2: Accept

1.7K 129 27
                                    

"Ibu! Ibu! Elene dah pulang!"panggil Elene dari luar rumah yang berwarna ungu. Warnanya sudah lusuh. Sudah tiga tahun Elene tidak pulang ke rumahnya.

Tiba-tiba, pintu utama terbuka dari dalam. Tersembul satu wajah yang amat dirinduinya. Mukanya nampak seperti terkejut.

"Elene? Elene? Kamu kemana selama 3 tahun ni? Ibu betul-betul risau,"tangisan seorang ibu yang rindukan anaknya akhirnya tumpah. Tangannya terus memeluk badan kurus milik gadis itu. Sungguh dia rindukan anaknya.

"E-Elene, siapa... lelaki ni? Dia bukan lelaki yang bersama kamu tiga tahun lepas, kan?"tanya Puan Elly, ibu Elene.

Elene terus memandang ke arah lelaki yang berdiri di sebelahnya. Elene terasa serba salah untuk memberikan jawapan.

"Ibu... Inilah lelaki tiga tahun lepas. Kami sudah berkahwin. Nama dia Reil. Reil sekarang menantu ibu,"beritahu Elene perlahan. Puan Elly tergamam. Apakah yang baru diucapkan oleh anaknya sebentar tadi? Puan Elly sekali lagi melihat susuk tubuh milik Reil. Serta-merta hatinya terasa terbakar.

"Tak guna kau. Anak jenis apa kau ni?! Aku tak pernah ajar anak aku langgar perintah aku! Kau kaum Ancarnelion celaka! Berambus kau dari sini!"tengking Puan Elly kuat. Tangannya terus menghayun dan hinggap kuat di atas pipi milik Elene. Terteleng kepala gadis itu kerana tamparan yang amat kuat daripada ibunya. Terdorong ke belakang badan gadis itu.

Reil terus menyambut badan Elene yang hampir jatuh ke tanah. Dilihatnya mutiara jernih mengalir perlahan di pipi Elene. Pantas sahaja tangannya mengelap air mata gadis itu.

"Maafkan Elene, ibu. Elene betul-betul cintakan Reil. Elene minta ampun,"ucap Elene dalam sendu.

"Kau fikir pasal kehendak kau, je! Kau tak boleh fikir betul-betul, ke? Kau memang gila! Kau dah nak mampus! Kau tau kenapa?! Kau dah langgar satu larangan utama! Kau dah kahwin dengan kaum Decornelion. Kau memang bodoh sebab langgar perintah kedua-dua kaum sendiri tentukan,"marah Puan Elly.

Matanya tajam menikam pandangan anaknya sendiri. Terasa sakit hati Elene apabila mendengar kata-kata kasar daripada ibu kandungnya sendiri.

"Ibu... tolonglah terima hubungan kami ni... Elene dah mengandung, ibu. Ibu tak kasihan dekat Elene, ke?"pujuk Elene. Matanya sudah bengkak akibat menangis.

"Kau mengandungkan anak lelaki tak guna, ni?!"tempik Puan Elly. Reil tidak mampu untuk memandang wanita tua itu. Terasa dirinya sangat hina di mata wanita itu.

"Reil bukan lelaki tak guna, ibu. Reillah yang jaga Elene selama ni. Dia tak pernah cederakan Elene seperti kaum Decornelion yang lain. Tolonglah terima hubungan kami,"pinta Elene dalam tangisan yang masih bersisa. Puan Elly sukar untuk menerima kata-kata Elene.

"Baiklah. Aku terima hubungan korang,"jawab Puan Elly. Mata Elene mula bercahaya.

"Tapi,"Puan Elly menarik nafas panjang. Elene sudah bersedia untuk mendengar.

"Mulai sekarang kau bukan anak aku lagi. Lelaki ini bukan menantu aku. Dan anak dalam kandungan kau bukan cucu aku untuk selamanya. Dan sekarang, berambus dari rumah ni!"marah Puan Elly.

Dum!

Wanita itu terus menhempaskan pintu rumahnya di depan wajah Elene.

Elene terkejut. Adakah ibunya kini sudah pergi darinya? Air matanya mengalir laju bak air terjun.

"Ibu! Elene minta ampun! Janganlah buat Elene macam ni! Ibu! Ibu!"panggil Elene kuat.

"Sayang, jom kita balik dulu, ya? Biar ibu bertenang,"pujuk Reil. Hatinya bagai disiat-siat melihat insan tersayangnya menangis tidak berhenti.

"Abang, ibu dah benci Elene. macam mana ni?"Elene terus menangis dalam pelukan Reil. Reil hanya mengusap kepala Elene untuk memujuk perempuan itu.

Reil terus memimpin tangan isterinya untuk pulang. Terlalu berat untuk mereka menerimanya.
























Bersambung........

DIFFERENT TWIN │ ✓Where stories live. Discover now