7: After A long Day

1.3K 121 1
                                    

"Kakak! Jangan nak pandai-pandai keluar ke hutan!"marah Chervyle kuat. Cherryle yang baru sahaja mengeluarkan sayap hitamnya terkaku. Cherryle terus berpaling ke arah adiknya.

"Shush! Senyap lah sikit, nanti papa dengar,"bisik Cherryle perlahan. Hasratnya untuk bermain dalam hutan tergendala kerana Chervyle.

"Kakak! Kan papa dah kata jangan masuk ke dalam hutan tu!"Chervyle menguatkan suaranya lagi. Saja nak menakutkan Cherryle yang mula kegelisahan.

"Chervyle, janganlah! Nanti papa dengar,"pujuk Cherryle.

Reil yang dari tadi sedang duduk di bawah pokok merah asyik melihat aksi berbalas bicara antara Cherryle dengan Chervyle tanpa disedari oleh kembar itu.

Sekali-sekala, bibirnya mengukir senyuman manis melihat telatah anak-anaknya. Anak-anaknya sudah menginjak ke usia lapan belas tahun. Kedua-duanya membesar menjadi gadis Ancarnelion dan gadis Decornelion yang cantik menawan.

"Sudahlah. Kakak nak pergi dulu,"beritahu Cherryle. Chervyle dengan pantas memeluk belakang badan Cherryle.

"Ish! Kakak ni, janganlah pergi,"pujuk Chervyle tak nak mengalah. Cherryle tidak menghiraukan kata-kata adiknya sebaliknya berusaha merungkaikan pelukan itu.

"Apa hal peluk-peluk depan rumah ni?"tanya Reil tegas. Saja nak menggerunkan anaknya. Ternyata berkesan apabila kembar itu mula berubah pucat.

"Tak! Tak ada apa-apa lah, papa. Ni Chervyle ni, dia takut panas. Tu yang menyorok belakang badan Cherryle ni. Takut terkena sinaran matahari katanya,"bohong Cherryle lancar. Tetapi...

"Ni papa. Kakak nak curi-curi keluar masuk hutan menakutkan tu lagi,"bagitahu Chervyle.

Bok!

Serta-merta dengan itu Cherryle terus menepuk kepala adik kembarnya.

"Adoi! Kenapa dengan kakak ni?"tanya Chervyle sambil menggosok kepalanya.

"Yang adik jujur sangat ni kenapa?"bisik Cherryle tidak puas hati.

"Lah, papa tanya, adik jawablah,"gadis itu membela diri.

Cherryle terus menepuk kepalanya sendiri. Dia lupa yang adiknya jenis yang jujur menjawab soalan kalau ditanya. Berbeza dengannya.

"Betul ke, Cherryle?"tanya Reil. Cherryle cuak. Eheh!

"Ma-mana ada! Cherryle tak keluar pun lagi, kan? Papa jangan nak marah Cherryle pulak,"dalih Cherryle gagap. Nak saja Reil ketawa melihat wajah anaknya yang cuak itu.

"Sudah. Papa nak masak makan tengah hari. Kamu berdua pergi masuk ke dalam hutan dan cari buah epal."arah Reil. Mata Cherryle mula bercahaya tetapi...

"Tak nak! Biar kakak je masuk hutan tu! Chervyle tak nak! Biarlah Chervyle yang tolong papa masak, boleh papa?"pujuk Chervyle. Matanya sudah berair. Sungguh! hutan tebal tu memang mengingatkannya kepada budak lelaki yang menghadiahkan memori kelam kepadanya.

"Tiada bantahan. Sekali papa beri arahan, ianya muktamad. Kalau tidak, macam mana Chervyle nak hidup menghadapi kaum Decornelion kalau setakat masuk hutan pun nak menangis bagai?"nasihat Reil tegas.

"Sudah. Jom!"Cherryle terus menarik tangan adiknya untuk masuk ke hutan. Dalam keterpaksaan, dilebarkan juga sayap putih miliknya.

Reil perhatikan anak kembarnya. Setelah sekian lama, anaknya masih bersama dan tidak pernah bermusuhan. Anaknya sudah dewasa. Dia juga sudah tua. Dia tidak mampu untuk jaga anaknya selamanya. Melihat anaknya bersama, hatinya berasa tenang.































Bersambung........

DIFFERENT TWIN │ ✓Where stories live. Discover now