"Hukum sahaja mereka berdua!"suara Layna laju memberi cadangan. Kaki wanita itu terus melangkah ke arah Raja Jelda.
"Mereka sama-sama bersalah. Daripada mereka asyik nak menyalahkan diri sendiri, baik hukum sahaja mereka berdua! Selesai cerita,"cadang Layna lagi.
"Baik hukum mereka mati terus. Mereka ni memang perosak keturunan!"hasut Layna.
Raja Jelda terdiam. Raja Keron pula seakan berfikir. Cherryle dan Chervyle sudah berpelukan.
"Keron, kau rasa macam mana?"tanya Raja Jelda.
"Aku, boleh saja."Raja Keron memberi kata putus.
"Tidak! Tuanku!"Chervyle terus memeluk kaki Raja Jelda. Raja Keron dan Raja Jelda tersentak.
"Patik memohon! Tolonglah lepaskan kakak kembar patik! Hukum sahaja patik. Patik yang bersalah. Jangan apa-apakan kakak patik!"pinta Chervyle. Air matanya berjuraian mengalir.
"Adik! Jangan!"Cherryle terus bangun dan memeluk belakang Chervyle yang masih meraih simpati daripada Raja Jelda.
"Tidak! Tidak! Tolong hukum patik sahaja!"bantah Cherryle. Air matanya turut mengalir laju.
Kedua-dua raja tersebut semakin rasa bersalah. Mereka saling berpandangan. Mereka tidak tahu patut ikut kata-kata siapa. Siapa yang benar sebenarnya?
"Sudah! Hukum mati sahaja mereka! Kalau raja tak nak lakukannya! Biar patik yang lakukannya!"Layna mula menggila. Nampak sangat kemarahannya.
Lembing yang tergantung di dinding istana diambil oleh Layna. Laju sahaja lembing itu dituju ke arah kembar itu.
Kaki Raja Jelda dilepaskan. Cherryle dan Chervyle terus saling berpelukan. Adakah ini pengakhirannya? Mati ditikam lembing?
Tang!
Lembing itu terus terpelanting ke tepi dinding.
"Kau memang batu api! Dasar wanita gila!"marah satu suara.
"Ayrend!"Chervyle terkejut. Ayrend yang telah menendang lembing itu sehingga terpelanting ke tepi dinding rupanya.
"Ma... Macam mana kau lepas?"tanya Raja Jelda.
"Kau tak tahu yang aku ni memang hebat,"kata Ayrend.
"Eleh! Kau guna ayat nak minta pergi tandas je padahal!"Adden tiba-tiba muncul di tepi Ayrend.
"Senyaplah kau! Habis hilang macho aku! Ceh!"marah Ayrend. Kakinya kemudian terus berjalan ke arah Chervyle.
Badan Chervyle terus dipeluk dari belakang. Chervyle yang dari tadi menangis terus membalas pelukan Ayrend.
"Kau tak apa-apa?"tanya Ayrend perlahan. Chervyle hanya mengangguk.
Cherryle pula terus berlari ke arah Adden. Badan lelaki itu dipeluknya kemas.
"Tengok! Mereka memang patut dihukum!"marah Layna.
"Ja... Jangan! Hukum sahaja patik, tuanku! Patik sudah banyak melakukan larangan kedua-dua kerajaan! Patik telah masuk ke dalam kerajaan Decornelion sedangkan patik daripada kaum Ancarnelion. Patik juga telah jatuh cinta pada lelaki daripada kaum yang berbeza! Hukum sahaja patik! Patiklah yang jelas sekali melakukan larangan besar kerajaan...,"ujar Chervyle meyakinkan kedua-dua raja itu.
"Kalau macam tu, patik juga patut dihukum! Patik juga dah jatuh cinta kepada gadis dari kaum yang berbeza!"kata Ayrend pula.
"Ayrend, jangan!"suara Chervyle bergetar. Air matanya semakin laju.
"Baiklah! Kita patut hukum mereka walau macam mana sekalipun! Mereka memang perosak keturunan dan pemberontak kerajaan! Mereka tak patut hidup!"jerit Layna kemarahan.
"Diam, Layna!"marah Raja Jelda tiba-tiba.
"Kenapa, wahai gadis Ancarnelion? Kenapa kamu sanggup terima hukuman seorang diri?"tanya Raja Jelda. Raja Keron juga mengangguk.
"Tuanku Raja Jelda dan Raja Keron, patik sanggup mati hanya untuk orang yang patik sayang. Kata-kata patik mungkin tidak masuk akal. Daripada patik menjadi penyebab kepada kesengsaraan orang yang patik sayang, patik sanggup menerima semua hukuman orang yang patik sayang,"bicara Chervyle lembut.
"Perasaan kasih sayang dalam diri seseorang mampu membuatkan seseorang itu berani mempertahankan orang yang disayangi. Jadi, patik memohon, hukumlah patik sahaja. Patik sanggup menerima semua hukuman tuanku,"kata Chervyle pasrah dengan tenang.
Cherryle terus kembali memeluk adiknya semula. Air mata mereka tidak henti-henti mengalir.
Ayrend terus berlalu ke arah Adden. Kepalanya disembamkan di bahu Adden. Kata-kata Chervyle membuatkan dirinya berasa lemah. Chervyle selalu sahaja jujur dengan diri sendiri dan orang lain.
"Baiklah! Beta...,"
Bersambung.......
(Kalau ada typo pasal bahasa istana tu, maafkanlah saya, ya?🙇🙇 Saya pening sikit pasal bahasa istana, hahahahahaha😅😅😅😅)
YOU ARE READING
DIFFERENT TWIN │ ✓
FantasíaChervyle dan Cherryle ialah adik-beradik kembar yang berbeza kaum. Mereka merupakan anak kepada Elene dan Reil. Elene dari kaum Ancarnelion yang telah terperangkap dalam cinta terlarang bersama Reil dari kaum Decornelion telah melahirkan kembar yang...