Dari pagi tadi lagi kedengaran suara ibu mengarah itu ini. Maklum sahaja ibu sangat teliti ketika melakukan sesuatu.
Memandangkan hari ini ibu dan ayah mengadakan kenduri kesyukuran, ramai orang kampung yang datang dari pagi lagi.
Memang sudah adat orang kampung, mereka akan bergotong-royong untuk memasak jika adanya kenduri.Ibu sengaja mahu membuat kenduri di kedah walaupun kami sudah berpindah ke Perak sejak aku memulakan pekerjaanku di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Alasan mereka adalah, supaya senang aku berjumpa mereka. Dan mereka juga senang melawat aku jika rindukan anak bongsu mereka ini.
Aku yang sedari tadi ditugaskan untuk menjaga anak-anak buahku hanya duduk di dalam bilik untuk memastikan mereka tidak keluar mengganggu orang yang sedang bekerja.
*Ting ting*
Telefon bimbit berbunyi tanda ada seseorang menghantar whatapps kepadaku.
Hani... sorry ye I x leh pergi kenduri rmh U. Mama I ajak perg kndri rumah kawan dia kt kedah.
Klau smpat nnti I singgah rmah u.Its ok x pe la. Mngkin x de rzki u sampai sini. Nnti2 blh lg kan.
Sorry skli lg tau. Hehe😊
Ok bye. Asalamualaikum.
Aku tersenyum sebaik sahaja membaca mesej dari Inn.
Entah mengapa hati yang tertutup rapat sejak kejadian lalu kembali terbuka sedikit demi sedikit.
Mungkin benar, hati yang sudah lama kosong sudah terisi.Aku pernah terlalu mengayangi Aidil sehingga menutup pintu hati serapat-rapatnya.
Waktu belajar di Rusia dahulu juga ramai lelaki cuba mendekati, namun semuanya hampa kerana aku memberi layanan dingin terhadap mereka.Waktu itu aku telah bertekad untuk menghabiskan pelajaran dan mengejar impian aku.
Tok tok
Ketukan pintu bilik dari seseorang diluar membuatkan ingatan aku kembali normal.
Aku terus membuka sedikit pintu untuk melihat si pengetuk pintu tadi."Along, kenapa datang sini? Majlis dah nak mula ke?"
"Eh adik tolong along kejap boleh? Along nak pinjam kereta kejap. Kereta along ada dekat abang ngah. Dia pergi beli ais batu."
Aku mengambil kunci kereta di atas meja solek lalu dihulurkan kepada along.
***********************************
Majlis hari itu berjalan dengan sangat lancar.
Aku yang baru sudah mandi sedang duduk santai di atas pondok di hadapan rumah.Tiba-tiba sebuah kereta jenis haval berwarna merah berhenti di hadapan rumahku.
Dalam fikiranku, itu mungkin kawan ibu dan ayah yang ditunggu-tunggu kedatangan mereka.
Aku kembali melayan perasaan sambil mengambil angin di luar rumah. Pondok yang aku duduki itu menghadap ke arah sawah padi yang terbentang luas di hadapan.
Angin sejuk juga menghembus-hembus menyebabkan tudung yang membaluti kepala sedikit terselak di dada.
Aku akui tiada udara senyaman ini di Kuala Lumpur. Yang ada hanya udara bercampur asap debu yang boleh mendatangkan penyakit kepada manusia.Setelah puas mengambil angin, hati tergerak untuk masuk ke rumah bagi melihat dan 'menunjuk muka' di hadapan tetamu.
Ibu sangat menggalakkan anak-anaknya untuk keluar dab bersalaman dengan tetamu apabila rakan atau jiran datang ke rumah.
Alasannya supaya rakan-rakan dan jiran mereka mengenali anak-anak ibu.Aku menyalami seorang wanita yang kelihatannya sudah separuh abad itu dan terus meminta diri untuk masuk ke dapur.
"Kak long, ada orang ke dalam bathroom tu. Adik dengar macam bunyi air"
"Haah adik anak auntie dengan uncle kat depan tu tengah ambik wuduk. Nak solat katanya. Almaklumlah sekarang ni dah habis maghrib dah pon.
Tolong kak long hidangkan nasi dengan lauk dekat depan boleh tak dik".Aku menatang perlahan-lahan dulang yang berisi lauk pauk lalu diletakkan di ruang tamu yang sudah cantik terpasang tikar. Kemudian aku berlalu pergi kembali ke dapur.
"Cik, boleh tunjukkn kat saya bilik untuk nak solat. Tadi makcik cakap suruh saya solat dekat bilik tetamu."
Inn yang ternampak kelibat seorang wanita dari belakang terus bertanya tempat yang disuruh tuan rumah untuk solat sebentar tadi.
"U! Macam mana u boleh ada sini?"
"Ni rumah I. Patutnya I tanya u why u ada kat sini"
Inn! Ya Inn ialah pemuda yang sedari tadi berada di bilik air di rumahku.
Mengapa dia boleh ada di sini?
Please vote uolls...

YOU ARE READING
DIA... PENGANTIN LELAKIKU ✔
RomansaPercintaan seorang doktor telah membawa kepada pertemuan cinta antara dua hati. Lafaz yang terucap telah menghalalkan hubungan yang terbina. Kebahagiaan yang dirasai diharapkan berkekalan. Namun rahsia silam telah menghakis sedikit demi sedikit kep...