35: Gone

1.2K 99 36
                                    

Satu susuk tubuh sedang asyik melayan perasaan di bawah pokok. Chervyle membiarkan angin melayangkan rambut panjangannya. Fikirannya menerawang jauh.

Kenangan dulu sentiasa berlegar-legar dalam fikirannya. 'Apa khabar papa dan mama sekarang?' fikirnya. Sudah lama dia tidak mengunjungi makam bapanya.

Kepalanya menerokai semula kejadian yang lepas. Mak cik Dyena akhirnya boleh terima mereka sebagai kembar yang berbeza kaum. Mereka sekarang boleh tinggal semula dalam rumah itu. Layna pula sudah dikurung dalam penjara petir untuk selama-lamanya.

Semua jenis larangan mula diubah semula. Kerajaan Decornelion dan Ancarnelion menjadi satu. Berkembang dan terus maju.

"Chervyle...,"panggil Cherryle dari belakang pokok. Tangannya membawa sedulang teh. Punggungnya dilabuhkan ditepi Chervyle.

"Kakak, mana Ayrend?"tanya Chervyle perlahan. Matanya mencari-cari kelibat lelaki itu. Cherryle terdiam seketika.

"Chervyle, Ayrend... Dia...,"Cherryle tidak dapat menghabiskan ayatnya. Air matanya terus mengalir. Chervyle terkejut. Kenapa kakaknya tiba-tiba menangis.

"Kenapa? Kakak, kenapa dengan Ayrend?"Chervyle mula gelisah.

Semenjak Ayrend ditikam oleh Layna, lelaki itu terus pengsan dengan darah yang mengalir laju. Keadaannya tidak dapat dipastikan. Belakang badan lelaki itu ditikam kerana ingin melindunginya.

Ayrend sekarang masih berada di rumah tabib. Sudah setahun semuanya berlalu. Dan Ayrend langsung tidak sedarkan diri.

"Chervyle, kakak harap adik boleh terima yang Ayrend, Ayrend sudah... Pergi...,"beritahu Cherryle dalam tangisan.

Cherryle terus memeluk bahu Chervyle dengan kemas. Chervyle masih tidak boleh terima.

"Apa yang kakak... Merepek ni?"tanya Chervyle. Tolonglah jangan kata yang Ayrend sudah tiada.

"Chervyle, Ayrend, dia sudah pergi."

"Tidak!"serta-merta dengan itu, Chervyle menangis.

Air matanya tidak berhenti mengalir. Semuanya tinggal kenangan sahaja. Ayrend, lelaki yang membawa luka di zaman silamnya menjadi seorang lelaki yang dia cintai.

Ianya sukar... Ianya sukar untuk terima pemergian Ayrend. Inikah pengakhirannya? Bolehkah dia terima?

"Sudah... Jom masuk...,"Cherryle terus memimpin adiknya masuk ke dalam rumah mak cik Dyena.

Cherryle terus menguak pintu rumahnya. Semua yang ada di situ kelihatan sangat sedih. Aqyne juga kelihatan begitu sedih. Aymai, Acell dan Adden juga. Pastinya mak cik Dyena juga.

"Adik, berehat lah. Kebelakangan ni, adik sangat murung,"ujar Cherryle lembut. Chervyle hanya mengangguk kecil.

Kakinya diatur satu persatu menaiki tangga. Setiap kenangannya bersama Ayrend menerjah fikirannya.

Pintu bilik dibuka perlahan. Kakinya terus berjalan ke arah beranda bilik itu. Angin bertiup lembut ke arahnya.

'Ayrend...,' bisik hati Chervyle.

Air matanya terus mengalir perlahan. Kehilangan Ayrend sangat sukar diterima olehnya.

"Ayrend, aku betul-betul rindukan kau...,"ucap Chervyle perlahan. Air matanya menitis lagi dan lagi.

Tiba-tiba, dirasakan badannya dipeluk daripada belakang.

"Aku pun!"bunyi satu suara yang cukup dikenalinya. Chervyle terkejut sakan.

Badannya terus dipusingkan.. matanya membulat.

"Ha... Hantu!"jerit Chervyle kuat. Badannya terus ingin berlalu dari situ. Tetapi, lembaga itu laju memegang tangannya.

"Ah... Orang mati... Hidup semula?"pandangan matanya mula berubah menjadi gelap.

"Chervyle! Woi, bangunlah!"panggil suara itu. Tangannya terus mencempung Chervyle ke arah katil. Badan gadis itu dibaringkan.

Kakinya terus berlalu keluar dari situ.

"Hah! Amacam, Ayrend? Jadi, tak pelan aku?"tanya Cherryle ceria.

"Dia ingat aku ni hantu, lah! Siap pengsan lagi!"marah Ayrend. Cherryle terus ketawa terbahak-bahak.

Gok!

"Aduh! Kenapa kau luku kepala aku?"marah Cherryle kepada Adden.

"Kau ni, idea tak boleh pakai! Memang patut kena luku pun! Tulah, lagi senang kalau temukan diorang ni direct terus. Memang saja nak cari pasal dengan adik sendiri. Aku tak tahulah Raja Jelda dan Raja Keron tu tengok kau matang dari celah mana?"bebel Adden.

Gok!

"Aduh, mak! Kenapa ketuk kepala Adden dengan batang penyapu?"kepalanya telah dipukul oleh ibunya sendiri. Mak Cik Dyena kelihatan sangat marah.

"Cherryle tu bakal isteri kau. Jangan layan dia macam kawan bergaduh zaman kecil,"marah mak cik Dyena. Adden hanya mengangguk sambil menggosok kepalanya.

"Ayrend, pandai-pandai kaulah nak yakinkan si Chervyle tu."arah mak cik Dyena. Dia sudah penat berlakon atas idea si Cherryle.

Ayrend mengangguk kemudian terus berlalu ke arah bilik Chervyle.














































Bersambung.......

DIFFERENT TWIN │ ✓Where stories live. Discover now