34: Happiness

1.2K 93 37
                                    

"Baiklah. Beta...,"Raja Jelda mula berbicara.

"Akan lepaskan kamu semua. Nampaknya, kata-kata kamu memberi kesan dalam hati beta,"Raja Jelda tersenyum ke arah Chervyle yang masih terkejut.

"Adinda Keron, ampunilah kakanda. Bolehkah kita kembali bersama seperti si kembar ini?"tanya Raja Jelda. Air matanya menitis setitik demi setitik. What the?!

Raja Keron pula terus sahaja mendakap Raja Jelda. Kepalanya mengangguk laju.

"Tu... Tunggu, ma... Macam mana...,"Cherryle ingin bertanya tetapi kata-katanya dipotong oleh Raja Keron.

"Beta dan kakanda beta pernah bergaduh sehingga bermusuhan. Kami mula membina kerajaan sendiri selepas bonda dan ayahanda kami meninggal. Kami bermusuhan selama dua abad lamanya.  Kami sentiasa berselisihan faham. Mendengar kata-kata adik kamu, ianya betul-betul memberi kesedaran tentang istimewanya hubungan yang terjalin antara adik beradik...,"ujar Raja Keron. Bahunya dipeluk Raja Jelda.

"Sebab itulah, kami rasa kamu semua boleh dilepaskan. Perasaan kamu sampai ke dalam hati beta dan adinda beta."giliran Raja Jelda pula berbicara kepada Chervyle. Kebahagiaan muncul di segenap jiwa.

"Beta rasa menyesal menjadikan kaum beta makhluk yang sadis. Dan semua tu disebabkan perasaan sakit hati terhadap adinda beta sendiri,"Raja Jelda berkata lagi.

"Kamu berdua lagi muda daripada kami. Akan tetapi, kamu berdua lagi matang daripada kami. Kami rasa malu sebagai seorang raja,"kata Raja Jelda.

Perasaan dendamnya serta-merta hilang. Itu semua adalah keajaiban daripada kata-kata seorang gadis muda.

Mereka saling berpandangan dan kemudian tersenyum gembira.

Ayrend terus kembali memeluk Chervyle dengan perasaan gembira. Adden pula terus memeluk Cherryle. Raja Jelda dan Raja Keron pula nampaknya sudah berbaik. Mereka berpelukan dengan gembira sekali.

(Yea!!! Hari berpelukan sedunia😆  tapi .... saya nak peluk dengan siapa?!! Huwaa!!😭😭😭)

"Tidak! Ini tidak boleh berlaku! Macam mana sekalipun! Aku tetap nak bunuh dia!"Layna mula hilang kewarasan. Pedang yang dipegang oleh pengawal istana dirampas lalu dituju ke arah Chervyle.

"Pengawal! Tangkap wanita itu!"arah Raja Jelda serta-merta.

Belum sempat pengawal istana menangkap Layna, Layna terlebih dahulu melempar pedang itu ke arah Chervyle.

Zupp!

Pedang terus menikamnya.

Darah memancut keluar daripada badan... Matanya membulat... Apakah yang sedang berlaku?

"Ayrend!"



































Bersambung..........

(Sorry lah korang kalau cerita tu merapu ke😰, pelik ke😕, tak masuk akal ke😬, pening ke😵, dan macam-macam lah...)

Ketahuilah...sesungguhnya...saya memang pening sekarang... saya tak tahu nak buat ending macam mana😖😖😖

DIFFERENT TWIN │ ✓Where stories live. Discover now