"Kamu berdua mesti anak kembar Reil, kan?"tanya wanita itu sambil tersenyum.
Kedua-dua gadis itu kaku. Kepalanya dianggukkan lambat-lambat.
"Mari masuk,"arah wanita itu. Lambat-lambat kaki mereka melangkah. Mereka terus masuk dan duduk di atas sofa setelah wanita itu persilakan.
"Saya ibu saudara kamu. Panggil saya Mak Cik Dyena. Mak cik dah tahu yang bapa kamu berkahwin tetapi tidak tahu siapa. Bapa kamu juga pernah bagitau mak cik yang dia ada anak kembar. Kamu berdua kaum Decornelion, kan?"tanya wanita itu.
"Ya! Kami berdua kaum Decornelion!"jawab Cherryle lancar. Mak cik Dyena tersenyum.
"Baguslah. Kalau kamu ni kaum Ancarnelion, memang mak cik tak akan maafkan ayah kamu. Kemungkinan mak cik akan bunuh kamu berdua... Hahaha... Memang mak cik benci dengan kaum Ancarnelio,"beritahu mak cik Dyena sambil ketawa kecil. Kemudian wanita tua itu mula menayangkan senyuman mengerikan. Cherryle dan Chervyle tergamam. Biar betul orang tua ni?
"Tak sangka hari ni kita dapat berjumpa. Mana ibu bapa kamu?"beritahu mak cik Dyena seraya bertanya soalan.
Riak wajah Cherryle dan Chervyle terus berubah sedih. Kedua-duanya tunduk. Mak cik Dyena mula pelik.
"Sebenarnya ibu dah meninggal selepas lahirkan kitorang. Papa pula..."Cherryle tidak sempat habiskan ayatnya. Air matanya mulai gugur.
"Papa baru je meninggal hari ni sebab ada kaum Ancarnelion telah bakar rumah kami. Papa suruh kami datang ke sini sebab kami dalam bahaya,"bagitahu Chervyle sambil menangis.
Mak cik Dyena terus terkejut. Dadanya diurut perlahan.
"Kamu boleh tinggal di sini. Lagi pun masih ada bilik kosong."Mak cik Dyena terus memeluk tubuh anak saudaranya yang sudah menjadi anak yatim. Air matanya mula bergenang.
"Layna!"panggil mak cik Dyena kuat. Serta-merta datang seorang wanita yang berbaju maid datang ke arah mak cik Dyena.
"Tunjukkan bilik kedua-dua gadis ni. Mereka anak saudara saya. Mereka akan tinggal di sini sekarang,"arah mak cik Dyena. Pembantu rumah yang bernama Layna itu terus menunduk hormat ke arah mak cik Dyena.
"Mari, cik,"panggil Layna kepada Chervyle dan Cherryle lalu beredar.
"Terima kasih benarkan kami tinggal di sini, mak cik Dyena,"ucap Cherryle dan Chervyle lalu memeluk tubuh wanita itu. Mak cik Dyena hanya mengangguk kecil.
"Pergilah mandi dan berehat, sayang,"suruh mak cik Dyena lembut. Kembar itu terus pergi mengikuti Layna dari belakang.
"Maafkan saya, cik Layna. S-saya nak m-mandi. B-boleh tunjukkan bilik air?"tanya Chervyle takut-takut. Layna terus berpaling.
"Di hujung sebelah kiri tingkat 2,"beritahu Layna dingin.
Chervyle hanya mengangguk. Cherryle sudah masuk ke dalam biliknya setelah ditunjuk oleh wanita tadi.
Chervyle terus masuk ke bilik barunya. Dia terpesona. Katil yang bersaiz queen yang berwarna biru muda, ada meja solek di penjuru bilik dan ada sebuah almari besar di tepi tingkap.
Selama dia tinggal di dalam hutan, dia tidak pernah tinggal dalam bilik secantik dan selesa begini.
Dia akan mulakan hidup barunya di sebuah rumah yang sangat mewah. Walaupun begitu, dia masih merindui rumah lamanya. Terlalu banyak kenangan di sana.
Almarinya dibuka. Sehelai tuala terus diambil daripada laci. Baju yang akan dipakainya juga dikeluarkan. Gadis itu terus pergi ke tandas.
"Di hujung... Kiri...,"Chervyle berkata sendiri. Dia perlu mandi. Sudah seharian dia kepenatan. Dia betul-betul penat dengan perjalanan. Menangis juga sudah penat.
Sesampainya di tandas, pintu tandas terus dibuka. Chervyle terus masuk. Sesudah pintu itu ditutup semula, badannya terus disandar pada dinding. Matanya ditutup.
Banyak perkara yang teruk terjadi dalam satu hari ni. Chervyle mengeluh perlahan. Dia perlu kuat untuk melalui hidup baru.
Matanya dibuka semula dan...
"Ahh!"
Bersambung........
YOU ARE READING
DIFFERENT TWIN │ ✓
FantasíaChervyle dan Cherryle ialah adik-beradik kembar yang berbeza kaum. Mereka merupakan anak kepada Elene dan Reil. Elene dari kaum Ancarnelion yang telah terperangkap dalam cinta terlarang bersama Reil dari kaum Decornelion telah melahirkan kembar yang...