"Tangkap mereka!"perintah satu suara dari luar rumah.
Serta-merta dengan itu, mereka yang berada dalam rumah Atuk Errand terus keluar.
Cherryle, Chervyle dan Adden terkejut apabila melihat Ayrend sudah pun rebah atas tanah dan berdarah dibibir.
Beberapa makhluk berbadan besar dan bersisik sedang berdiri di luar rumah.
Apabila diperhatikan, satu gerangan yang cukup dikenalinya sedang berdiri di belakang seorang lelaki yang bermahkota hitam.
'Layna...,'bisik hati Chervyle.
"Apa yang tuanku dah buat pada dia!"tanya Adden kemarahan. Adden terus berlari mendapatkan adiknya. Ayrend kelihatan tidak bermaya.
"Beta arahkan kamu semua masuk ke dalam penjara. Kamu memang memalukan. Kaum Decornelion tidak sepatutnya berbaik dengan kaum Ancarnelion. Kamu berempat ditangkap,"titah raja itu.
"Tapi, tuanku Raja Jelda. Gadis ini sudah tiada sayap putihnya. Dia bukan lagi kaum Ancarnelion,"beritahu Adden kepada lelaki itu.
Chervyle terkedu. Sayapnya sudah tiada? Patutlah dia berasa pedih di bahagian belakang.
"Akan tetapi, dia berdarah Ancarnelion. Sudah! Tangkap mereka!"titah Raja Jelda lagi. Semua makhluk yang dari tadi tegak berdiri terus menangkap mereka dengan mudah. Badan makhluk itu yang besar menyukarkan mereka untuk melawan.
"Kurung mereka dalam penjara petir apabila sampai di istana,"titahnya kepada makhluk itu. Makhluk itu hanya mengangguk kecil.
"Tidak!"jerit Cherryle, Chervyle dan Adden serentak.
Mereka berempat terus dibawa ke istana Raja Decornelion, Raja Jelda. Masuk sahaja ke dalam istana, mereka terus dibawa ke penjara petir.
Makhluk itu terus mencampak Ayrend, Adden, Cherryle dan Chervyle ke dalam penjara yang diperbuat daripada petir. Kemudian, makhluk itu berlalu pergi dengan angkuh sekali.
"Ayrend, kau tak apa-apa?"tanya Adden laju. Namun Ayrend hanya menggeleng lemah.
"Ayrend...,"panggil Chervyle perlahan.
"Aku tak apa-apa, jadi jangan kacau aku, lah!"tengking Ayrend. Mukanya nampak berang sekali. Chervyle terkejut dengan kemarahan Ayrend. Hatinya berasa sedih serta-merta.
Chervyle hanya mengangguk perlahan. Kemudian Ayrend terus berlalu ke hujung penjara hadapan.
Punggungnya dilabuhkan atas lantai sambil menatap ke luar penjara. Bilik penjara itu hanya mempunyai cahaya yang samar-samar.
"Sudah. Biarkan Ayrend, Chervyle patut berehat,"pujuk Adden menenangkan Chervyle yang kelihatan sedih atas sikap Ayrend.
"Ya...,"Chervyle terus duduk di hujung ruang penjara di belakang.
Matanya tidak mampu untuk dilelapkan walaupun dia betul-betul rasa letih menghadapi sakit. Fikirannya hanya fikir tentang kelakuan Ayrend.
"Arh! Macam ni sekali aku fikir pasal dia?"luah Chervyle perlahan.
Luahannya hanya untuk diri sendiri. Kenapa dia begitu ambil kisah pasal Ayrend?
Chervyle menggeleng kepalanya laju. Terus sahaja dia berbaring atas lantai. Matanya cuba dilelapkan. Lima, enam saat kemudian, Chervyle terus bangun daripada pembaringan.
Sungguh, dia tidak mampu tidur kerana memikirkan Ayrend yang masih marah kepadanya.
Perlahan-lahan matanya melihat sekeliling. Cherryle sudah tidur di sebelahnya. Adden sudah tidur tidak jauh daripada mereka berdua.
Mata Chervyle kemudian beralih pada satu susuk tubuh yang masih duduk di hujung penjara. Matanya sayu menatap belakang badan Ayrend.
"Chervyle...,"
Bersambung.....
YOU ARE READING
DIFFERENT TWIN │ ✓
خيال (فانتازيا)Chervyle dan Cherryle ialah adik-beradik kembar yang berbeza kaum. Mereka merupakan anak kepada Elene dan Reil. Elene dari kaum Ancarnelion yang telah terperangkap dalam cinta terlarang bersama Reil dari kaum Decornelion telah melahirkan kembar yang...