Bab 28

8.1K 206 2
                                        

"Hello pa. Abang nak sambung cuti lagi boleh ke?"

"Why, belum jalan lagi ke pujukan tu?"

"Pa, it's hard to get back woman's heart. Abang still tak berjaya lagi nak bawak Hani balik sana."

"Haha... now you know la macam mana rasa jadi suami. Ok.. ok.. papa kasi cuti lagi."

"Thanks pa. Abang janji minggu depan papa will get back your daughter-in-law. Promise. Ok la bye"

Talian dimatikan.

"Kenapa papa?" Raisha yang sedang menyuapkan roti ke dalam mulut terus bertanya kepada papanya yang asyik tersenyum sendirian setelah mendapat panggilan dari seseorang.

"Tak de. Abang awak tu. Nak sambung cuti katanya. Pujuk tak jalan lagi. Keras betul hati menantu papa sorang tu." Senyuman kecil terukir di bibir lelaki tersebut.

Raisha hanya mencebik mengenangkan perbualan dia dan Inn beberapa hari lepas di telefon.

"Adik bagi abang 3 hari je. Then, abang bawak balik kakak ipar kesayangan awak yang mengancam tu. Ha...ha.."

"Ye ke? Boleh percaya ke? Abang boleh ke nak pujuk dalam masa 3 hari. Adik macam tak yakin. Abang ingat senang ke nak pujuk. Hati kitaorang yang perempuan ni keras tau."

"Adik, you tengok la abang ni macam mana. Gentle ok. Gentle. Mungkin 9 months after abang bawak balik kakak ipar awak, you kena bersedia nak dapat anak buah baru. Haha..."

"Choiii... ok will see. Buktikan okay jangan cakap kosong je. Adik pegang janji abang tu."

"Ok darling."

Raisha ketawa puas hati apabila abangnya yang belagak itu tidak dapat megotakan janji.

"Abang, abang, tu la cakap besar lagi."

Hati Raisha berbunga riang. Biar padan muka Inn tu.

Aku rimas sebenarnya duduk berduaan dengan Inn. Rasa sempit ja rumah yang luas ini. Inn pulak tak habis-habis pakai boxer dia tu. Hari-hari ok! Tahu la badan lawa. Tapi tak payah la asyik nak tayang je. Simpan la sikit. Dah la asyik duk menempel ja. Semak betul la!

"Encik Fazrin kenapa, awak suka paki boxer? Dah tak da seluar ke nak pakai. Kalau tak de, saya boleh tolong belikan esok." Jelingan maut sempat aku berikan.

"Kenapa Puan Hani? Tergoda ke tengok saya macam ni." Sengaja ditekankan perkataan puan itu.

Aku terus bangun menuju ke dapur. Berlama-lama di sini hanya menyakitkan hati saja. Ada sahaja benda yang dia nak buat supaya aku sakit hati. Taguna betul!

Inn suka sebenarnya isterinya menunjukkan respon sebegitu. Maknanya isteri masih lagi kesah terhadap dirinya. Hatinya semakin berbunga riang.

"Plan B done"

Tangan ditepuk beberapa kali sambil senyuman puas diukir. Hani yang dulu pasti kembali!

*****************

"Hani. Kejap. I ada benda nak cakap dengan you. Dah seminggu I kat sini. Tapi, you still tak pedulikan I. You still angry with me?" Inn sudah mencapai tahap berterus terang. Dia tidak sanggup lagi isteri melayannya dingin kerana jiwa mereka juga yang tersiksa.

Aku yang duduk menonton televisyen mengalihkan pandangan kepada Inn yang sudah melutut di bawah sofa yang aku duduk sambil kedua-dua belah tangan diletakkan di atas kedua paha aku. Dia hanya memakai tshirt dan berseluar panjang. Suara seriusnya membuatkan hati sedikit gerun. Matanya aku tatap. Ya! Ini Inn yang serius. Yang ingin berkata sesuatu yang menang dimaksudkannya.

DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang