Bab 19

6.6K 183 0
                                        

"Sayang, kenapa tak kejut I... dah pukul 10 pagi dah ni."

Aku terkejut mendengar suara Inn dari belakang sewaktu tangan ini sedang sibuk memotong sayur.

Aku lihat mukanya yang belum mandi agak comot namun tidak hilang ketampananya itu.

"Saja la I tengok u nyenyak je tidur. Tak sampai hati pulak nak kejut. U lapar tak?"

Aku menghentikan kerja memotong sayur lalu aku berjalan menuju ke arahnya. Muka yang sedikit comot aku pegang lalu aku penampar manja pipinya supaya hilang sikit mamai.

"Lapar jugak."

"Kalau lapar pergi mandi cepat. I siapkan breakfast yang tak berapa nak breakfast sangat dah ni. Dah lewat kalau nak cakap breakfast pun."

"Ok lah."

Aku lihat Inn berjalan ke atas dengan langkah yang seperti orang mamai. Aku tersenyum sendirian.
Sungguh bahagia aku rasakan selepas berkahwin dengan lelaki itu.

"U, tadi ibu call."

Inn yang sedang menyuap nasi goreng ke dalam mulut berhenti dan memandang tepat ke arahku.

"Kenapa ibu call? Suruh balik ke?"

Tekaan Inn kali ini tepat sekali.

"Ha ah, macam mana u tahu ni? Pandai la." Aku sengaja mahu memuji Inn supaya anginnya hari ini baik.

"Mestilah I tahu, ibu tu kalau tak rindu kat anak bongsu dia sorang ni, tak call la jawab dia."

Aku ketawa sedikit. Inn juga sudah tahu perangai ibuku. Dia akan menelefon aku jika merindui anaknya ini.

"Tak de la. Ibu cakap ada good news nak bagitahu kita. Sebab tu dia suruh balik."

"Wow, good news, excited la pulak I ni sayang."

Inn membuat muka seperti gaya kanak-kanak yang mendapat gula-gula. Tiba-tiba menyampah pulak aku melihatnya.

"U, before I forget, I nak kunci bilik stor bawah tangga tu boleh tak?"

Inn yang mendengar permintaan aku itu tersedak sedikit lalu aku menghulurkan air yang berada di sebelah.

"Kenapa sampai tersedak ni u? Ish tu la makan gelojoh sangat. Tau la sedap pun."

"Eh tak de lah. I tercekik kot."

Inn cuba menyembunyikan ketakutan yang tiba-tiba menguasai dirinya.

"Kenapa u nak kunci stor tu?"

"Saja la I macam tertarik je tengok bilik tu. Tak tahu kenapa. Setiap kali I lalu situ. Ada macam something duk panggil-panggil suruh I bukak pintu tu. Tah tah u simpan orang dalam tu?" Aku ketawa sebaik meluahkan rasa yang selama ini terpendam dengan menambah sedikit unsur jenaka.

"Sorrylah sayang, bilik tu actually takde apa pun. I simpan barang-barang lama I je. Baju-baju lama, kasut lama je. Tak payah la u nak tengok. Berhabuk dah pun. I pun dah tak sanggup nak masuk."

Tiba-tiba satu perasaan muncul dalam hati Inn. Hatinya mula sebak sebaik teringtkan 'barang' yang tersimpan di dalam bilik tetsebut.

Aku yang perasan sesuatu pada perubahan wajah Inn mula tidak sedap hati. Aku yakin ada sesuatu yang tersimpan didalam bilik itu. Aku akan berusaha untuk mencari kunci bilik itu nanti.

"U esok I nak hantar surat resign la rasanya. Dah lama I plan tapi asyik tangguh je. Esok betul-betul dah I nak submit." Inn yang sedang berjalan menuruni tangga rumah mengatur langkah ke arahku yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

"Nanti kalau u dah resign, u pindah rumah mama ke? Atau u nak ulang alik?" Aku cuba bersembang dengan Inn. Sebenarnya aku cuba mencari kesempatan untuk pergi ke rumah yang satu itu.

"Tak, I rasa nak pindah duduk dekat rumah mama sementara ja sebab papa nak I handle syarikat kat k.l nanti dah semuanya selesai, kita pindah terus rumah I. Buat sementara ni, u stay dulu kat rumah ni. Malam-malam u balik rumah depan tu. Pergi tidur dengan Sherry ye." Aku hanya mendengar saja arahan yang diatur oleh Inn. Dalam kepala masih ligat memikirkan cara untuk masuk ke rumah banglo Inn. Inn sepertinya cuba mengelak untuk aku masuk ke dalam rumahnya itu.

Please vote uolls...

DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang