28: Heal

1.1K 93 11
                                    

"Atuk Errand! Tolong kami rawat gadis ni!"jerit Ayrend laju.

Ayrend terus meluru masuk ke dalam rumah bersama Chervyle.

Atuk Errand terpinga-pinga dengan tindakan Ayrend. Atuk Errand terus mengalihkan pandangan ke arah gadis yang dibaringkan oleh Ayrend di atas sofa.

"Ke... Kenapa dengan tangan dia?"Atuk Errand kelihatan terkejut sekali.

"Atuk Errand, dia tu adik saya. Dia dah selamatkan nyawa saya. Tolonglah pulihkan keadaan tangan dia..,"rintih Cherryle. Atuk Errand terkesima. Kemudian, orang tua itu mula mengangguk perlahan.

"Beri atuk masa untuk cari dalam buku perubatan magis sebentar."pinta Atuk Errand lalu berlalu ke arah satu rak besar di hujung ruang tamu.

Satu buku besar dan tebal yang berwarna kuning ditarik. Helaian demi helaian dibaca.

"A... Atuk, Tolonglah cepat...,"rayu Cherryle perlahan.

"Jangan risau. Atuk dah jumpa."beritahu Atuk Errand. Pandangan tua itu beralih kepada kakak kembar itu.

"Baiklah,"Atuk Errand mengeluh kecil. Cherryle sudah tidak sabar untuk mendengar.

"Kalau kamu nak tahu, apabila seseorang itu dalam keadaan parah sekalipun, dia akan selamat jika dia mampu mengorbankan sesuatu miliknya sendiri,"beritahu Atuk Errand dalam kesukaran.

"Apa yang perlu dikorbankan?"tanya Cherryle pantas. Atuk Errand menarik nafas panjang.

"Sayapnya sendiri,"

Terkesima Ayrend.

"Sayapnya itu mampu dijadikan pengganti kepada kesakitannya. Dia akan selamat. Dia akan selamat tapi dia akan kehilangan sayap buat selama-lamanya. Sebab sayap tu menjadi rawatan dirinya sendiri,"beritahu Atuk Errand.

Cherryle terpanar. Ayrend terdiam. Adden terkedu. Apa patut mereka buat?

Mereka tahu yang sayap itu amat penting bagi kaum Ancarnelion mahupun Decornelion. Sanggupkah mereka melakukannya?

"A... Atuk... Errand, tiada langsung ke rawatan lain?"tanya Ayrend pula.

Dia baru sahaja dapat hilangkan parut di sayap Chervyle tapi tidak sampai sehari pun dah kena buang? Dia tidak mahu Chervyle kesedihan.

"Tiada. Herba emas sudah dimusnahkan oleh Raja Ancarnelion. Sudah tiada cara lain."jawab Atuk Errand.

Adden kemudian laju melangkah ke arah Cherryle yang masih terpanar. Lelaki itu terus memegang bahu Cherryle yang masih mengelamun jauh.

"Kau boleh terima, kan?"tanya Adden perlahan dengan nada suara yang memujuk.

Cherryle kemudiannya terus mengalirkan air matanya sekali lagi. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan.

"Aku... Aku... Aku tak tahu... Chervyle boleh terima, ke? Aku tak tahu. Akulah penyebab dia hilang sebelah tangan macam ni... Aku tak nak jadi penyebab dia hilang benda penting bagi seorang kaum yang boleh terbang. Aku tak tahu,"kata Cherryle dalam tangisan. Dia buntu!

"Cherryle, aku nak Atuk Errand lakukan rawatan tu kau pasti tak nak tengok adik kau sakit macam ni, kan?"pujuk Adden lagi. Tangannya terus memeluk bahu Cherryle.

"Baiklah,"dalam keterpaksaan, dianggukkan juga kepalanya.

"Baiklah Atuk Errand, tolong lakukan rawatan tu,"pinta Ayrend.

Atuk Errand mengangguk perlahan. Lelaki tua itu terus masuk ke sebuah bilik dan kemudiannya mengeluarkan sebilah pisau perak dan sebuah botol yang berisi serbuk berwarna biru.

"Tolong dudukkan dia,"arah Atuk Errand. Ayrend turutkan sahaja.

Kemudian Atuk Errand terus melalukan belakang pisau perak di belakang badan Chervyle. Serta-merta sayap putih keluar daripada belakang gadis itu.

"Sayap putih?"Atuk Errand terkejut.

"Ini bukan masanya nak terkejutlah, atuk,"beritahu Ayrend laju.

Atuk Errand hanya mengangguk kecil. Kemudian, dengan menggunakan pisau perak itu, Atuk Errand terus memotong sayap di belakang badan Chervyle.

"Aduh... Sakitnya...,"aduh Chervyle lemah sekali.

Ayrend terus mengusap bahu Chervyle. Dia tahu pastinya sakit membuang sayap dari badan tambah pula dengan kesakitan kehilangan tangan.

Kedua-dua sayap putih Chervyle ditaburkan dengan serbuk biru. Satu, dua saat kemudian...

Sayap itu terus bertukar menjadi cahaya warna hijau zamrud dan terus terbang ke arah lengan Chervyle yang sakit.

Darah yang mengalir berhenti. Sedikit demi sedikit, lengan Chervyle mula sembuh. Akhirnya menjadi sediakala. Kesakitannya beransur hilang tetapi gadis itu pula tidak sedarkan diri.

"Chervyle... Bangun!"panggil Cherryle pantas apabila melihat gadis itu jatuh dalam pelukan Ayrend.

"Dia dah sembuh. Bagi dia rehat. Dia amat penat menghadapi kesakitan dua kali ganda dalam satu masa,"beritahu Atuk Errand perlahan.

Ayrend terus membaringkan semula badan Chervyle di atas sofa. Kepala gadis itu diusapnya.

"Kalau ikutkan, atuk sepatutnya lapor perihal seorang gadis Ancarnelion ni yang telah masuk ke kerajaan Decornelion kepada Raja Decornelion,"
































Bersambung.....
(Macam mana chapter kali ni...? My friend.... harap korang sudi komen...😢😢😢)

DIFFERENT TWIN │ ✓Where stories live. Discover now