"Hani! Hani! Ish mana budak Hani ni?
Hah along ade nampak Hani tak?"
Puan Haida yang ternampak anak sulungnya sedang berjalan untuk ke dapur terus bertanya jika dia ternampak kelibat Hani anak bongsunya."Ibu, adik ade dekat depan la. Pasaipa ibu cari dekat dapur? Hani dekat pangkin kat luar tu tengah bersembang dengan kawan dia"
"Kawan? Sapa pulak yang mai malam-malam ni?" Puan Haida mengerutkan dahi sambil berjalan menuju ke luar.
"Eh hampa dua ni kenai ka?" Puan Haida yang melihat anaknya sedang bersembang dengan anak lelaki tunggal kawan baiknya Datin Azura mengerutkan dahi dan bertanya soalan bertalu-talu.
"Makcik, sebenarnya kami kerja sekali dekat K.L tu. Kitaorang partner dekat ER". Terang Inn ringkas sewaktu ibu bertanyakan soalan kepada kami.
Ibu yang berpuas hati dengan jawapan Inn hanya mengangguk dan terus berlalu masuk ke dalam rumah.
"U, I tak sangka pulak yang parent kita tu kawan baik. Actually tadi I tak nak ikut diorang. I nak datang kenduri rumah u. But last-last, dua-dua I pergi." Kata-kata itu diikuti tawa dibelakangnya.
"Hmm... macam dah kebetulan pulak kan? U dah lama I nak tanya U something ni. Tapi, asyik lupa ja."
"U nak tanya apa?" Inn memandangku dengan wajah yang berkerut sewaktu aku membuat saspen kepadanya dengan pertanyaanku.
"La, tak payah la tenung macam tu. Cuba relax sikit."
"Tak de. I cuma hairan la sebab tiba-tiba kot orang tu nak tanya I. Sebelum ni asyik kita ni je yang terhegeh-hegeh kat dia." Inn memuncungkan bibirnya sedikit tanda protes.
Rupanya begitu sangatlah comel.
Tergoda sedikit aku dengan kecomelan itu namun cepat-cepat aku buang perasaan itu.
Mana tidaknya, bola mata yang sedikit hazel menaikkan lagi seri dimukanya.Aku tersenyum gembira lalu memulakan bicara.
"U dah seminggu kita kerja sekali. Tapi, u tak pernah cerita pun pasal relay u. Kalau tak keberatan lah kan. U tell me boleh?"
Agak malu juga dengan pertanyaan itu. Tapi, aku tetap nak tanya. Sikap gila-gila aku yang sebeginilah membuatkan aku disenangi ramai.
Akh suka berterus terang jika aku mahukan sesuatu."Kenapa? U dah jatuh cinta pandang pertama ke dengan I?, Hani."
Selamba badak ja mamat ni menyakat aku, aku yang sedikit malu hanya membuat muka selamba seperti tiada apa yang berlaku.
Dalam hati, mungkin aku betul suka kan dia. Tapi, mungkin juga dia sudah berpunya."Haha I gurau je lah U. Janganlah ambik hati. Actually I tak pernah pun ada crush. Walaupun I ni handsome." Kening sedikit diangkat tanda bangga.
"Choi! Pleasela! u tu handsome ke Inn?. Kalau I la kan. U ni muka tak handsome pipi pulak tersorong-sorong. Ade pulak hati nak puji diri sendiri."
Satu-satu aku menghina lelaki di hadapan ini sambil aku dengar ketawanya sudah menjadi-jadi.Agak lama juga kami bersembang. Tanpa sedar, ada dua pasang mata sedang memerhati kemesraan kami bersama.
**************************
"Morning ibu! Morning kak long! Morning angah!"
Aku menarik sedikit kerusi lalu melabuhkan punggung diatasnya.
"Ceria jea adik angah harini. Ade pape ke? Oh mestilah ceria kan, semalam boyfriend datang rumah."
Angah membuat muka selamba sambil mencedokkan nasik goreng ke dalam pinggan.Angah memang begitu, jika tidak menyakat sehari tidak sah. Tidak tenang hidupnya.
"Adik nanti lepas sarapan ibu dengan ayah ada benda sikit nak cakap. Adik tunggu dekat pondok depan rumah ye."
Muka ibu yang serius membuatkan aku rasa tidak sedap hati dan kepala mula berfikir yang bukan-bukan.
Ibu aku lihat tenang sahaja, makan pun berselera sekali.
"Apa yang ibu ayah nak cakap ni?"
Aku bermonolog sendirian dalam hati.Please vote uolls...
YOU ARE READING
DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔
RomancePercintaan seorang doktor telah membawa kepada pertemuan cinta antara dua hati. Lafaz yang terucap telah menghalalkan hubungan yang terbina. Kebahagiaan yang dirasai diharapkan berkekalan. Namun rahsia silam telah menghakis sedikit demi sedikit kep...