"Hoi!"Chervyle berpaling ke arah suara itu. Chervyle makin risau.
Rupa-rupanya Cherryle yang menjerit. Langkahan kaki Cherryle dilajukan ke arah budak kecil itu dan 3 lagi lelaki dewasa.
Sekumpulan lelaki itu berpaling ke arah Cherryle dengan mata yang tajam.
"Korang kacau budak ni kenapa?!"tanya Cherryle kasar. Budak kecil itu mula berasa sedikit lega. Chervyle terus juga berjalan ke arah Cherryle lambat-lambat.
"Wei! Ada perempuan comel lah! Kita biar jelah budak kecil ni. Kita ada makanan yang lagi enak!"kata salah seorang dari mereka. Chervyle mula gelisah.
Cherryle terus berjalan mendekati mereka bertiga. Lelaki itu mula bersorak kerana merasakan 'makanan' datang sendiri ke arah mereka. Satu dua saat kemudian....
Dush! Pow! Dum!
Chervyle ternganga. Begitu juga budak kecil itu. Setiap mereka hanya kena sekali tumbukan sahaja tetapi terus pengsan.
"Lemah rupanya,"kutuk Cherryle kepada mereka. Lalu dia bergerak ke arah budak kecil itu.
"Kau buat apa dekat sini? Pergi balik! Dah malam ni!"marah Cherryle.
Ada ke patut budak kecil ni merayau-rayau pada waktu malam? Memang tak sayang nyawa.
Budak kecil itu terus menangis ketakutan melihat Cherryle yang naik angin. Cherryle terkejut.
"Woi! Dah lah menangis tu!"marah Cherryle. Kali ni lebih perlahan tetapi tetap juga budak tu menangis.
"Kakak ni! Dia baru lepas ketakutan. Kakak pula marah dia? Kakak ni, dengan budak kecik pun nak berkasar."bebel Chervyle. Cherryle hanya tersengih.
"Kakak malaslah pujuk. Adiklah pergi. Kakak dah tolong matikan penjahat tadi. Giliran adik pula,"Cherryle tersengih-sengih sambil buat muka poyo. Chervyle buat muka menyampah.
Kaki Chervyle terus dituju ke arah budak itu. Lalu tangannya memeluk budak kecil itu lembut. Serta-merta budak itu kembali tenang. Pelukan Chervyle dibalasnya.
"Dah. Dah,"pujuk Chervyle.
Chervyle terus mengelap sisa air mata budak perempuan itu dengan ibu jarinya. Rambut budak itu yang kusut masai dirapikan dengan tangan. Chervyle terus menghadiahkan senyuman manis kepada budak itu.
"K-kakak ni, kaum Ancarnelion, ke?"tanya budak kecil itu tersedu-sedan. Wajah budak kecil itu segera ditatap Chervyle. Dia terkejut.
"Kakak ni peliklah. Kenapa boleh jadi baik dengan saya? Biasanya kaum Decornelion tidak pernah buat baik macam ni,"pelik budak itu bertanya. Chervyle terdiam. Apa yang patut dijawabnya?
"Mana adalah! Dia ni kembar kakak. Mesti dia ni sama seperti kakak, kan? Kakak ni kaum Decornelion, tau."Cherryle menyelamatkan keadaan. Budak itu hanya mengangguk walaupun telahannya ingin sekali dia percaya yang seorang gadis di depannya kini adalah salah seorang kaum Ancarnelion.
"Oh. Ya, lah. Adik tinggal dekat mana? Biar kami yang hantarkan. Bahaya waktu malam macam ni,"kata Cherryle pula dengan ramah. Budak itu hanya mengangguk.
Budak itu terus berlalu pergi dengan dipimpin oleh Chervyle sambil diikuti oleh Cherryle.
Sesampainya di rumah budak itu, budak itu terus menekan loceng pintu itu. Rumah itu nampak mewah betul.
Tiba-tiba, pintu itu dibuka dari dalam. Terus keluar satu wajah yang sedikit berkedut.
"Aqyne? Kamu kemana, sayang? Mak risau,"wanita itu terus memeluk anaknya.
"Kakak-kakak ni yang tolong Aqyne dari kena buli,"beritahu budak itu atau dikenali sebagai Aqyne. Wanita itu sedikit pelik.
"Jadi, boleh kami tolong kamu berdua pula? Terima kasih selamatkan anak saya,"ucap wanita itu.
"Sebenarnya kami nak tanya, tahu tak dimana rumah yang berdekatan pokok berbunga biru kehijauan? Kami perlu pergi ke rumah ibu saudara kami,"pinta Cherryle.
Mukanya cuba didinginkan supaya tidak dicurigai oleh wanita itu. Nanti dikatakan sebagai kaum Ancarnelion pula sebab terlalu sopan. Wanita itu tersenyum gembira.
"Kamu berdua mesti anak kembar Reil, kan?"
Bersambung.....
(Hohoho, makin lama...makin tak best! Siapa sokong?!!! Angkat tangan!!!!🙌)
YOU ARE READING
DIFFERENT TWIN │ ✓
FantasyChervyle dan Cherryle ialah adik-beradik kembar yang berbeza kaum. Mereka merupakan anak kepada Elene dan Reil. Elene dari kaum Ancarnelion yang telah terperangkap dalam cinta terlarang bersama Reil dari kaum Decornelion telah melahirkan kembar yang...