Bab 11

6.6K 193 0
                                    

Pagi itu, aku keluar bekerja seperti biasa, sesampai di hospital aku terus ke kafe untuk bersarapan memandangkan Sherry sedang outstation aku juga malas mahu masak.

Aku mengambil makanan dan duduk di sebuah meja yang kosong. Tiba-tiba telefon bimbit berdering.

"Hello, ya, oh ok."

Panggilan daripada Inn. Dia bercuti hari ini. Katanya dia sedng berada di rumah saudara di johor kerana menghadiri kenduri.

Aku hanya mengiyakan dan terus sambung makan.

Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.

Saudara di johor?

Inn pernah bercerita kepadaku mengenai keluarganya, namun tidak ada sorang pun yang tinggal di johor. Kebanyakkan tinggal di perak dan selangor.

Ada sedikit rasa kurang senang dalam hati. Namun aku cepat-cepat membuangnya pergi.

Mana mungkin aku meragui Inn memandangkan aku bakal menjadi orang yang penting dalam hidupnya tidak lama lagi.

*****************************

Setelah memakirkan kereta, Inn masuk ke rumah banglo milik Megat Hashim.

"Fazrin, dah sampai. Masuklah"
Tangan tua itu dihulurkan kepada Inn lalu disambut dengan pelukan erat seperti sudah lama tidak berjumpa gayanya.

"Sorry walid, rasanya dah lama sangat Fazrin tak sampai sini. Fazrin sibuk sikit, baru transfer la katakan."

Inn duduk di sofa sebelah Megat Hashim.

Kemudian datang pula isteri Megat Hashim yang sedang menatang dulang air minuman.

"Ummi! Dah kama tak jumpa, ummi sihat?"

Inn menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Puan Nora.

"Fazrin, makin handsome ummi tengok,". Sambil mencuit Megat Hashim, Puan Nora menunjuk ke arah Inn dengan memuncungkan sedikit bibirnya.

"Mana ada handsome ummi, biasalah ni. Fazrin kan memang handsome dari dulu lagi." Inn memuji sedikit dirinya di hadapan pasangan itu.

Setelah agak lama berborak, baru Inn mendapat kekuatan untuk menceritakan tujuan dia datang ke mari.

"Walid, ummi, Fazrin sebenarnya ada hal sikit yang nak Fazrin cakap dengan walid, dengan ummi."
Mata dipejam seketika sambil menarik nafas dalam-dalam.

"Fazrin nak kahwin walid, ummi."

"Alhamdulillah... dah tergerak hati Fazrin nak berkahwin kan abang."

Puan Nora yang teruja terus memanjatkan syukur pada Ilahi.

"Siapa gadis bertuah tu Fazrin. Tak pernah pun cerita duk bercinta. Tiba-tiba bawak cerita nak kahwin terus ni. Pandai Fazrin simpan rahsia ya."

Megat Hashim memandang Fazrin sambil menepuk-nepuk belakang anak muda itu beberapa kali.

"Dia kawan Fazrin walid, kawan kerja kat hospital tu."

"Elok lah tu Fazrin, dah lama kan 'benda' tu berlaku. Dah tiba masa Fazrin move on. Jangan biar 'benda' yang berlaku tu, dah musnahkan hidup Fazrin. Ingan pesan walid tu."

"Inshallah walid, selagi walid ada dengan Fazrin, selagi tu lah Fazrin ingat pesan walid tu."

Fazrin hanya membuat muka tenang sambil menghirup air kopi yang dihidangkan oleh Puan Nora sebentar tadi.

*******************************

Fazrin yang baru pulang dari johor terus ke Pavilion untuk berjumpa Hafiz iaitu kawan baik sejak sekolah rendah lagi. Mereka sama-sama belajar di sekolah yang sama.
Tetapi, Hafiz bekerja sebagai seorang juruterbang memandangkan minatnya yang tinggi terhadap bidang itu.

"Bro, what up? Lama kau tak ajak jumpa. Ade pape ke ni.?"

Soalan Hafiz dibiarkan tidak berjawab sebaliknya Inn memanggil pelayan restoran untuk memesan sesuatu untuk makan.

"Fiz, aku nak bertunang."

"Wow, congrate bro! Dengan siapa kau nak tunang tu? Tak pernah cerita pun kat aku."

Hafiz menumpukan sepenuh perhatian kepada Inn berharap Inn akan menceritakan semua kepadanya.

"Partner aku kat hospital. Hani nama dia."

"Doktor?"

"Yes, doktor."

"Bro, she's already know about your passed?. Dia boleh terima kau?"

Soalan sebeginilah yang susah untuk dijawab oleh Inn. Dia belum lagi menceritakan kepada Hani soal perkara yang satu itu.
Walaupun semua perkara tentang dirinya telah diceritakan, Inn masih belum bersedia untuk membuka satu rahsia yang tersimpan kemas di mulut.

"Belum Fiz, aku tak ready lagi nak cerita 'benda' tu."

"Habis, macam mana kau boleh nak bertunang dengan dia? Bukan kau pernah cakap dulu ke yang kau takkan kahwin dengan orang yang tak boleh terima masa lalu kau?
Bro. I need your explanation."

"Fiz, aku dengan dia banyak sangat persamaan and u know, aku dengan dia banyak sangat kebetulan sampai aku pun tak tahu yang benda-benda yang jadi ni kebetulan atau dah takdir aku."

"Meaning?"

"Dia pernah bertunang. Tapi, tunang dia meninggal accident. Kau boleh bayangkan tak ape perasaan aku bila tahu benda ni."

"Really bro? Now, aku pun rasa kau dengan dia ada banyak persamaan. Tapi aku harap sangat, sebelum korang kahwin, kau kena cerita semua kat dia. And, kau kena terima apa saja yang berlaku lepas tu.
Bro, did u love her? Atau kau nak ikat dia supaya kau boleh kembalikan zaman-zaman silam kau, tapi dengan perempuan yang lain?"

Hafiz telah mengeluarkan segala rasa yang terbuku di hati. Dia sangat takut sahabatnya yang berada di hadapan mata ketika ini akan membuat perkara yang bodoh yang boleh merosakkan kebahagiaan orang lain.

Please vote uolls...

DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔Where stories live. Discover now