"Hmm...,"Chervyle terus bangun daripada pembaringan. Matanya digosok perlahan.
"Mimpi yang menakutkan, ada ke patut orang mati ni hidup semula?"bicara Chervyle sendiri. Air matanya mula mengalir semula.
"Ah, Aku patut terima pemergian Ayrend,"bicara Chervyle lagi.
"Ish, kau ni! Aku ada kat sini, lah,"tegur satu suara.
Chervyle terus berpaling ke arah suara tersebut. Apabila diamati, matanya terbuntang luas.
"Hantu! Kenapa kau muncul dalam rupa orang yang aku sayang?! Pergi!"Chervyle mula ketakutan. Badannya diundurkan sehingga rapat dihujung kepala katil.
Matanya ditutup dengan kedua-dua tapak tangan. Ayrend kemudian melepaskan tawa dengan kuat.
"Woi! Ni aku, lah!"Ayrend terus mendekati Chervyle. Punggungnya dilabuhkan di birai katil.
"Tak, tak! Tak mungkin orang mati hidup semula?!"marah Chervyle dengan mata tertutup.
"Chervyle, ni aku, Ayrend,"Ayrend sekali lagi ingin meyakinkan Chervyle yang masih tidak menerima kenyataan yang dia masih hidup.
"Tak! Tak!"Chervyle mula menidakkan lagi.
Ayrend mula naik berang. Tangan Chervyle yang menutup mata ditarik dan digenggam erat. Serta-merta mata mereka berpandangan.
"Ahh... Hantu!"Chervyle mula ketakutan. Chervyle terus meronta-ronta meminta dilepaskan tangannya.
"Chervyle...,"suara Ayrend mula bergetar. Chervyle tidak menghiraukan panggilan Ayrend tetapi terus sahaja di meronta-ronta.
Tiba-tiba, satu ciuman hangat hinggap di bibirnya. Rontaan Chervyle tiba-tiba berhenti. Matanya bertembung dengan mata Ayrend yang tajam.
Chervyle terus membalas ciuman Ayrend. Kehangatan bibir Chervyle bersatu dengan bibir Ayrend.
"Macam mana? Dah percaya?"tanya Ayrend.
Chervyle kelu. Kemudian, badannya terus turun dari katil dan berlalu untuk keluar dari situ.
Akan tetapi, Ayrend pantas sahaja menarik tangan Chervyle daripada keluar dari bilik.
"Chervyle! Kau percaya, tak?"tanya Ayrend lagi. Chervyle hanya menunduk. Kemudian, gadis itu perlahan-lahan mengangguk.
"Jadi, pandanglah aku!"arah Ayrend. Chervyle kemudian cuba untuk keluar dari bilik untuk kali yang kedua.
Namun, badan Chervyle terus ditarik ke dalam pelukan Ayrend. Ayrend kemudiannya mengangkat dagu Chervyle dengan lembut. Kenapa Chervyle langsung tidak mahu memandangnya? Adakah gadis itu marah padanya?
Apabila Ayrend melihat wajah Chervyle, muka gadis itu begitu merah. Mata gadis itu seakan tidak mahu memandangnya.
"Ayrend, saya dah percaya jadi, boleh lepaskan?"pinta Chervyle perlahan.
'Malunya...,'fikir Chervyle. Boleh pula dia anggap Ayrend ni hantu tadi. Buat malu betul!
"Tak nak! Aku tak nak lepaskan kau!"Ayrend mula berdegil.
"Habistu? Awak nak apa?"tanya Chervyle perlahan. Saat ini, dia berasa lemas dalam pelukan lelaki itu.
"Aku nak kau!"beritahu Ayrend kuat. Chervyle terus menutup mulut Ayrend. Hilang akal ke? Kalau jeritan tu sampai dekat mereka yang dibawah tu, apa nak jawab?
Chervyle mula memerah. Dia tidak tahu apa yang patut dibuat sekarang. Ayrend terus menarik tangan Chervyle dari menutup mulutnya.
"Jom, kita turun,"ajak Ayrend. Chervyle hanya mengangguk perlahan.
Chervyle terus membuka pintunya. Akan tetapi,
"Aduh!"
"Woi! Bangunlah!"
"Sakitnya!"
"Wei, badak! Bangun daripada aku!"
Chervyle dan Ayrend sama-sama terkejut melihat Cherryle, Adden, Aymai, Acell, mak cik Dyena dan Aqyne sedang tersembam kesakitan di atas lantai.
"Oh, korang mengintip, ya?!"marah Chervyle. Ayrend pula terkejut. Sejak bila mereka berada di luar bilik, ni? Lagi penting, sejak bila Chervyle berani marah?
"Ini semua idea Cherryle!"jerit Adden, Acell, Aymai, Mak Cik Dyena dan Aqyne serentak.
Chervyle terus memandang ke arah kakaknya yang berusaha untuk bangun dengan pandangan yang mengerikan.
"Kakak...,"suara Chervyle mula bergetar.
Serta-merta dengan itu, Chervyle terus mengejar kakaknya yang sedang lari lintang-pukang siap melompat ke sana ke mari lagi.
"Kenapa kakak nak mengintai?! Dah tu siap bawa Aqyne lagi. Dia budak lagi, lah!"marah Chervyle sambil tidak berhenti mengejar kakaknya.
"Maaflah! Nak tahu sangat tahap mana romantik korang berdua! Tapi, tak sangka kakak dan Adden lagi romantik daripada korang!"sakat Cherryle. Ketawanya pula terbahak-bahak. Memang kebudak-budakan.
Chervyle pula mula memerah. Kemudian, dia terus melompat ke arah Cherryle. Leher kakaknya dirangkul. Kemudian, mereka sama-sama jatuh atas lantai.
Chervyle dan Cherryle terus bangun daripada pembaringan. Kemudian, mereka saling berpandangan sesama sendiri. Akhirnya, terlepas ketawa mereka.
Ahli keluarga Mak Cik Dyena juga tidak lepas dari ketawakan gelagat si kembar itu.
Mereka tidak sangka yang si kembar berbeza kaum yang kebudak-budakan mampu menyatukan semula dua kaum selepas dia abad lamanya.
"Siapa nak makan sup tulang naga merah?!"tanya mak cik Dyena ceria. Semua yang ada di situ terus mengangkat tangan masing-masing.
"Baiklah. Biar Cherryle dan Chervyle masak!"arah mak cik Dyena ceria.
"Apa?!"serentak kembar itu bertanya. Terangkat kening mak cik Dyena.
"Ya, lah! Korang berdua nak jadi menantu mak cik kena pandai masak. Itu syarat utama!"beritahu mak cik Dyena serius.
"Ok!"jerit Cherryle dan Chervyle serentak. Tangannya membuat tabik ala-ala askar kepada mak cik Dyena. Kemudian, mereka berdua terus berlari ke arah dapur.
Semua yang ada tertawa melihat kembar itu. Itulah kembar yang berbeza daripada kaum Ancarnelion dan Decornelion.
T A M A T
═══ ೋ🌸˚⋆。˚✿˚⋆。˚🌸ೋ ═══
YOU ARE READING
DIFFERENT TWIN │ ✓
FantasyChervyle dan Cherryle ialah adik-beradik kembar yang berbeza kaum. Mereka merupakan anak kepada Elene dan Reil. Elene dari kaum Ancarnelion yang telah terperangkap dalam cinta terlarang bersama Reil dari kaum Decornelion telah melahirkan kembar yang...