Bab 8

7.3K 210 2
                                    

Aku mengambil kunci kereta dari beg tangan lalu menekan punat hijau.
Setelah kereta yang tadinya terkunci dibuka, aku masuk ke dalam tempat pemandu lalu menurunkan sedikit seat kereta.
Aku memicit-micit lembut belakang leher lalu menanggalkan cermin mata.

Permintaan ibu dan ayah sebulan lepas muncul kembali dalam fikiran.

"Adik, ibu dan ayah rasa dah masanya adik kahwin."

"Kahwin? Adik nak kahwin dengan siapa ibu? Calon pun tak de."

"Kalau soal calon yang adik fikirkan, tak ape, adik tak payah fikir sebab ibu dengan ayah dah ada calon yang sangat-sangat kami berkenan."

"Siapa lelaki yang ibu ayah berkenan tu?"

Ibu melihat ayah yang sedang meneguk kopi lalu ayah menggangguk ke arah ibu tanda dia menyuruh ibu memberitahuku.

"Anak kawan ibu, Fazrin Fahimy."

Aku terkejut saat ibu mendedahkan nama lelaki yang bakal dijodohkan denganku sampai ke hari ini.

Janji aku dengan ibu sudah sampai tempohnya. Esok aku terpaksa menyatakan keputusanku bahawa aku mahu atau tidak berkahwin dengan rakan sekerja aku yang baru sebulan aku kenal.

Hatiku jadi serba salah. Aku tidak mahu mengecewakan harapan ibu ayah dan dalam masa yang sama aku juga takut untuk mengambil risiko berkahwin.

Tadi sewaktu bertugas aku lihat Inn tidak henti-henti pandang aku. Aku yakin pasti dia juga tahu soal perkara ini. Manakan tidak, kata ibuku dia yang bersetuju untuk berkahwin denganku sewaktu dia datang kenduri tempoh hari.

Selepas agak lama aku berfikir di dalam kereta, aku terus memandu laju kereta menuju ke rumah.

*********************

"Assalamualaikum,"
Sapaku setelah menjejakkan kaki ke dalam rumah.

Dengan langkah yang longlai aku masuk ke dalam rumah terus ke bilik untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.

Solat malam itu dirasakan sangat tenang apabila aku duduk lama diatas sejadah selepas selesai solat.

Aku meminta pertolongan dari Allah supaya Dia menunjukkan jalan yang perlu aku pilih.

Tok tok

Ketukan pintu menyedarkan aku dari terus hanyut melayan perasaan.

"Hani, kau nak keluar pergi makan tak? Aku nak keluar ni."

"Sherry, boleh tak kau tapaukan untuk aku. Sherry aku nak cakap sikit lepas kau balik nanti boleh?"

"Ok Hani, aku bungkus je lah dinner nanti kita borak sambil makan."

Sewaktu turun ke dapur, aku lihat sudah siap makanan terhidang di atas meja. Aku membasuh tangan lalu menarik kerusi yang bertentangan dengan Sherry letaknya lalu aku duduk.

"Sherry, tadi kan aku cakap aku ada benda nak cakap."

Aku mengumpul semua kekuatan yang ada lalu aku memandang Sherry.

"Ibu ayah suruh aku kahwin."

Sepatah sahaja perkataan itu keluar dari mulut.

"What? Oh my god. Dengan siapa Hani?"

"Kau ingat lagi tak aku pernah cakap kat hospital tu ada doktor yang baru transfer dari Ipoh."

"Ha ah. Kau jangan cakap kau nak kahwin dengan mamat doktor tu."

Aku hanya mengangguk perlahan-lahan apabila Sherry meneka dengan tepat masalah yang aku sedang fikir.

"Aku tak tahu la nak buat keputusan macam mana Sherry. Ibu ayah dah berkenan dekat dia. Aku tengok dia pun macam dah bagi harapan dekat aku."

Ya Inn sepertinya berharap aku akan menerimanya sebagai suami kerana setiap hari dia akan mengingatkan aku supaya berfikir dengan tepat dan buat keputusan yang terbaik. Pesanan itu seolah-olah menyuruh aku berkata 'ya' jika ditanya keputusanku nanti.

"Hani, aku rasa benda ni tak boleh buat main-main tau. Kau kena fikir dalam-dalam. Tapi kalau pendapat aku la kan. Aku rasa better accept je la, cakap je yes sebab cara kau cerita dia dekat aku, aku yakin tau yang dia nakkan kau and dia bersungguh-sungguh nakkan kau.

Panjang lebar Sherry memberi nasihat dan pandangannya terhadapku.

Ketika ini, aku tersenyum yakin akan keputusan yang akan aku buat.

"Oh Hani, tadikan waktu aku nak pergi beli makan, aku ada terserempak dengan jiran depan rumah tu. Ya allah, handsome tu macam model underware. Haha."

"A ah ye la kau tu. Tapikan aku macam tak pernah terserempak lagi la dengan dia. But, it's ok nanti ada rezeki, aku tengok lah muka dia yang macam model underware kau cakap tu. Haha"

Kami berdua terus ketawa sebaik sahaja aku mengulangi ayat Sherry sebentar tadi.

Please vote uolls...

DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔Where stories live. Discover now