerat dada sambil rambut disanggul tinggi. Cermin di wardrobe menjadi peneman sepanjang mengandung. Hari-hari aku berdiri  di situ untuk melihat perubahan yang terjadi pada diri.

Selepas mandi, aku turun ke bawah untuk membasahkan tekak. Baju masih lagi belum dipakai. Hanya tuala sahaja yang membaluti badan.

Pintu utama rumah yang terkuak dari luar telah mencemaskan aku. Mungkin Inn sudah balik.

Dari balik dapur, aku mengintai sedikit pintu utama rumah itu. Lega hati apabila melihat memang Inn yang berada di situ.

"You! I'm home!" Pekikan Inn dari pintu membuatkan aku berjalan keluar kepadanya.

"Dah balik?. Miss you." Badannya aku peluk. Aku juga tidak tahu perubahan apakah pada diri sepanjang kehamilan ini. Hari-hari nak sahaja aku peluk badannya. Manja juga makin bertambah-tambah.

"Eh.. seksinya hari ni. You nak goda I ke sayang?" Pipi yang semakin menge'pou' dijadikan tempat pendaratan tangan bisa Inn. Merah pipi aku kena cubit!

"Tak la. I panas. Dahaga pulak tadi, tu yang berkemban je." Aku beriringan jalan naik ke atas bersama Inn. Perlahan-lahan aku memijak tangga.

"Seksi la I tengok you pakai macam ni. Cute pun ada jugak. Dengan perut bulat tu. Ish... geram pulak tengok." Inn membuat tangan ala-ala ingin mencengkam.

Aku yang duduk di atas kerusi almari solek sambil menyapu losyen di tangan tersenyum gembira dipuji begitu.

"Jangan nak mengada la you. Dah ada isi ni. Nanti lepas bersalin I bagi pulak ok. Ha...ha..." Dari dalam cermin aku nampak muka Inn yang tersenyum penuh makna. Perut yang sudah besar diusap lembut.

"Pergi la mandi. Kejap lagi turun bawah tolong I masak. I nak pergi pakai baju kejap." Aku bangun menuju ke almari pakaian.

Aku lihat Inn juga menuju ke bilik air.

*******************

Inn melarikan pandangan ke arah Hani yang sedang menuruni tangga. Dia yang sedang menonton televisyen di ruang tamu beriak tenang sambil sebelah tangan menghulurkan tangan kepada Hani.

"Cerita apa? Best tak?"
Hani melabuhkan punggung ke atas Inn. Perangai manja dia dah datang balik.

"Auch... berat la you ni sayang. Nak patah paha I ni."

"Ish... tak pa la. Orang tu tak nak bagi kita tumpang paha dia dah. Ok la I pindah tepi." Bersusah payah Hani turun dari paha Inn dengan perut yang membulat sambil membuat muka merajuk. Cepat-cepat Inn memeluk tubuh itu dari belakang.

"Alah... orang gurau pun nak sentap. Meh sini nak kiss sikit mak buyung kesayangan I ni." Pipi, mata, hidung, mulut semua digomol oleh Inn. Hani pulak membiarkan sahaja suaminya menggomol sebegitu.

"You tahu tak I bahagia sekarang ni. Sebab.... sebab you jadi hubby I."
Pipi Inn dicium Hani. Lembut! Ciuman seorang isteri.

***********************

Hani bangun dari tidur setelah dia merasakan perut sedikit sakit. Sudah seminggu dia bercuti. Cuti bersalin.

DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔Where stories live. Discover now