"Macam mana korang boleh kenal?"tanya mak cik Dyena kepada Adden dan Cherryle.
Adden sudah tidak membaca buku lagi. Cherryle pula sudah duduk di sebelah Chervyle semula.
"Kalau mak nak tahu, sebenarnya, kitorang ni kawan masa kecil lagi. Adden jumpa dengan Cherryle masa Adden masuk dalam hutan untuk cari herba,"beritahu Adden. Cherryle hanya mengangguk.
"Adden dah tahu pasal pak cik Reil?"tanya mak cik Dyena lagi.
"Ya. Adden dah tahu. Adden yang kebumikan pak cik Reil,"jawab lelaki itu lagi.
"Kejap. Sejak bila kau tahu yang papa aku tu bapa saudara kau?"tanya Cherryle pula. Adden memandang wajah Cherryle.
"Sebenarnya, masa kau kata papa kau dalam keadaan tenat, aku ikut kau balik. Aku pun tak sangka yang Pak Cik Reil rupanya dalam keadaan tenat. Aku pun baru tahu yang korang sepupu aku hari tu. Memang kebetulan,"beritahu Adden.
Dalam hatinya, dia tidak sangka yang bapa saudaranya akan pergi secepat tu. Selama ni, dia langsung tiada peluang untuk jumpa dengan satu-satunya bapa saudaranya, hanya tahu melalui gambar yang ditunjukkan oleh ibunya sahaja.
"Tapi, aku tak sangka yang adik kau..."
Dush!
"Adoi! Apahal kau tumbuk aku, hah?! Kau tak puas lagi ke gaduh dengan aku?!"marah Adden.
Ya lah, tiba-tiba je Cherryle tumbuk muka dia. Bukannya biasa-biasa, macam kena batu yang tajam.
"Maaflah, aku rindu nak tumbuk muka kacak kau. Biar berdarah sikit. Tanda aku buat love lebam dekat muka kau."jawab Cherryle selamba sambil tersengih-sengih.
Padahal hatinya betul-betul tidak mahu Adden membongkarkan rahsia tentang adiknya.
"Sudahlah! Kamu semua pergilah naik tidur, dah lewat ni,"arah mak cik Dyena.
Semua yang ada di situ terus berlalu ke tangga. Tanpa mereka sedari, Cherryle sudah menarik tangan Adden ke belakang tangga.
"Kenapa pula kau ni? Nampak gelisah, je?"tanya Adden kepada Cherryle yang melihat sekeliling, harapnya tiada orang yang nampak mereka. Kemudian, matanya mula memandang mata Adden sebelum berbicara.
"Sebenarnya, mak kau tak tahu lagi pasal adik aku jadi, aku nak minta tolong kau supaya jangan bagitau yang Chervyle tu sebenarnya kaum Ancarnelion,"pinta Cherryle dalam keadaan merayu. Adden terkejut.
"Tapi, kenapa?"tanya Adden lagi.
"Ibu kau pasti akan bunuh kami,"beritahu Cherryle. Adden terkedu. Ibunya sanggup kah?
"Aku sayang adik aku, aku tak mahu dia dibunuh oleh ibu kau. Kehilangan papa aku membuatkan aku semakin nak jaga ahli keluarga aku,"suara Cherryle mula berubah sebak.
Kepala Cherryle ditundukkan, dia tidak mahu Adden perasan dengan perubahannya.
Sungguh gadis itu sedih bila mengungkapkan perihal bapanya yang sudah meninggalkan dia dan adiknya.
Namun, Adden perasan dengan perubahan Cherryle didepannya. Dia tidak kisah untuk merahsiakan tentang adik kembar Cherryle. Tetapi, dia tidak boleh melihat gadis dihadapannya itu kembali sedih.
Adden terus memegang kedua-dua belah pipi Cherryle. Muka gadis itu diangkat supaya memandangnya.
"Tolonglah, Cherryle. Janganlah kau sedih lagi. Aku tak boleh tengok kau terus macam ni. Papa kau pun mesti nak kau terus ceria, kan?"pujuk Adden.
Cherryle mula merona merah. Jantungnya berdegup kencang. Sungguh dia rasa lain akan pandangan lelaki itu.
Cherryle betul-betul rasa janggal. Matanya segera dialihkan daripada terus menatap mata lelaki didepannya.
"Tak payah drama sangatlah. Ayat kau tak kena dengan reaksi wajah kau. Buat aku nak ketawa,"Cherryle terus menepis tangan Adden dari terus memegang pipinya. Kakinya mula dilajukan ke arah tangga untuk naik ke biliknya.
"Cherryle!"panggil Adden. Cherryle terus menghentikan langkahannya. Namun, matanya masih tidak menatap wajah Adden.
"Aku sebenarnya... Suka...,"
Bersambung........
YOU ARE READING
DIFFERENT TWIN │ ✓
FantasyChervyle dan Cherryle ialah adik-beradik kembar yang berbeza kaum. Mereka merupakan anak kepada Elene dan Reil. Elene dari kaum Ancarnelion yang telah terperangkap dalam cinta terlarang bersama Reil dari kaum Decornelion telah melahirkan kembar yang...