Bab 17

6.6K 198 2
                                    

Malam ini saja aku masak makanan yang sedikit special buat Inn. Biar dia tahu isterinya ini pandai masak. Niat di hati saja mahu menunjuk-nunjuk.

Tadi selepas pulang dari memberi bahan untuk memasak Inn hanya berehat di bilik. Katanya ingin mengumpul tenaga. Meluat betul mendengarnya. Kalau tidak menyakat, tidak sah hidupnya.

Aku yang sudah siap memasak naik ke bilik untuk memanggil Inn makan. Naik sahaja ke bilik aku lihat Inn sedang sibuk dengan komputer ribanya.

"Cuti-cuti pun sibuk duk hadap laptop ke?" Aku menyergah masuk ke dalam bilik.

"Eh u ni, terkejut la." Inn memusingkan badannya menghadap aku yang tengah berdiri dibelakangnya.

"Jom makan! I dah siap masak"

"Kejap-kejap I nak siapkan kerja ni sikit" Inn memusing kembali badannya menghadap laptop yang dari tadi setia menemaninya.

"Oklah u turun cepat tau nanti kalau lambat-lambat u makan sorang la ye. I malas nak hidang banyak-banyak kali ni." Saja aku mahu mengugutnya berharap dia akan turun cepat ke bawah. Lalu aku membawa langkah menuruni tangga untuk ke dapur.

Sepuluh minit menunggu akhirnya Inn turun ke bawah. Dengan langkah yang tergopoh-gapah dia tidak putus-putus meminta maaf. Seronok pula melihat gayanya begitu, aku yang sedang duduk di meja makan hampir sahaja ketawa namun aku tahan daripada meletus.

Tiba-tiba niat jahat mahu mengenakan Inn datang dalam fikiran. Aku mencedok nasi kedalam pingganku lalu makan seolah-olah di tiada di sebelah. Biar padan mukanya membiarkan aku menunggu kama dihadapan rezeki. Dia cuba memanggil-manggil dan melambai-lambai tangan ke arahku namun aku buat tidak tahu. Rasakan kemarahan aku ketika ini!

"Ok lah ok lah I janji tak lewat dah. Sorry I terlama kat atas tu. U dengar tak I cakap ni" dia merapatkan kedua-dua belah tangan lalu bersungguh-sungguh meminta maaf. Gayanya comel sahaja seperti kanak-kanak.

Aku yang agak cair dengan rayuan itu akhirnya bersuara.

"Oh ada orang lagi ke kat rumah ni? Ingatkan I datang sorang tadi. Tadi ada jugak I tunggu, rasanya dalam sepuluh minit macam tu. Tapi, tak de pun yang turun. U baru balik ke? Dari mana?" Aku membuat muka tidak bersalah sambil mengajukan soalan kepada Inn. Dalam hati aku sedang ketawa terbahak-bahak kalau boleh aku lepaskan tawa ketika ini, maunya dengar semua jiran nanti.

"Tahu pun. U jangan lambat lagi tau, I tak suka tunggu-tunggu orang kalau time nak makan. Karang I lapar sangat, u, I makan." Aku memberi amaran keras kepada Inn.

"Wahai isteriku I sanggup kalau u nak makan I." Tawa Inn meledak dengan kuat. Saat ini aku pulak yang malu sendirian.

Perangai otak kuning dia sudah datang la tu. Aku hanya menundukkan kepala dan menyuap nasi masuk ke mulut tanpa memandang wajahnya.

"Wah sedap jugak u masak." Sambil menyendukkan sambal sotong kedalam pinggan, dia memuji masakkan ku.

"Tau tak pe. Nanti tak payah la u makan luar. Nanti kalau makan kat luar, lepak berjam-jam pulak. Nasib isteri u ni boleh la masak dari tak de langsung." Aku menasihat sedikit Inn sambil terselit pujian untuk diri sendiri.

"Ok la. Nanti diet I habis hancus. Perut pun nanti mesti boroi. U jangan masak hari-hari tau."

Aku lihat wajahnya ada sedikit kerisauan, mana tidaknya, dia selalu ke gym untuk membina otot. Katanya zaman sekarang semua orang sado, jadi dia juga mahu begitu.

******************************

Setelah melalui hari yang memenatkan aku naik ke atas untuk merehatkan tubuh dan memenuhi janji kepada Inn malam ini.

Masuk sahaja ke bilik, dia sekali lagi menghadap komputer ribanya. Entah apa la yang ada kat laptop tu aku juga tidak pasti. Katanya hal syarikat papa. Inn walaupun seorang doktor, dia juga meminati perniagaan. Sekali-sekala dia masuk juga office untuk melihat perkembangan syarikat.

"Ok done" komputer riba dilipatkan lalu diletakkan di atas meja sebelah televisyen.

Dia kemudiannya naik ke katil untuk tidur dan memadam lampu yang terpasang. Lalu tangannya laju memelukku hingga kami terlena diulit mimpi yang bahagia.





Please vote uolls...
Sorry lambat sikit update bab baru.
Sorry kalau boring, saya cuba untuk seronokkan novel ni. 😊😊

DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔Where stories live. Discover now