8: Nightmare Come Again

1.3K 127 3
                                    

Sudah sejam mereka mencari buah epal tetapi tidak juga ditemui. Chervyle mula bosan.

"Macam ni lah Chervyle, adik pergi arah sana, kakak pergi arah sini,"cadang Cherryle. Chervyle terkejut. Berpisah hanya untuk mencari epal? Apa yang kakaknya fikir ni?

"Tak nak! Adik tak nak!"Chervyle terus memegang tangan kakaknya. Merayu-rayu gadis itu tidak mahu berpisah.

"Chervyle, sebentar je. Lepas 20 minit, jumpa kakak dekat sini takkan tersesat punya,"pujuk Cherryle lalu dia mengambil batu yang berwarna ungu di atas tanah dan terus meletakkannya di atas sebuah pokok.

Chervyle hanya mengangguk terpaksa. Nampaknya kakaknya sudah beria benar mahu berpecah mencari buah epal.

"Kakak ni kenapa nak sangat berpecah hanya sekadar mencari buah epal? Cuba bagitau adik kenapa kakak asyik masuk dalam hutan ni?"Chervyle tidak puas hati. Mesti ada agenda yang disorokkan oleh kakaknya. Tetapi, kakaknya hanya tersenyum lalu terbang pergi dari situ.

Chervyle mula berasa takut ditinggalkan oleh kakaknya sendiri. Dalam ketakutan, Chervyle paksa juga dirinya untuk pergi mencari buah di arah yang bertentangan.

Masa terus berlalu, langit mula semakin gelap.

Sudah lama Chervyle mencari tetapi, tidak juga ketemu. Sayapnya sudah berasa kebas.

Gadis itu terus melabuhkan punggungnya di atas sebatang dahan yang sederhana besar untuk berehat seketika.

Walaupun terbang, dia masih berasa letih sebab menggunakan tenaganya untuk mengibaskan sayap.

"Hoi! Jangan masuk kawasan ak!!"jerit satu suara dengan kasar. Chervyle terperanjat. Segera dia mencari empunya suara yang menjerit mengalahkan guruh.

Saat matanya bertemu mata dengan pemilik suara yang menjerit tadi, hampir gugur jantungnya apabila melihat tubuh badan seorang lelaki yang mempunyai sayap yang berwarna hitam. Lelaki itu sedang duduk di atas pokok yang tidak jauh darinya.

Chervyle kaku. Sungguh! Dia takut melihat sayap lelaki itu. Chervyle tahu yang dia sekarang berdepan dengan salah seorang dari kaum Decornelion. Siapakah dia?

"Kau buat apa termenung?! Pergi dari sini!"tengking lelaki itu. Hampir jatuh Chervyle dari pokok kerana suara yang maha kuat dari lelaki itu. Chervyle mula gementar.

"Sa-saya tak boleh. Sayap saya kebas. T-tolonglah bagi saya rehat untuk sementara waktu."pujuk Chervyle. Kepalanya ditundukkan. Memang dia tidak berani untuk menatap mata tajam milik lelaki itu. Ini kes naya ni!

Lelaki itu terdiam. Kemudian, dia terus melepaskan keluhan dengan kasar.

"Lima minit sahaj,."putus lelaki itu perlahan cukup untuk Chervyle mendengarnya.

Chervyle hanya mengangguk, tidak mahu untuk terus berbicara. Dia berada di saat yang sukar sekarang.

Lelaki itu memerhatikan Chervyle dalam diam. Gadis itu memang cantik dengan matanya yang seakan separuh mengantuk membuatkan gadis itu nampak tenang. Hidungnya yang mancung dan bibirnya merah delima betul-betul menarik perhatian lelaki itu.

Dilihatnya gadis itu mengibaskan sayapnya dengan perlahan untuk menghilangkan rasa kebas yang bertandang.

Dalam waktu memerhati gadis itu, matanya berhenti di sesuatu milik gadis itu. Serta-merta fikirannya teringatkan sesuatu.

"Macam mana luka di sayap kau sekarang?"tanya lelaki itu perlahan. Chervyle serta-merta berpaling ke arah lelaki itu. Dia kehairanan.

"Luka? Macam mana kau..."

"Sudah! 5 minit kau dah habis! Sekarang pergi!"tengking lelaki itu sebelum Chervyle sempat menghabiskan ayatnya untuk bertanya.

Chervyle terus pergi terbang dari situ. Hatinya dijentik perasaan ingin tahu tentang lelaki itu. Macam mana lelaki itu tahu tentang luka di sayapnya. Adakah dia budak lelaki yang sama pada sepuluh tahun lepas? Chervyle keliru.






























Bersambung......
Tidak!!!!! Cerita ni rasa hambar..... betul tak?😭😭😭😭 Saya semakin pening😵😵😵😵😵😵😵😵😵😵😵😵

DIFFERENT TWIN │ ✓Where stories live. Discover now