Bab 10

7.3K 208 0
                                        

Aku yang masih lagi berada di rumah ibu hanya duduk-duk berehat sahaja di dalam bilik pagi itu.

Aku merebahkan badan lalu memandang ke syiling melihat kipas yang sedang terpusing.

Kepala ligat memikirkan keputusan yang telah aku putuskan.

Benarkah keputusan ini? Aku sendiri juga tidak tahu kebenarannya.

Sanggupkah aku berkahwin dengan seseorang yang baru aku kenali.
Sangat baru sebenarnya.

Saat itu juga, mata terbayangkan wajah-wajah Aidil dan Inn.

Dua orang lelaki yang pernah aku sayangi.

Sayang?

Jika soal sayang yang menjadi isu, aku hanya menyayangi Aidil.
Perasaan sayang pada Inn belum wujud. Namun, perasaan senang bersamanya selalu ada.

"Bu, adik nak balik K.L dah petang ni."

Aku menegur ibu yang duduk disebelah.

"Adik, nanti ibu habaq kat family Fazrin suruh cepat-cepat mai bincang pasai majlis hampa"

"Perlu ka cepat macam ni ibu? Adik bukan dah termengandung ka apa. Adik setuju pun kira ok dah ibu.
Ibu, adik tak mau majlis ni buat kelam-kabut macam orang kena tangkap basah. Kalau boleh, adik nak masa untuk adik kenai Fazrin tu lagi. Masa kat hospital tu tak dan untuk kami kenai bu."

Aku memujuk ibu supaya dia mengerti akan perasaan aku ketika ini.

Dengan keluhan yang panjang ibu memberi kelonggaran dan persetujuan dengan pujukanku.

"Ok, ibu faham, tapi ibu bagi adik masa 5 bulan ja lagi. Tolongla adik, tolong faham, ibu buat semua untuk kebaikan adik. Adik lupakanlah kejadian dulu tu. Bangkit dari apa yang berlaku. Dah lama Aidil meninggal dan dalam tempoh tu jugak, adik dah tutup rapat pintu hati tu. Tapi, cuba adik buka skkit pintu hati tu kat Fazrin, ibu yakin dik, Fazrin boleh bahagiakan adik."

Aku cuba tersenyum.

******************************

Setelah memandu memasuki rumah sewa, aku terus membuka pintu kereta untuk keluar. Selepas itu aku menuju ke bonet kereta untuk mengambil barang-barang yang aku simpan di dalamnya.

Maklum sahaja orang perempuan, pasti banyak barang yang disimpannya di dalam kereta.

Kereta itu sudah menjadi almari pakaianku. Jika aku sibuk dengan on-call, aku akan membawa baju-baju ke tempat kerja.

Setelah menutup bonet kereta, aku terpandang sesuatu dari rumah jiran hadapanku.

"Inn? Kenapa Inn ada kat situ?"

Aku bergegas ke rumah itu setelah nampak kelibat Inn.

"Inn! U buat apa kat sini"

"Eh! Hani, ni rumah I. U tu, buat ape kat sini? Stalk I la tu. Kan?"

Satu senyuman yang sangat manis terukir di bibir Inn.

"Eh mana ada I stalk u. Rumah I kat depan tu. Means, kita ni jiran la. Keciknya kan dunia ni. Pusing-pusing, muka u jugak I kena hadap."

"Sebenarnya, ni rumah mama I. Dulu, mama sewakan rumah ni dekat orang. Tapi, since I transfered here, mama suruh I stay sini. Tapi, I betul-betul tak tahu U pun tinggal sini."

"Mungkin kebetulan kot"

"Hani, terlalu banyak kan kebetulan between us. Tak pernah ke u terfikir yang memang kita dah ditakdirkan. Ditakdirkan to be together."

"Sorry Hani, I tak patut cakap macam tu"

"It's ok, I faham. One more thing, family you ade cakap apa-apa tak?"

"Talk about what?"

"Us"

Aku yang sedari tadi berdiri di sebelah Inn menjarakkan sedikit kedudukan.

"Hani, thanks! But, I nak bagi u masa untuk kenal dulu I dengan sempurna before we get married."

"Thank you Inn, sebab faham I."

"But, Hani I nak kita tunang dulu boleh? Maybe, as tanda yang I betul-betul serius dengan U."

Aku mengangguk tanda setuju lalu meminta izin untuk balik ke rumah.

Dalam perjalanan ke rumah, kepala ligat memikirkan sesuatu.

"Apa aku harus buat kalau Inn kahwin dengan aku bersebab? Atau mungkin betul dia cintakan aku?"

Macam-macam perkara negatif datang menjengah kepala ketika ini.
Walau apa pun yang aku fikirkan, aku perlu meneruskan juga majlis yang bakal berlangsung itu.

Aku sudah bertekad, jika betul jodoh kami, aku terima dan aku harus mencuba untuk menanam sedikit rasa cinta kepada seorang insan bernama Muhammad Fazrin Fahimy walaupun agak sukar.

Please vote uolls...

DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang