25: I Saw

1.1K 92 6
                                    

"Chervyle, cepat lah!"panggil Ayrend lagi.

"Ya!"jawab Chervyle lalu keluar daripada rumah itu dengan bawa segelas air di tangan.

Kakinya laju melangkah ke arah Ayrend yang sedang berehat di sebuah pondok kecil.

Kelihatan lelaki itu sedang membelek busur miliknya. Anak panah diperhatikannya satu persatu sama ada tajam atau tidak.

"Ini airnya,"kata Chervyle lalu tangannya menghulurkan gelas kepada Ayrend yang sedang ralit dengan alatannya.

"Letak di situ,"arah Ayrend. Chervyle hanya meletakkannya seperti yang diarahkan.

"Chervyle, macam mana dengan sayap kau?"tanya Ayrend lalu memandang ke arah Chervyle.

"Ah... Er... Ra... Rasanya dah hilang... Pa... Parut tu...,"kata Chervyle perlahan.

Ayrend memerhatikan Chervyle yang dari tadi merona merah.

"Ayrend! Chervyle! Ke sini sekarang!"panggil mak cik Dyena kuat dari muka pintu.

Ayrend dan Chervyle memandang antara satu sama lain sebelum menuruti mak cik Dyena.

Ayrend dan Chervyle terus mengambil tempat duduk di depan wanita itu. Sungguh sunyi. Mereka yang lain dah kemana?

"Bagitau aku, Chervyle, kau kaum Ancarnelion, ke?"tanya mak cik Dyena straight to the point.

"Errr... Erm..."Chervyle teragak-agak untuk menjawab.

"Jawab ajelah!"bunyi satu suara di belakang mak cik Dyena, ianya Layna. Wanita pembantu rumah.

"Aku dah tahu apa yang jadi semalam," kata Layna lagi.
.
.
.
.
.
Imbasan kembali...

"Ahh!"bunyi teriakan itu mengejutkan Layna dari tidur. Matanya laju melihat jam di dinding. Sudah pukul 3:50 pagi. Badannya terus bangun untuk memastikan apa yang didengarinya.

Kakinya melangkah ke tingkat atas. Bunyi teriakan itu makin kuat dan jelas.

Tangannya memulas satu persatu tombol bilik. Semua penghuninya tidur nyenyak. Siap berdengkur lagi.

Matanya terpaku pada satu pintu bilik yang tidak ditutup dengan rapat. Perlahan-lahan kaki Layna merapati pintu itu. Matanya laju mengintai di dalam bilik itu.

"Ahh! Sudahlah! Sakit!"jerit Chervyle lagi. Layna melihat baju gadis itu terkoyak di belakang. Matanya ternampak sepasang sayap milik gadis itu. Warnanya... putih?

"Tahan sikit je... Aku tahu ianya pedih...,"pujuk Ayrend perlahan. Tangannya tidak berhenti menitiskan air dari daun merah ke atas sayap Chervyle. Teriakan gadis itu masih tidak berhenti. Masa terus berlalu..

"Ayrend..., Saya dah... Tak tahan... Saya rasa... Nak pengsan..."Chervyle merasakan matanya sudah berpinar. Terlalu pedih.

Ayrend terus berhentikan tingkah lakunya. Chervyle pula memegang kepalanya. Panas dan pedih yang dirasakannya membuatkan kepalanya pening.

Ayrend terus memalingkan badan Chervyle menghadap ke arahnya. Mata gadis itu terpejam rapat.

"Tunggu, biar aku sejukkan kau."Ayrend terus membaringkan Chervyle di atas katil itu. Kaki Ayrend terus melangkah ke arah pintu bilik.

Layna laju melarikan diri ke arah pasu besar yang tidak jauh dari bilik itu. Badannya disembunyikan di sebalik pasu itu.

Ayrend terus kembali ke bilik itu dengan ais batu yang dibalut dengan sehelai tuala kecil.

"Chervyle, aku dah datang,"kata Ayrend. Kepala gadis itu terus dipangku di ribaannya.

"Ayrend?"kata Chervyle lemah. Matanya separuh terbuka.

Ayrend hanya diam. Tangannya lincah mengelap muka gadis itu dengan tuala yang dibawanya tadi.

"Terima... Kasih...,"ucap Chervyle. Badannya berusaha untuk dibangunkan. Ayrend pula pelik dengan kelakuan Chervyle yang tiba-tiba sahaja bangun.

Kemudian, Chervyle terus mengucup pipi Ayrend. Ayrend terpanar.

Laju matanya tajam memandang Chervyle tetapi gadis itu telah pun tertidur di atas ribanya.

Tanpa Ayrend sedari, bibirnya mengukir senyuman yang manis kepada Chervyle. Tangannya terus mengusap pipi mulus gadis itu.

Ayrend tersentak. Kepalanya digelengkan laju. Kemudian, kepala Chervyle diletakkan semula di atas bantal dengan perlahan-lahan.

"Aku tak perlukan terima kasih kau. Aku perlukan...,"Ayrend terus mencium dahi Chervyle.

"Kau."kata Ayrend sepatah.

Ayrend terus meramas rambutnya dengan kasar.

"Tak guna. Nampaknya aku dah jatuh cinta dengan gadis Ancarnelion..."ujar Ayrend perlahan. Badannya terus berlalu pergi daripada bilik itu.

Tamat imbasan kembali..,
.
.
.
.
.

Chervyle kemerahan. Biar betul apa yang baru didengarinya.

Ayrend pula memandang tajam ke arah Layna.

Layna pula tersenyum sinis ke arah Chervyle dan Ayrend.

Mak cik Dyena pula terkejut dengan cerita yang disampaikan Layna.













































Bersambung..........

DIFFERENT TWIN │ ✓Where stories live. Discover now