22: Want

1.1K 97 6
                                    

"Aku sebenarnya... Suka...,"

"Adden, aku nak tidur. Nantilah kau bagitau,"potong Cherryle laju. Kakinya laju melangkah masuk ke biliknya.

Adden tidak sempat habiskan ayatnya. Langkahan kecewanya terus dibawa ke bilik.

"Aku sebenarnya suka kau,"beritahu Adden perlahan. Riak mukanya jelas sedih. Dia faham yang Cherryle menghadapi waktu yang sukar.

Adden terus pergi ke biliknya. Dia gembira bertemu semula dengan gadis itu. Badannya terus direbahkan ke atas katil.

"Abang! Abang!"panggil seseorang dari luar pintu biliknya.

Dalam keadaan yang masih sedih sebab tidak sempat habiskan ayatnya tadi, dibangunkan juga badannya untuk membuka pintu.

"Ya. Kau nak apa, Ayrend?"tanya Adden sebaik sahaja membuka pintu.

Ayrend terus masuk kedalam bilik abangnya walaupun tidak dijemput.

"Ewah! Ewah! Selamba badak je masuk bilik aku."marah Adden.

"Mana badaknya?"tanya Ayrend pula.

Dush!

"Adeh! Hari ni memang hari tumbuk sedunia, ke?"marah Ayrend. Kepalanya dah jadi mangsa tumbukan abangnya.

"Dah. Kau nak apa?"tanya Adden laju.

"Abang Adden!, sebenarnya, adik nak minta sesuatu."pinta Ayrend perlahan dam lembut.

"Apa dia?!" Adden pelik. Ayrend yang ganas, tiba-tiba lembut sebab nak minta sesuatu dari dia. Naya! Mana pergi kasar adiknya tadi?

"Aku nak herba yang boleh hilangkan parut,"minta Ayrend. Adden terkejut. Biar betul?

"Kau luka sebab bergaduh, ke? Selama ni aku tak pernah nampak kau kena belasah pun, sebab kau je yang asyik belasah orang. Aku nak tahu, siapa yang dah berjaya belasah kau ni? Aku memang tabik ah dengan mamat yang dah berjaya lukakan kau. Sebabnya aku memang menyampah dengan kau yang asyik menang pergaduhan. Aku nak tahu jugak si...,"

Dush!

"Senyap lah kau. Kau merapu tak berhenti lagi, aku akan tumbuk kau!"marah Ayrend lantang.

'Tahniah! Ayrend yang kasar dah pulang!'ceria hati Adden.

"Alah! Dengan abang sendiri pun nak marah. Aku tak bagi herba yang kau nak tu, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah, cicak tu kecil ke besar, ayam tu berkokok ke tak, badak tu besar ke...,"

Gedebuk!

"Ayrend!"marah Adden. Sekali lagi, dia kena tumbuk oleh adiknya sendiri.

"Kau nak membebel lagi? Aku boleh je nak bagi penumbuk neraka lagi dekat kau!"Ayrend berkata selamba.

"Ya, lah. Kau nak buat apa dengan herba tu?"tanya Adden malas.

"Nak hilangkan parut lah! Aku dah bagitau tadi, kan?"marah Ayrend lagi.

"Ya lah. Tapi, ada satu syarat,"kata Adden. Ayrend buat muka menyampah.

"Hmm... Apa dia?" Tanya Ayrend malas.

"Kau kena...,"







































































Bersambung.............

DIFFERENT TWIN │ ✓Where stories live. Discover now