4: Different

1.5K 126 16
                                    

"Chervyle, mana Cherryle?"tanya Reil. Chervyle yang sedang membaca buku itu tersentak. Budak perempuan itu terus bangun berdiri menghadap ke arah Reil.

"Papa, Cherryle pergi bermain dalam hutan,"jawab Chervyle gelisah. Reil mengeluh perlahan.

"Kan papa dah kata jangan masuk hutan macam tu je! Bahaya!"marah Reil kuat.

Serta-merta Chervyle menangis tersedu-sedan kerana takut akan kemarahan bapanya. Reil tersedar, terus sahaja tangannya mengusap kepala anaknya yang baru 8 tahun.

"Chervyle dah cuba halang kakak, tapi kakak tetap nak masuk ke dalam hutan sana,"bagitau budak perempuan itu.

"Sudah. Tolong papa cari Cherryle. Jangan pergi jauh, tau. Dah nak gelap dah ni,"pinta Reil. Chervyle terus mengangguk kecil.

Chervyle berlari ke depan rumah. Badannya dipusingkan menghadap ke hutan.

Tiba-tiba, muncul sepasang sayap berwarna putih di belakang badan Chervyle.

Tanpa disangka, Reil berasa rindu terhadap Elene yang sudah lama meninggalkan mereka bertiga.

Melihat anaknya, Chervyle dan Cherryle, mereka mendapat keturunan dari ibu bapa nya. Chervyle bersayap putih seperti salji. Berlainan dengan Cherryle yang bersayap hitam berkilat.

Chervyle seorang anak yang mendengar kata dan perintah yang diberikan pasti dilaksanakan. Seorang budak yang jujur seperti ibunya, Elene. Lega hatinya melihat Chervyle.

Namun, Cherryle seorang anak yang degil tetapi kadang-kadang sahaja baik. Suka sangat langgar perintah dan nakal. Mesti jawapan yang diberikan berbelit-belit. Harapan Reil benar-benar tidak mahu anaknya menjadi sadis sepertinya.

Walaupun mereka kembar, mereka berbeza kaum dan perangai.

Reil tersedar dari lamunannya yang panjang. Apabila mencari kelibat Chervyle, nampaknya budak itu sudah terbang pergi ke dalam hutan.

Reil melihat sekeliling rumahnya. Hanya hutan. Setelah Elene dan dia berkahwin, mereka berdua tinggal di dalam satu-satunya hutan yang menjadi sempadan antara kerajaan Ancarnelion dengan Decornelion.

Anak-anaknya langsung tidak tahu perihal kaum mereka sendiri. Reil tidak mahu anaknya berasa diri mereka perlu berpisah antara satu sama lain. Permusuhan antara Ancarnelion dengan Decornelion tidak diberi tahu langsung kepada kembar itu.

Reil terus masuk ke dalam rumah dan pergi ke dapur, dia perlu memasak untuk anak-anaknya.
































Bersambung......

DIFFERENT TWIN │ ✓Where stories live. Discover now