Bab 26

7.3K 203 3
                                    

Semasa bangun untuk mengerjakan solat subuh pagi tadi, aku melihat telefon bimbit mempunyai banyak missed call daripada Inn.

Aku tidak menghiraukannya lalu aku berjalan ke bilik air untuk membersihkan diri.

Seusai menunaikan solat aku bersiap-siap untuk keluar. Aku sudah berjanji dengan mak su Ijah untuk menemaninya berjalan-jalan atau lebih tepat, shopping di sempadan.

Aku mengenakan jeans biru dipadankan dengan blouse pink dan digayakan dengan tudung berwarna cream. Selepas berpuas hati melihat wajah di cermin, aku mengambil sling bag dan kunci kereta yang berada di atas meja solek lalu keluar dari rumah.

"Mak Su! Oh Mak Su"

"Manalah mak su ni. Semalam beria-ia nak bertolak pagi-pagi." Aku mengomel sendirian.

Tiba-tiba pintu rumah terbuka. Kelihatan Mak Su Ijah tergopoh gapah mengunci rumah dan berjalan menuju ke keretaku.

"Sorry, sorry, mak su lambat sikit. Jawab call i... Tak pa lah. Hani tunggu lama dak?" Tergagap sedikit suara wanita itu.

"Baru je. Mak su sat gi kita singgah makan dekat kedai Pak Liman tu noh. Hani lapaq roti canai la."

Tiba-tiba tekak hendak makan roti canai. Sebenarnya sudah lama aku tidak menjamah roti canai memandangkan aku bukanlah penggemar makanan itu.

"Eh... eh... bukan Hani tak makan roti canai ka?" Mak su Ijah sudah membuat muka hairannya.

"Mak su, sometime kita kena ubah selera. Macam tu jugak dengan kehidupan. Kadang-kadang kita tak boleh nak jadi baik je. Sometime we need to be cruel."

Senyuman sinis terukir di bibir tanpa sengaja.

"Hani... awat macam pelik ja? Hani okay ka?"

"Hah...ah... Hani okay ja mak su. Jom la bertolak, satgi lambat pulak sampai Padang Besar. Nak singgah kedai lagi ni.

Aku menghidupkan enjin kereta lalu memandu keluar dari pagar rumah Mak su Ijah. Senyuman sinis terukir di bibir.

******************************

"Okay ibu, terima kasih. Walaikumsalam."

Inn mematikan panggilan.

Tadi, ibu Hani menelefon, katanya dia tahu keberadaan Hani. Tapi, ibu meminta Inn untuk memberikan sedikit lagi masa kepada Hani supaya wanita itu dapat menenangkan diri.

Kata ibunya, Mak su Ijah memberitahu kepadanya tentang segala aktiviti yang dilakukan oleh Hani di kampung. Oleh itu, rasa risau Inn terhadap Hani semakin berkurangan.

Mujur ada ibu saudara yang baik seperti Mak su Ijah.

*****************************

Puas rasanya berjalan-jalan pada hari ini. Setelah sampai tadi, aku naik ke bilik untuk membersihkan diri dan menunaikan solat asar. Huh orang perempuan kalau shopping, memang tak ingat dunia langsung! Hari ini kami berjalan-jalan ke serata ceruk. Mak su Ijah yang meminta supaya aku menemaninya berjalan-jalan memandangkan dia bosan di rumah. Seminggu berturut-turut kami berjalan. Puas hati!

Aku yang sudah membersihkan diri dan melakukan apa yang sepatutnya tadi duduk mengadap tingkat bilik. Sunyi pula hidup ni bila tinggal sorang-sorang dekat rumah. Jam di dinding juga telah menunjukkan sudah hampir masuk ke waktu maghrib. Aku berlalu menuju ke dapur untuk menghilangkan rasa dahaga di tengkuk.

Bunyi enjin kereta menyedarkan aku daripada lamunan yang aku sendiri cipta.

"Bunyi kereta sapa pulak maghrib-maghrib ni."

Aku tertanya-tanya sendirian setelah agak lama telinga menangkap bunyi deruan enjin kereta. Kalau nak kata kereta lalu lalang, rumah ni jauh dari jalan. Serentak dari itu, aku terpandang samar-samar cahaya yang menembusi tingkap dapur.

Aku membawa kaki ke tingkap dapur untuk mengintai dari dalam.

Kereta! Tapi kereta sapa?! Tak pernah tengok pun. Macam kereta sport je? Tapi sapa punya ni. Kenapa datang sini. Takkan ibu dah buat homestay kot rumah ni? Ke orang jahat? Ish! Takut pulak...

Macam-macam benda buruk bermain dalam fikiran.

Aku memberanikan diri untuk membuka pintu. Sebelumnya, aku mengambil tudung sarung dan cardigan lalu aku sarungkan ke tempat yang sepatutnya.

Pintu hadapan rumah aku buka sedikit dan kepala aku keluarkan sambil badan masih lagi dalam rumah. Figura seorang lelaki yang sedang menyandar di tepi kereta itu aku lihat dalam samar-samar cahaya terang dari bulan. Aku tutup kembali pintu rumah lalu aku duduk di sofa sambil kedua-dua belah kaki sudah di atas sofa.

Aku memikirkan lagi. Takut jugak. Lama aku menunggu salam diberi. Kot-kot lah 'makhluk' itu memberi salam. Baru senang sikit hatiku. Baru lah tahu yang itu 'manusia'.

"Assalamualaikum" tersentak bahuku seperti terkena renjatan elektrik.
Terhinjut sedikit.

Ya, suara itu sepertinya sangat aku kenali.

Inn...

bibir terukir nama itu tanpa sengaja. Memang betul! Aku kenal benar suara itu walaupun sudah lama aku tidak mendengar suara garau itu. Tiba-tiba terasa rindu.

"No! No! No Hani! Jangan kalah dengan godaan! Strong! Strong!

😈
"Kau jangan nak bagi muka kat dia. Laki semua sama ja! Kau lupa apa yang dia dah buat kat kau!"

😇
"Hani, dia suami kau! Macam mana buruk pun dia. Macam mana pun dia buat kat kau, dia tetap suami kau yang sah. Tak baik kau buat dia macam tu. Berdosa. Tak cium bau syurga.."

Di sisi sebelah kiri bisikan jahat. Sisi sebelah kanan pulak bisikan baik.

Celaru otak aku saat ini. Manakan pula si Inn berada di luar rumah sambil bagi salam lagi.

Rasa nak halau pun ada. Tapi mengenangkan mungkin lelaki itu penat memandu. Aku ikutkan juga bisikan di sebelah kanan. Tapi kali ni je tau! Jangan harap la aku nak bagi chance lain kali.

Dengan muka yang ketat aku membuka luas pintu rumah. Lalu aku berlalu pergi dengan muka yang tidak beriak. Aku lihat Inn membawa sebuah beg bersamanya. Besar! Nampak gayanya macam nak duduk sini terus je...

"Hani... you sihat? I rindu kat you."

Dengan wajah yang beriak riang, Inn cuba memegang sedikit tubuhku.

Aku yang merasa tangan itu hendah memegang terus mengalihkan badan dari terkena jarinya.

Biar padan muka lelaki tak guna itu! Eh... eh... lelaki tak guna pun aku jugak yang sayang.

Aah... bisikan hati selalu begitu. Suka menyelarukan otak yang memikir.

Setelah menunjukkan sikap dingin terhadap Inn aku cuba-cuba megintai mukanya. Perlahan-lahan aku mengintai takut kalau-kalau dia perasan.

"Hani... I nak tidur mana malam ni?" Gagap-gagap Inn bertanya. Matanya sudah kuyu tampak keletihan di wajah lelaki itu. Mungkin kecewa sedikit dengan perbuatanku. Biarlah, aku bukan peduli pun!
Rambutnya yang sedikit kusut menutup sebahagian dahi itu sangat mengancam!

Namun, cepat-cepat aku tepis hasutan tersebut. Aku mesti melayannya dingin. Sebelum Inn datang ke sini, hari-hari aku memesan supaya hati bertabah dan supaya aku kuat untuk membalas dendam.

Ya!. Membalas dendam dengan tidak menghiraukan kewujudan lelaki itu. Namun setelah jasad berada di hadapan, janji kepada diri sendiri terpecah bagai kaca. Tidak sanggup melihat lelaki kesayangan dilayan begitu.

Aku mengambil beg Inn lalu membawa ke dalam bilik sebelah bilik aku. Tanpa suara sepatah aku menghulurkan tuala kepadanya.
Pandai-pandai sendirilah, hendak hidup. Dah besar pun! Malas aku melihat mukanya lagi lalu aku masuk ke dalam bilik.










Please vote uolls...

DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔Where stories live. Discover now