19: His Brother

1.1K 99 5
                                    

"Chervyle, sediakan air mandian aku!"

"Chervyle, buatkan aku air!"

"Chervyle, kemas bilik aku!"

"Chervyle, pergi sapu depan rumah."

Chervyle kepenatan. Terlalu banyak arahan yang diberikan oleh Ayrend.

Cherryle pula pelik dengan sikap adiknya yang terlebih rajin itu. Asyik ulang-alik ke sana ke mari.

Seharian dia disuruh melakukan itu dan ini. Tiada langsung waktu untuknya berehat. Lelaki tu memang sengaja nak menyusahkannya.

Chervyle merebahkan badannya di atas katil dalam biliknya. Sungguh empuk. Saat matanya hampir terkatup.

"Cherryle, Chervyle, mari turun berjumpa dengan ahli keluarga mak cik!"panggil mak cik Dyena lantang.

Dalam keterpaksaan, dalam kepenatan, dibangunkan juga badannya untuk turun ke bawah.

"Kakak, bukan kita dah kenal ke yang anak mak cik Dyena tu ialah Aqyne dan Ayrend?"tanya Chervyle kepada kakaknya semasa turun di tangga.

Cherryle hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Cherryle dan Chervyle melihat ramai yang berada di ruang tamu.
Mereka berdua terus mengambil tempat duduk di sofa yang bertentangan dengan ahli keluarga mak cik Dyena.

Tetapi, kedua-duanya tetap memandang wajah mak cik Dyena di sebelah mereka. Seganlah weyh!

"Baiklah kamu berdua, kamu berdua dah kenal dengan Aqyne dan Ayrend, kan?"tanya mak cik Dyena. Kembar itu hanya mengangguk perlahan.

"Kamu yang lain sila kenalkan diri dengan bakal sepupu kamu,"arah mak cik Dyena. Cherryle dan Chervyle terus memandang ahli keluarga mak cik Dyena.

Satu-satu wajah diperhatikan. Satu wajah yang seakan dilihat Cherryle mengganggu fikirannya. Namun si dia hanya fokus kepada bacaannya. Bukunya menutupi separuh mukanya.

Seorang wanita muda yang berambut hitam mula perkenalkan diri.

"Selamat berkenalan. Saya Aymia. Sepupu baru kamu. Saya anak sulung,"beritahu wanita itu lalu tersenyum. Diikuti oleh seorang lelaki 20-an.

"Saya Acell. Anak kedua. Selamat berkenalan sepupu baruku,"ramah Acell. Suaranya jelas ceria. Tak padan dah dewasa, masih berjiwa kanak-kanak.

"Aku anak ketiga,"beritahu lelaki yang membaca buku. Matanya masih melihat buku ditangannya.

"Hei, kenalkan diri kamu!"suruh mak cik Dyena. Namun lelaki itu hanya diam.

Ayrend yang dari tadi bermain dengan adiknya, Aqyne, terus meluru ke arah abangnya yang masih membaca.

Buku di tangan lelaki itu dirampas dengan pantas. Semakin jelas wajah lelaki itu dimata kembar itu.

"Apa hal kau rampas buku aku?!"marah lelaki itu. Matanya tajam memandang ke arah Ayrend yang memegang buku milik lelaki tadi.

"Kenalkan diri,"suruh Ayrend malas. Lelaki itu memandang kedua-dua wajah si kembar itu.

"Mereka dah tahulah nama aku. Malas aku nak berkenalan bagai ni. Buang masa aku nak membaca,"lelaki itu terus merampas semula buku di tangan adiknya.

"Kau... A... Abang dia?! Kebetulan jenis apa ni?!"terkejut Cherryle melihat lelaki didepannya itu. Ianya... Adden?

Chervyle pula hanya diam di sofa. Dia ingatkan Lelaki yang menolong mereka tadi ialah kaum Ancarnelion.

Rupa-rupanya kaum Decornelion. Lagi mengejutkan, dia abang kepada Ayrend a.k.a tuannya.

"Tak payah nak menjerit sangatlah, budak!"kata Adden malas.

"Kau tak bagitau aku pun sebelum ni?"Cherryle masih terkejut. Adden hanya memandang malas ke arah Cherryle. Kemudian matanya beralih semula pada bukunya.

"Adden!"marah Cherryle.

Dush!

"Adoi! Sakitlah!!! Kau nak apa?"yanya Adden. Dia sekarang memang berang dengan tindakan Cherryle menumbuk mukanya.

"Jelaskan! Aku mati-mati ingat kau ni kaum Ancarnelion,"muka Cherryle mula berubah menakutkan.

"Lah! dah mati rupanya? Aku ingatkan kau hidup lagi. Kasihan kau, muda-muda dah nak mati," jawab Adden selamba.

Dush!

Sekali lagi Cherryle menumbuk muka lelaki itu. Yang lain hanya ternganga kepelikan.

"Sakitlah! Kau nak bergaduh dengan aku, ke? Jom kita berentap sekarang!"




























Bersambung.......

DIFFERENT TWIN │ ✓Where stories live. Discover now