Bab 27

7.6K 200 1
                                    

"Kak Hani still marah kat abang lagi Raisha. Abang nak buat apa ni?"

"Haha... takkan abang dah jadi cengeng kot? Abang! this time you must use your playboy skill to get back your princess." Raisha tertawa di hujung talian.

"Huh... tak guna punya adik. Bukan nak menolong, lagi nak menyakitkan hati. Abang balik sana nanti siap kau!" Tersenyum sedikit Inn. Barulah sedikit tenang hatinya setelah  mendengar cadangan daripada Raisha.

"Ok.. ok.. Raisha nak sambung shooting dah. Ok bye abang."

Talian terus dimatikan.

"Tak habis dengan shooting tu." Inn merebahkan badan di atas katil. Lalu fikiran tertumpu pada Hani di sebelah biliknya.

"Dia buat apa tak keluar-keluar. Ahh... Hani! Aku rindu kau! Kau boleh pulak layan aku macam ni. It's ok kita tengok lama mana kau nak layan macam ni." Senyuman senget terukir di bibir Inn.

Sesungguhnya nasihat Raisha tadi diambil serius oleh Inn. Playboy pon playboy la, asalkan isteri layan kau balik Inn...

"Ish... macam mana dia boleh tahu aku ada kat sini? Ibu? Ish tak... tak... aku tak cakap pun kat ibu aku ada sini. Mama? Ish... mama lagi la tak tak tahu apa-apa. Ish... nak buat macam mana ni. Aku takut terkesiankan dia pulak." Aku berjalan kehulur kehilir di dalam bilik sambil berfikir.

"Ah... aku nak buat apa ni?"

Jeritan halus itu hanya didengar oleh telinga aku sahaja.

Jam di handphone ditilik. Sudah hendak pukul 8:00. Aku belum solat maghrib lagi! Tapi kalau keluar takut terserempak!
Kebuntuan menjadi peneman saat ini.

Agak lama aku membeku akhirnya aku ambik tuala lalu diletakkan di atas kepala sambil turun ke bilik air. Harap-harap tak jumpa dengan dia.

Inn yang menyedari waktu maghrib sudah hendak habis terus menyalin pakaian kepada tuala yang diberi oleh Hani tadi. Dia hanya membelit tuala itu di bahagian pinggang. Nampak seksi! Dengan badan ala-ala model. Dia membawa kaki untuk masuk ke bilik air.

Kunci! Maknanya ada orang! Inn senyum setelah mendapati bahawa ada 'seseorang' dalam bilik air. Lalu kain tuala yang dililit di pinggang diturunkan sedikit sampai menampakkan pusat. Jatuh iman perempuan jalau tengok! Nasib bini sorang ja ada dalam rumah.
Setelah bunyi air ditutup dari dalam bilik, Inn bersedia di hadapan pintu bilik sambil meletakkan kedua tangan di pintu seperti gaya menahan sesuatu.

Tiba-tiba pintu terbuka. Terpacul muka Hani yang kebasahan akibat  air. Hani yang terkejut dengan kehadirannya terpaku bagaikan dijampi. Mata tidak berkelip memandang Inn atas ke bawah. Bawah ke atas. "Seksi"

"Apa. Apa you cakap Hani?" Senyuman sedikit terukir di bibir Inn.
Dia tahu apa yang dikatakan Hani. Namun, dia buat-buat tidak tahu. Saja mahu menyakat isteri.

Lamunan aku terhenti setelah beberapa minit berada di hadapan lelaki ini. Jujur aku rindukannya. Tapi hati masih sakit terkenangkan perbuatannya. Badannya yang tidak berbaju dengan tuala yang dibalut bawah paras pusat itu sangat seksi di mata aku. Namun cepat-cepat aku mengigatkan kepada diri supaya  tahan dengan godaannya.

"Boleh awak tepi. Saya nak masuk solat." Dengan nada yang serius aku berkata. Padahal kalau boleh aku nak gigit ja abs dia yang ada enam tu. Oh hati! Bertabahlah dengan godaan suami sendiri!

Apabila dia tidak menunjukkan tanda-tanda mahu berganjak. Aku berkata sekali lagi. Kali ini dengan nada sedikit keras. Biarlah kalau dia nak terasa pun. Peduli apa aku!

"Encik Fazrin. Tolong tepi sikit. Saya ada wudhuk ni. Saya nak solat. Kalau Encik Fazrin datang sini, nak menyusahkan saya, lebih baik Encik Fazrin balik. Sebab saya tak rasa Encik Fazrin ada keja dekat sini."
Aku kemudiannya meloloskan diri apabila tangannya sudah tidak memegang pintu bilik air itu lagi. Kemudian, cepat-cepat aku berjalan masuk ke bilik dan menutup pintu.

Ah... seksinya dia. Terseksa batin. Ish... Hani solat solat. Ingat... solat...

"Plan A done!"

Inn menari-nari kegembiraan. Walaupun dimarahi. Dia tetap seronok kerana dia tahu Hani sudah tergoda dengannya tadi.

"Hani... Hani... you takkan boleh lari dari I. Sekali you tolak I. Beribu kali I cuba goda you."

Katil yang sudah menjadi alas badan Inn sudah terkeluar cadarnya akibat keseronokkan Inn mengenakan Hani. Cadar pulak jadi mangsa.

Aku masuk ke dapur untuk membuat sarapan. Hari ini kena buat sarapan dekat Inn sekali. Malasnya! Lelaki tu pun satu. Suka menyusahkan. Dari tadi lagi aku tidak nampak dia keluar dari bilik. Lampu bilik juga tidak terpasang. Belum bangun tidur ka?
Biarlah!. Tapi hati tidak sedap.

Aku buka perlahan-lahan pintu bilik Inn takut disedari. Mata meninjau ke dalam bilik itu. Kosong! Tak ada orang! Mana dia pergi? Takkan dah balik kot. Aku mengintai dari tingkap dapur. Kereta ada!. Lega hatiku...

Sebenarnya dalam marah-marah, rindu lagi banyak. Aku bersyukur apabila dia datang semalam. Namun aku akan cuba menjauhkan diri darinya supaya dia sedar kesalahannya. Aku bukanlah membencinya. Kehadiran dia juga telah memberi cahaya kepada hidupku. Ececece... bermadah pulak Hani.

"Asalamualaikum"

"Waalaikumsalam. Oh... mak su Ijah. Mai la masuk." Aku mempelawa mak su Ijah untuk masuk ke rumah.

"Tu kereta sapa Hani? Tak pernah tengok pun. Mak su rasa semalam lagi ada kan?" Eh...eh... reporter dia dah keluar la pulak.

"Oh... tu Inn, dia balik semalam."

Anggukan mak su Ijah ni sesuatu sangat.

"Alang-alang mai sini. Jom lah sarapan kat sini mak su. Hani masak banyak Hari ni."

Pelawaan itu seperti selalu. Tidak ditolak.

Tiba-tiba Inn yang tidak tahu dari mana datangnya itu berjalan menghampiri aku dan mak su Ijah yang baru sahaja hendak makan.

"Mak su Ijah sihat?"

Tanpa segan silu Inn melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan Hani. Riaknya seperti orang yang tidak bersalah. Lalu dia mencedokkan nasi goreng ke dalam pinggan yang berada di hadapannya.

Meluat pulak aku tengok dia duk bersembang dengan mak su Ijah. Nampak ramah lain macam je. Macam dah lama kenal. Padahal baru jumpa dua tiga kali ja. Aku yang malas melayan hanya duduk di hadapan televisyen sambil menonton cerita yang ada. Kartun pun kartun la asalkan aku tak perlu menyertai mereka yang dah macam jejak kasih tu.

Kadang-kadang terdengar ketawa Inn, kadang-kadang terdengar ketawa mak su Ijah. Meluat pulak. Macam fake je diorang berdua ni. Saja la tu Inn nak menyakitkan hati aku.

Please vote uolls...

DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔Where stories live. Discover now