Cherryle terus terbang ke dalam hutan dengan laju. Sungguh dia perlu mencari herba untuk bapanya.
Matanya terpaku pada satu susuk tubuh yang berdekatan dengan sebatang pokok besar. Sepertinya orang itu sedang memetik pokok-pokok kecil. Cherryle terus lajukan kibasan sayapnya.
"Adden!"panggil Cherryle kuat. Lelaki itu terperanjat sakan.
"Kau nak apa lagi, budak?"tanya Adden. Keningnya terangkat sedikit apabila melihat Cherryle yang sedang panik.
"Ah-erm... Papa... Sakit... Herba... Rawat... Sekarang... Ada tak?!"kata Cherryle dalam kegelisahan. Sampaikan ayatnya sudah berterabur untuk meminta tolong.
Adden tersentak, selama ini, dia tidak pernah melihat Cherryle dalam keadaan yang gelisah.
"Hei. Tenang lah, tarik nafas... Hembus nafas... Cuba bagitau aku baik-baik,"Adden cuba untuk menenangkan gadis itu. Ternyata berkesan tetapi air mata gadis itu pula yang mengalir deras.
Sekali lagi, Adden tersentak untuk kali yang kedua. Walaupun gadis itu kelihatan cantik apabila menangis, hati lelakinya berasa sakit untuk melihat tangisan Cherryle.
"Papa dalam keadaan yang parah. Darah memancut keluar dari mana-mana sahaja. Tolonglah, aku nak minta herba supaya sembuhkan papa aku dengan segera. Dia banyak kehilangan darah,"beritahu Cherryle lancar. Tangisannya masih berlagu di pendengaran lelaki itu. Adden berasa serba salah untuk mengungkapkan sesuatu.
"Erm... Sebenarnya Cherryle, herba untuk sembuhkan luka memang ada tetapi ia memakan masa yang sangat lama untuk tutup luka tu. Tetapi, herba emas yang boleh menyembuhkan sakit dengan kadar yang segera. Ia tiada... Raja Ancarnelion telah musnahkan semua herba tu. Kata baginda, kalau herba tu ada, semua makhluk di dunia magis ni akan berebut untuk terus hidup. Mungkin akan tercetusnya peperangan,"beritahu lelaki itu perlahan.
Cherryle tergamam. Mengapa semua ini terjadi? Air mata Cherryle kembali mengalir dengan laju di pipinya.
Gadis itu terduduk mendengar kata-kata lelaki itu. Jauh di sudut hati Adden, dia berasa kasihan akan gadis dihadapannya.
"Tidak!"Cherryle terus menangis. Tangannya menekup mukanya. Bahunya terhinjut-hinjut menahan tangisan.
Tiba-tiba, satu perasaan muncul dalam hati Cherryle. Dia mesti cari... Mesti cari...
Kakinya digagahkan. Sayapnya dilebarkan. Cherryle terus terbang.
Adden kaku dengan tindakan gadis itu. Dilihatnya gadis itu mencari sesuatu di atas pokok-pokok yang tumbuh di hutan.
"Kau buat apa, Cherryle?"tanya Adden. Cherryle terus berpaling ke arah Adden.
"Aku mesti cari herba tu,"kata Cherryle. Matanya masih mengalirkan air mata. Lalu dicarinya pula dalam semak.
"Heh. Kau tahu ke macam mana bentuk herba tu?"tanya Adden sinis sambil memandang Cherryle yang terkial-kial mencari disebalik semak. Cherryle mula naik berang.
"Kau sendiri yang kata tu herba emas, kan?! Kau ingat aku ni bodoh sangat ke sampai tak tahu warna bagai?!"tengking Cherryle kemarahan. Adden tersentak tetapi tengkingan gadis itu tidak dihiraukan. Ada sesuatu yang menarik pandangannya.
"Cherryle! Sudahlah tu! Tangan kau dah berdarah, lah!"marah Adden seraya memegang tangan Cherryle dari terus mencari herba yang tidak mungkin akan ditemui lagi.
"Kau jangan nak kacau aku! Aku mesti cari! Mesti cari! Mesti cari!" Cherryle sudah tidak terkawal. Gadis itu meronta-ronta minta dilepaskan tangannya yang berada dalam genggaman lelaki itu.
Semakin kuat Cherryle meronta, semakin kuat genggaman Adden.
Cherryle semakin keletihan. Semakin lama, pergerakannya mula perlahan. Air mata mengalir lagi di pipi Cherryle.
Melihat gadis itu yang sudah berhenti dari meronta, Adden terus memeluk Cherryle kemas. Hatinya terseksa melihat gadis itu lemah dalam tangisan.
"Sudah... Tolong berhenti menangis,"pujuk Adden. Belakang badan Cherryle diusapnya perlahan.
"Aku... Tak boleh...,"Cherryle semakin kuat menangis.
Perkataan yang bermain dalam mindanya terkubur begitu sahaja. Perkataan 'mesti cari' tidak mampu menaikkan semangatnya lagi sekarang.
Dia sudah tidak bermaya untuk teruskan pencarian herba itu lagi. Dia terseksa dengan perasaannya sendiri.
Bersambung........
YOU ARE READING
DIFFERENT TWIN │ ✓
FantasyChervyle dan Cherryle ialah adik-beradik kembar yang berbeza kaum. Mereka merupakan anak kepada Elene dan Reil. Elene dari kaum Ancarnelion yang telah terperangkap dalam cinta terlarang bersama Reil dari kaum Decornelion telah melahirkan kembar yang...