13: Decornelion Kingdom

1.2K 101 5
                                    

"Kakak nampak sesuatu di hujung hutan ni,"bagitau Cherryle.

Sudah berjam-jam mereka terbang. Sekali-sekala mereka berjalan ketika sayap mereka kejang atau kebas.

Sesampainya sahaja mereka di pinggir hutan mereka ternampak satu benteng tinggi yang besar dimana menempatkan kerajaan Decornelion yang menakutkan.

"Chervyle, kita akan berjalan. Adik kena sembunyikan sayap adik sekarang. Kita akan masuk kawasan kaum Decornelion,"arah Cherryle laju.

Chervyle turutkan saja. Dia tahu mulai sekarang dia berada dalam risiko yang bahaya.

Mereka terus berjalan ke arah gerbang utama kerajaan Decornelion.

"Tunggu! Kamu siapa?"tanya pengawal yang menjaga gerbang tersebut. Chervyle mula takut dengan pengawal yang terdiri daripada makhluk yang bertanduk besar dan berwarna biru kehitaman.

"Kami ni kaum Decornelionlah. Apa lagi?"jawab Cherryle selamba walaupun hatinya begitu risau sekali. Chervyle hanya memegang tangan Cherryle sambil memejamkan mata. Sungguh, makhluk itu betul-betul menakutkannya.

"Buktikan!"suruhnya kasar. Cherryle serta-merta mengeluarkan sayap hitamnya. Makhluk itu terangguk-angguk. Matanya dikalihkan kepada gadis ditepi Cherryle pula. Namun, Chervyle hanya diam membisu.

"Giliran kau, budak!"suruh makhluk itu kepada Chervyle. Chervyle dan Cherryle mula risau.

"Woi, bangang! Kau ni lembap ke, hah?! Dia kembar aku! Mestilah dia juga kaum Decornelion! Kau nak kena makan tumbukan aku ke, hah?!"tengking Cherryle kepada makhluk itu kuat.

Jatuh rahang makhluk itu dengar Cherryle melawan. Dia tak sangka ada yang berani melawannya sedangkan dialah penjaga hebat kerajaan Decornelion.

Cherryle dan Chervyle terus berjalan masuk melalui pintu gerbang itu. Makhluk tadi hanya membiarkan mereka lalu sambil terpinga-pinga sendirian.

Saat mereka memasuki kerajaan Decornelion, mereka tidak sangka kerajaan itu langsung tidak menakutkan mereka.

Walaupun kaum Decornelion banyak yang kelihatan menakutkan seperti bertanduk, berekor, bersisik dan macam-macam lagi, tetapi bandar-bandar itu sungguh cantik dengan warna-warna yang cerah dan terang.

"Emm... Kita nak mula daripada mana?"tanya Cherryle kepada adiknya.

"Kita cari pokok yang berbunga biru kehijauan. Rumah ibu saudara berdekatan dengan pokok tu,"beritahu Chervyle. Matanya mencari-cari pokok tersebut tetapi tidak juga jumpa kerana tiada pokok di sekeliling mereka.

"Cuba kakak tanya siapa-siapa,"cadang Chervyle laju. Cherryle diam. Ada betulnya juga, dia langsung tidak nampak mana-mana pokok di sekelilingnya.

Kakinya laju melangkah ke arah sekumpulan kaum Decornelion yang lain. Chervyle hanya menurut di belakang Cherryle.

"Maafkan saya, dimana pokok yang berbunga biru kehijauan?"tanya Cherryle kepada salah seorang dari mereka. Ada antara mereka yang saling berpandangan.

"Kau makhluk apa, hah?! Macam ni ke kaum Decornelion?! Kau tak layak jadi kaum Decornelion. Kau terlalu sopan! Pergi!"salah seorang dari mereka menengking kembar itu. Cherryle dan Chervyle terus pergi dari situ. Mereka terpinga-pinga.

"K-kenapa?"Chervyle pelik.

"Mungkin kena tanya dengan lebih kasar,"fikir Chervyle lagi. Cherryle mengangguk kecil.

Kembar itu terus mencari dan bertanya kepada kaum Decornelion yang mereka berjumpa. Hari sudah malam dan mereka masih tidak jumpa pokok itu.

"Kakak, nampaknya kita gagal cari,"Chervyle sudah mula putus asa. Namun Cherryle masih mencari-cari pokok seperti yang dikatakan oleh adiknya. Dia tidak menjawab kata-kata Chervyle. Tiba-tiba, matanya tertarik pada sesuatu.

"Tolong! Jangan ganggu saya!"jerit budak kecil dalam lingkungan lima tahun. Tangannya memegang anak patung tengkorak kecil.

Chervyle juga memandang ke arah satu suara yang menjerit. Hatinya mula risau melihat budak kecil itu dikelilingi oleh tiga orang lelaki dewasa. Chervyle mula takut. Dia ingin selamatkan budak itu tetapi macam mana?

"Hoi!"






































Bersambung..........

Saya suka buat cerita romantik.😅..tapi kemunculan situasi tu masih belum sampai lagi dekat readers sekarang..😢.

😘Genre tu ada dekat chapter yang seterusnya....?😴 Memang sah korang akan mengantuk sebab nak tunggu chapter seterusnya....

Korang yang suka genre romantik tu, saya minta maaf sebab saya memang tak reti buat cerita menarik😭😭

DIFFERENT TWIN │ ✓Where stories live. Discover now