23: Herb

1.1K 89 11
                                    

"Kau kena...,"Adden sengaja tarik ayatnya panjang.

Ayrend pula dah ternanti-nanti dengan apa yang ingin diucapkan oleh Adden.

"Kau kena...," sekali lagi dia menarik ayatnya.

"Bagitau jelah sebelum aku hempuk kepala kau guna batang penyapu mak!"marah Ayrend. Adden memang sengaja uji kesabarannya.

"Kau kena hati-hati guna herba tu sebab ianya pedih sikit,"bagitau Adden.

Dush!

"Adoi! Kena tumbuk lagi,"keluh Adden. 'Ok, aku mengaku hari ni hari tumbuk sedunia.'bisik hati Adden.

"Erghh! Aku ingat apa la tadi. Sengaja nak buat aku berdebar!"marah Ayrend. Adden hanya tersengih.

"Ambil herba dalam bakul tu. Daun yang berwarna merah tu,"beritahu Adden sambil menunjukkan sebakul daun-daun yang berwarna merah.

Ada juga bakul yang lain menempatkan akar pokok, pokok-pokok kecil dan daun yang mempunyai pelbagai jenis warna.

Ayrend terus mengambil beberapa helai daun merah dan keluar dari bilik Adden.

Adden dah terbaring atas katil. Matanya sudah tertutup. Dia perlu tidur segera.

Ayrend masih berdiri di luar bilik Adden sambil melihat daun merah di tangannya.

Daun itu mengeluarkan cecair yang suam. Agak pedih yang dirasakannya di tangan.

Laju kakinya melangkah ke sebuah pintu. Tangannya kemudian mengetuk pintu itu.

Wajah Chervyle yang mengantuk tersembul di sebalik pintu yang diketuknya.

"Erm... Nak apa?"tanya Chervyle dalam keadaan yang masih mamai.

"Aku beri kau herba ni untuk hilangkan parut,"beritahu Ayrend sambil melihat daun merah di tangannya.

Matanya terus beralih kepada Chervyle tetapi...

Chervyle tersengguk-sengguk di muka pintu pula. Nampak sangat mengantuknya. Ayrend mula berasa geram.

"Chervyle!"jerit Ayrend di telinga kiri Chervyle. Serta-merta Chervyle tersedar.

"Ya. Ya... Ya? Ada... Apa?"tanya Chervyle terkejut.

"Aku nak bagi herba ni dekat kau untuk hilangkan parut sayap kau,"bagitau Ayrend. Nadanya sedikit ditekankan.

Chervyle kembali mamai melihat daun di tangan lelaki itu.

"Terima kasih...,"herba di tangan Ayrend di ambilnya lalu disuakan ke dalam mulut. Ayrend terkejut dengan tindakan meluru Chervyle.

"Woi! Kau nak mati, ke?"jerit Ayrend lalu terus merampas kembali daun di tangan Chervyle. Mujurlah gadis itu masih belum makan herba tadi.

"Dah tu? Macam mana? Cepat lah, Ayrend!"Chervyle mula meragam. Ayrend pula yang terpempan.

"Sapu di tempat ada parut,lah! Kau ni, itu pun tak tahu,"beritahu Ayrend. Tetapi...

Chervyle sekali lagi tersengguk-sengguk di muka pintu. Ayrend mula naik angin.

Lelaki itu terus mengangkat Chervyle di atas bahunya. Chervyle kembali sedar. Ayrend terus meletakkan badan Chervyle di atas katil gadis itu dengan kasar.

"Aduh! Awak dah kenapa?"tanya Chervyle sambil menahan sakit belakang badannya. Dia masih terbaring tidak boleh bangun kerana Ayrend di depannya.

Mata Chervyle terus memandang tajam ke arah Ayrend yang berada di atasnya. Namun, dia pula yang dipandang tajam oleh Ayrend.

Chervyle meneguk air liurnya. Matanya sudah tidak mengantuk lagi. Dia terlalu dekat dengan lelaki itu menyebabkan jantungnya berdegup kencang terus-terusan. Seratus peratus perasaan mengantuknya hilang di kala itu.

"Keluarkan sayap kau sekarang!"arah Ayrend dalam kemarahan. Chervyle hanya mengangguk sahaja.

Ayrend terus menarik tangan Chervyle untuk bangun. Badan Chervyle dipalingkan membelakanginya dengan paksaan. Chervyle yang kekeliruan hanya turutkan saja.

Skrechh!

"Wargh! Awak buat apa ni?"terjerit Chervyle. Kenapa?

"Senyap lah kau! Aku koyak baju kau di bahagian belakang je! Bahagian depan kau selamat!"marah Ayrend kepada Chervyle.

Muka Chervyle mula memerah. Walaupun macam tu, dia malu.

"Aku kena sapu air herba ni di bahagian bawah sayap kau. Di kawasan berparut. Berdekatan dengan badan kau. Sebab tu aku koyak baju kau."beritahu Ayrend kasar.

Ayrend terus menitiskan air daun merah itu di sayap putih Chervyle.

"Ahh!"
























































Bersambung..........

DIFFERENT TWIN │ ✓Where stories live. Discover now