18: Scar

1.2K 101 10
                                    

"Aku nak...,"Ayrend meleret ayatnya.

Ayrend tersenyum sinis melihat gadis dihadapannya yang mula pucat lesi.

"Mula-mula aku nak tahu nama kau,"kata Ayrend. Chervyle memandang tepat ke dalam anak mata Ayrend.

"C-Chervyle..."beritahu Chervyle sepatah. Huhuhu, malu dowh!Chervyle menunduk mukanya.

Ayrend tergamam melihat Chervyle yang sedang memerah. Terlalu menawan.

"Chervyle?"tanya Ayrend ingin kepastian. Suaranya sudah tidak kasar lagi. Chervyle mengangguk laju.

"Kau boleh panggil aku Ayrend. Kau akan jadi hamba aku dan aku akan jadi tuan kau,"suruh Ayrend dingin plus muka tak ada perasaan. Dia tersenyum sinis.

"B-baiklah, Ayrend,"ucap Chervyle. Ayrend perhatikan gadis dihadapannya.

Fikirannya mula teringat sesuatu yang lama. Memori yang lama dahulu.

"Chervyle,"panggil Ayrend.

"Ya?"tanya Chervyle laju.

"Tunjukkan aku sayap kau!"suruh Ayrend lagi. Chervyle mula berasa pelik. Dia nak buat apa?

"Ke-kenapa...?"

"Kau kata akan ikut arahan aku apa sahaja, kan?!"Ayrend meninggikan suara. Chervyle tersentak.

"Ba-baiklah!"jawab Chervyle cepat. Lalu dia pergi ke tengah bilik itu.

Tiba-tiba muncul sepasang sayap putih seperti salji milik Chervyle. Bulu pelepah yang putih bersinar membuatkan Ayrend tergamam. Sangat cantik!

Ayrend terus mendekati sebelah sayap Chervyle. Matanya terpaku pada sesuatu di sayap itu.

"Sayap kau berparut di bawah,"kata Ayrend perlahan.

"Ya, dulu ada budak lelaki daripada kaum Decornelion yang lakukannya,"jawab Chervyle perlahan.

Chervyle tahu sayapnya sudah tidak cantik seperti dahulu. Tiba-tiba Chervyle berasa sedih kerana teringat memorinya pasal budak lelaki yang melukainya.

"Ja-janganlah tenung parut tu. Saya rasa saya tidak cantik sebab parut tu,"kata Cherryle.

Ayrend kaku sebentar. Gadis itu berasa sedemikian? Matanya masih menatap parut di sayap putih itu.

Tanpa Ayrend sedari, tangannya sudah mendarat ditempat parut pada sayap Chervyle.

Chervyle tersentak. Namun, dia berasa selesa. Sentuhan lelaki itu sungguh lembut.

"Kalau kau nak tahu, akulah budak lelaki itu,"beritahu Ayrend. Serta-merta Chervyle berpaling ke arah Ayrend.

"A... Awak?"Chervyle kaku. Dia tidak tahu apa reaksi yang patut ditunjuk olehnya.

Ayrend terpandangkan wajah Chervyle yang masih terkejut.

"Ya. Aku yang tolak kau suatu masa dulu."Ayrend mengiyakan lagi. Chervyle masih juga kaku seperti tadi.

"Nampaknya kita berjumpa lagi,"kata Ayrend perlahan.

Chervyle tidak bergerak kerana terlalu terkejut dengan pengakuan lelaki itu.

"Dah. Kau boleh pergi, aku akan bagi arahan dekat kau esok. Aku dah penat,"suruh Ayrend.

"Baiklah,"Chervyle terus sembunyikan sayapnya. Langkahnya di atur keluar dari bilik tuan barunya.

Selepas sahaja Chervyle keluar dari bilik itu, bunyi pintu dihempas jelas kedengaran di telinganya.

Gadis yang malang itu terus masuk ke biliknya dengan fikirannya yang masih terkejut.

Di sebalik pintu, Ayrend menyandarkan badannya di daun pintu itu. Matanya dipejamkan.

"Chervyle, huh?"bisik Ayrend pada diri sendiri.

"Sayap dia..." Ayrend bersuara perlahan.

"Parut tu..."

"Aku yang lakukannya, tapi kenapa? Kenapa aku tak boleh? Kenapa aku tak boleh keluarkan perkataan tu? Perkataan...,"

"Maaf,"






































Bersambung........
(Ececeh....boring pulak chapter kali ni...😂😂😂)

DIFFERENT TWIN │ ✓Where stories live. Discover now