1: Forbidden Love

3.1K 160 36
                                    

N O T E

Cerita ini hanya rekaan semata-mata. Dilarang plagiat atau meniru hasil karya ini. Sebarang kata-kata berbaur biadap dilarang sama sekali.
Genre: Fantasy

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

"Elene? Kenapa ni?"seorang lelaki yang berpakaian serba hitam terus berlari ke arah seorang perempuan yang berjalan lemah ke arahnya.

"Reil, ibu... Ibu...,"Elene tidak mampu menghabiskan ayatnya. Terus sahaja air mata mengalir dari tubir matanya. Reil terus memeluk gadis dihadapannya itu. Belakang Elene ditepuknya perlahan.

"Ibu dah tahu hubungan kita. Ibu suruh kita berpisah,"beritahu Elene dalam tangisan. Reil serta-merta melepaskan pelukannya.

"Kau bagitahu ibu kau?"tanya Reil dalam kegelisahan. Elene laju menggeleng.

"Tidak! Ibu nampak kita semalam. Bila ibu tanya tentang hubungan kita. Aku hanya beritahunya jujur sahaja pasal kita. Kau tahukan, Reil, kaum aku tak boleh berbohong walaupun sekali,"beritahu Elene jujur.

Reil terus memandang tepat ke dalam anak mata biru milik Elene.

"Apa kata kita kahwin? Lambat-laun ibu kau pasti terima hubungan kita, kan?"cadang Reil.

Elene terkedu. Apa yang harus dia lakukan. Fikirannya puas menafsir kata-kata Reil. Elene terperangkap antara keinginan ibunya dengan cinta sejatinya.

Melihat Elene yang ragu-ragu untuk membuat keputusan, Reil terus berbicara.

"Tak apalah, Elene. Aku faham. Mulai hari ni, kita kena berpisah. Ketahuilah, aku betul-betul cintakan kau. Selamat tinggal, Elene,"Reil bicara mudah. Badannya terus dipusing membelakangi Elene.

Tiba-tiba, sepasang sayap berwarna hitam muncul di belakang badan Reil. Reil terus terbang pergi dari situ.

Elene sekali lagi terkedu. Adakah dia baru saja ditinggalkan oleh lelaki yang benar-benar dicintainya? Bolehkah dia terima perpisahan itu begitu sahaja. Elene terus menggelengkan kepalanya. Tidak! Dia tak sanggup!

Tiba-tiba, muncul sayap putih seperti salji dari belakang badan Elene. Sepantas kilat Elene terbang mencari kekasihnya yang pergi meninggalkannya.

Sudah setengah jam Elene mencari namun masih tidak menemui Reil. Hatinya gelisah. Tiba-tiba, satu susuk tubuh menarik pandangannya.

Apabila diamati, itu Reil! Lelaki itu sedang duduk di tepi tebing sungai sambil melempar batu-batu kecil.

"Reil!"Elene terus memeluk lelaki itu erat. Reil terpanar dengan tindakan gadis itu.

"Tolonglah Reil! Jangan tinggalkan aku. Aku juga cintakan kau. Sekali pun aku tak nak fikir yang kau akan tinggalkan aku. Tolonglah jangan pergi. Aku betul-betul cintakan kau,"luah Elene dalam tangisan. Reil terus melepaskan pelukan Elene.

"Elene, aku pun tak nak berpisah dengan kau tapi, aku tak nak kau terseksa kalau bersama aku,"ujar Reil perlahan. Elene terus menangis teresak-esak.

"Elene, kau sudi tak kahwin dengan aku?"tanya Reil. Tangannya mengusap lembut pipi milik Elene. Sekali lagi gugur air mata gadis itu.

"Ya. Kau bagitahu aku, lambat laun pasti ibu aku akan terima hubungan kita, kan?"Elene menyedapkan hatinya sendiri. Reil hanya mengangguk.

Mereka terus berpelukan. Hati masing-masing masih menyimpan perasaan yang sukar untuk ditafsirkan. Gembira, sedih, risau, semuanya bercampur menjadi satu perasaan yang takut untuk difikirkan.

























Bersambung.......

DIFFERENT TWIN │ ✓Where stories live. Discover now