Bab 29

8.5K 205 5
                                        

Kepulangan kami bagaikan lama waktu yang diambil. Aku mengambil keputusan untuk tinggal di rumah Inn memandangkan cuti masih berbaki. Dia juga akan berpindah ke Perak untuk menguruskan syarikat di sana kerana segala urusan di Kuala Lumpur sudah selesai.

Bilik yang berada di bawah tangga itu aku masuk setelah diberi keizinan oleh Inn. Kotak dibuka. Baju pengantin berwarna kuning diraja dibawa keluar. Cantik!

Inn menyuruh aku membuang sahaja barang-barang lama itu. Katanya dia sudah boleh menerima kenyataan. Namun cepat-cepat aku menghalangnya. Bermacam-macam barang keperluan untuk berkahwin ada. Lengkap dengan hantaran dan sebagainya. Aku kunci kembali pintu itu lalu berlalu ke kolam renang yang berada di luar.

Kaki dimasukkan ke dalam kolam setelah menyelak seluar sehingga ke paras lutut. Tenang sahaja rasa. Cuitan di bahu mengejutkan aku.

"You?!.. terkejut I." Inn yang sedang berdiri itu ketawa terbahak-bahak melihat aku yang sudah terkejut.

"Terkejut ke? Kesian you. Ha...ha..."

"Huh kesian pun gelak jugak."

"You buat apa kat kolam ni sorang-sorang sayang.?"

"Tenangkan diri"

"Kejap lagi pergi bersiap bawak baju sikit. I nak bawak you pergi Johor. Macam yang I janji."

"Really? Ok... I pegi siap."

Aku terus berlari-lari anak masuk ke dalam rumah. Tidak sabar pulak rasanya nak pergi johor.

*************************

"Ummi, ni Fazrin bawak isteri datang jumpa ummi." Inn menyalami tangan wanita itu. Tangan wanita itu mengusap lembut belakang Inn. Terserlah kasih sayang seorang ibu pada anaknya.

Aku menghulurkan tangan untuk menyalami wanita itu sebelum badan ditarik dalam pelukannya. Kuat pelukan itu. Aku dapat merasa betapa rindunya wanita tua ini terhadap anaknya yang sudah meninggal dunia.

Hatiku tenang saat bersembang dengan wanita itu. Suara lembut yang dituturkan membuatkan aku rasa rapat dengan wanita itu walaupun baru berjumpa. Pastinya Amina juga begitu. Sopan santun, berbudi bahasa, baik.

Malamnya kami pulang semula ke rumah. Hari itu dirasakan sangat singkat. Tidak puas berborak dengan ummi. Inn berjanji akan pergi lagi ke sana jika masa mengizinkan.

"Hani suka dengan ummi?" Inn yang baru keluar dari bilik mandi dengan bertuala itu menegur aku yang sedang berbaring di atas katil.

"Suka. Tenang ja tengok dia. Mesti arwah Amina pun macam tu kan?"

Inn berjalan menuju ke arahku dan melabuhkan punggung di tepi aku.

"Hani tak payah la nak bandingkan diri dengan orang lain. Walaupun Amina pernah singgah dalam hidup abang, she is the past. Masing-masing ada kekurangan. Masing-masing ada kelebihan. Dah... jangan nak bandingkan diri dengan orang lain."
Hidung dicuit oleh Inn.

Bahagianya hidup saat ini!

"Sayang! Abang nak..... boleh"
Jari telunjuk ditemukan antara satu sama lain sambil membuat muka comel.

Aku tergelak sambil melayan karenah lelaki tua bangka di hadapan. Kali ini aku pulak yang membuat muka gatal. Biar dia tahu aku pun pandai buat muka macam dia!

***************

Tiga bulan berlalu selepas aku dan Inn berbaik semula...

Aku juga sudah masuk kerja seperti biasa dan Inn sudah mula menguruskan syarikat di Perak. Hari-hari yang berlalu membuatkan hubungan kami semakin rapat. Sekali-sekala aku ke rumah Sherry untuk bertanya khabar dan berborak memandangkan aku jarang bertemunya selepas berpindah.

Inn yang baru balik sedang mandi di bilik air. Aku pula. Sibuk di dapur kerana Inn suka makan di rumah. Katanya, aku masak sedap. Boleh percaya la sangat!

"Wah sedapnya... you masak apa hari ni sayang?" Tangan gatal itu ada sahaja nak dipegangnya. Kejap pegang pinggang. Kejap pegang punggung. Naik rimas pulak. Tapi dalam hati seronok je. Suami sendiri pegang tak dosa pun.

"Masak yang simple je."

Kemudian aku menghidangkan semua makanan yang dimasak ke atas meja. Berselera sahaja Inn makan.

"Esok cuti kan?" Pertanyaan itu dibalas dengan anggukan.

"Kenapa? Nak pergi mana-mana ke?"

"Jom dating!" Wajahnya gembira sekali.

"Ok will think later." Sebelah kening diangkat krpada Inn.

Aku masuk ke bilik air dengan tergopoh gapah. Kepala terasa pening. Semua makanan yang dimakan tadi dimuntahkan semuanya. Sampai tidak ada apalagi dalam perut. Inn mengusap belakang perlahan.

"Kenapa ni? Salah makan ke?"

Hanya gelengan kecil menjadi jawapan pada soalannya.

"Esok kita check." Riak risau jelas kelihatan pada wajah Inn.

Aku hanya mengangguk. Hendak bercakap pun sudah tidak larat rasanya. Inn memapah aku ke katil dan segera tubuh direbahkan. Nasib baik aku sudah solat tadi. Kepala yang masih pening dipicit lembut oleh Inn. Terasa sangat kasih sayang suami.

"Buekkkk"

"Buekkkk"

"Buekkk"

Segala isi perut aku muntahkan buat kali keberapa aku juga tidak pasti. Sejak semalam aku tidak berhenti-henti meluahkan apa yang dimakan. Inn di tepi sudah beriak risau.

"You ni kenapa? Jom la I bawak pergi check. Risau la I tengok." Inn memapah tubuhkh yang sudah lembik ke katil. Mata sudah tidak larat diangkat. Rasanya macam nak pengsan saja. Dia mengambil cardigan dan tudung sarung lalu disarungkan kepadaku. Perlahan-lahan aku melangkah menuruni katil. Kereta Inn aku masuk lalu menurunkan seat hingga postur badan dalam keadaan selesa. Lalu kereta itu meluncur laju meninggalkan rumah.

"Thank you." Satu ciuman hinggap di dahi. Inn yang setia menemani aku di katil memicit lembut kepala yang bersisa peningnya. Tangan aku diambil lalu dicium kasih.

"I love you."

"Love you too." Aku dibawa kedalam pelukan erat Inn.

Terasa bahagia setelah mendapat tahu seseorang akan datang untuk melengkapkan lagi hidup kami. Seorang pewaris Fazrin Fahimy. Orang yang paling gembira ialah Inn. Semasa doktor memberitahu tadi dia tidak sudah-sudah mengucap syukur. Aku tahu dia memang gembira kerana memang dia mahukan bayi ini.

Ya Allah biarlah kebahagiaan kekal bersama aku.


Please vote uolls...

DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang