Inn naik ke bilik selepas makan malam tadi. Niatnya adalah untuk menelefon Raisha kerana ingin bertanyakan keadaan si isteri kepada adiknya itu.
Belum sempat dia ingin menelefon, telefom bimbitnya terlebih dahulu berdering. Dia lihat pada skrin. Tertera nama Raisha.
"Hello adik. Walaikumsalam."
Inn menjawab laju salam yang diberikan. Sebenarnya dia sudah tidak sabar untuk bertanyakan keadaan Hani pada Raisha."Abang, Raisha ada berita tak baik ni."
Inn pelik mendengar adiknya berkata begitu.
"Berita buruk apa ni?"
"Kak Hani dah tahu pasal Puteri Nur Amina Megat Hashim bang."
Inn meraup mukanya beberapa kali. Dadanya mula berdegup laju. Apakah yang patut dia lakukan sekarang ini?
"Betul ke ni?"
"Abang. Better abang pergi jumpa Kak Hani and tell her the truth. Kak Hani tak sihat waktu adik pergi tengok dia haritu. Dia tak sihat pun sebab kes ni. Kesian Raisha tengok dia. Satu lagi, dia pun dah tahu rahsia bilik stor bawah tangga tu. And she ask me about that woman in frame. Raisha suruh dia tanya abang sendiri cause I'm not strong to tell her." Panjang penerangan yang diberikan oleh Raisha.
Inn yang dari tadi berdiri sudah membawa kaki ke balkoni. Memang berat untuk dia terima semua kejadian ini. Tetapi, dia perlu juga untuk menerima, kerana dia yang bersalah dalam hal ini. Bersalah kerana mengembunyikan hal yang sebenar...
"Adik, abang patut buat apa? Abang dah buntu ni dik."
"Adik nak advice supaya abang pergi jumpa Kak Hani ASAP. Kalau abang sayangkan Kak Hani. Pleaselah... Adik tak sanggup tau tengok dia menangis, merayu. Kalau abang tengok dia pun abang tak sanggup." Panjang lebar bebelan Raisha kepada Inn.
"Ok I have to go. By the way, fikir baik-baik dan cepat bertindak. Assalamualaikum."
Tutt.....
Panggilan dimatikan. Inn duduk bersila di balkoni bilik. Dia terkenangkan kebodohan diri sendiri. Dia juga terkenangkan wajah kesayangannya yang sedang kecewa. Dalam hati dia memaki diri sendiri.
Dia sudah bertekad esok pagi dia akan pulang menemui Hani di Kuala Lumpur. Dia amat berharap kepulangannya itu dapat menghilangkan semua rasa bersalah yang sudah lama terbuku di hati.
**************
Malam ini Inn hanya duduk di bilik sambil matanya tidak lepas-lepas menatap gambar yang tergantung di dinding bilik. Comel sahaja senyuman Hani dalam gambar tersebut.
Flashback
"Ok 1 2 3. Senyum..." seorang jurugambar lelaki memberi arahan kepada Hani supaya membuat pelbagai gaya. Inn yang duduk di sebelah hanya menuruti sahaja kemahuan jurugambar tersebut.
"Penatlah you! Cameraman tu asyik suruh buat tu... buat ni... I ni bukan model nak posing bagai." Hani menarik sedikit lebihan kain daripada baju pengantinnya supaya dia dapat duduk dalam keadaan yang selesa.
"Hmm... nak buat macam mana... redha je la sayang oi... kata nak gambar cantik... Berkorban la sikit."
Hani di sebelah mencebik kepada suaminya.
End Flashback
Inn tersenyum sendirian. Kalau saat ini Hani berada di sebelah, mahu sahaja dia memeluk tubuh kecik molek itu sambil menghamburkan semua kesalahan yang dia lakukan. Tapi, apakan daya. Hani kini berbatu jauh daripadanya.
Telefon di sebelah dipandang penuh makna. Inn mengambil lalu mendail nombor yang tertulis nama wife. Lama dia menunggu panggilan itu berangkat namun sia-sia. Hanya peti simpanan suara yang bercakap suruh dia meninggalkan pesanan. Dia dapat mengagak bahawa isterinya sedang marah dan berkecil hati. Lalu dia membiarkan sahaja. Mungkin hati si isteri masih panas diperlakukan begitu. Inn mula menyedapkan hati.
Esok aku mesti explain everything kat Hani.
Inn sudah bertekad dalam hatinya.
"Inn breakfast."
"Tak pa ma, i'm rushing." Inn sempat menghirup air teh di dalam cawan yang memang dikhaskan kepadanya.
"Good luck boy." Papanya yang baru turun dari tangga memberi kata-kata semangat kepada satu-satunya anak lelaki kesayangannya itu.
Harapannya. Masalah anak menantu cepat-cepat diselesaikan.
Inn masuk ke dalam kereta Skyline miliknya yang sudah lama tidak dipandu. Dia hanya memandu Honda jika ke tempat kerja. Kereta yang satu ini dia gunakan untuk perjalanan yang jauh kerana dia amat sayangkan kereta itu.
Tetapi hari ini dia terasa ingin membawa kereta kesayangannya itu keluar dari garaj papa.
"Hani sayang. Wait for me ya. I will meet you soon."
Inn memejamkan mata dan terus menekan butang start pada kereta lalu engin dihidupkan sebelum kereta sport itu melucur laju keluar daripada pagar rumah.
Hai readers yang sanggup baca story ni!... Hahaha......Actually, author dah kesuntukan idea dan malas nak menulis. Maklumlah asyik typo je. Mungkin sebab jari semakin tembam. Haha...(mengarut je author ni)
Pada yang membaca diharapkan korang berpuas hati dengan story ni. And, kalau boring tu sorry la. Korang boleh comment untuk bantu author sedapkan lagi story ni.
Inshaallah story ni akan tamat soon... 6 bab to go.
Then, jemputlah baca my new baby IMAN IMANI tajuk dia. Story tu akan dipublishkan sebanyak 15 bab.
And I hope that korang berpuas hati la dengan story-story yang author create and publish sebab I'm the begginer.
Ok lah banyak pulak membebel..
Salam sayang author buat semua pembaca.
-RaziaFarhani-

YOU ARE READING
DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔
RomantizmPercintaan seorang doktor telah membawa kepada pertemuan cinta antara dua hati. Lafaz yang terucap telah menghalalkan hubungan yang terbina. Kebahagiaan yang dirasai diharapkan berkekalan. Namun rahsia silam telah menghakis sedikit demi sedikit kep...