Matanya dibuka semula dan....
"Ahh!"terjerit Chervyle setelah apa yang dilihatnya. Matanya ditutup semula dengan tangan.
"Kau!"marah satu suara yang berada tidak jauh darinya. Suara yang agak kasar.
"Maafkan saya! Maafkan saya!"Chervyle meminta maaf. Mukanya dah memerah.
Mana taknya, dia ternampak seorang lelaki yang sedang membuka baju didalam tandas itu, oi!!
Chervyle terus membuka pintu untuk keluar dari situ. Mukanya dah berasa panas.
Namun lelaki itu lebih pantas menghalang Chervyle dari keluar. Pintu tandas ditutup semula. Lalu tangannya menahan Chervyle di dinding.
Serta-merta pandangan mereka bertaut. Muka Chervyle semakin merah. Malu dan takut bersatu.
"Kau?!"terkejut lelaki itu melihat wajah Chervyle. Chervyle terpanar.
Didepannya sekarang adalah lelaki yang baru sahaja dijumpainya dalam hutan tadi.
'Huhuhu, selamat lah kau, Chervyle,'tangis hati Chervyle.
"Aw... Awak? Awak buat apa kat sini?!"tanya Chervyle. Matanya terus ditutup dengan tapak tangannya.
Dia malu. Badan lelaki itu yang masih belum berbaju agak rapat dengannya. Dah tu, six pack pulak.
"Aku yang sepatutnya tanya kau!"marah lelaki itu.
"Maaf! Saya bukan sengaja masuk ke kawasan awak! Saya terpaksa!"Chervyle makin gelabah. Sudahlah dia malu. Tambah pula dengan takut kerana berjumpa dengan lelaki panas baran tengah hari tadi.
"Terpaksa?"tanya lelaki itu. Lelaki itu kaku sebentar.
Tiba-tiba Chervyle merasakan badannya terapung di udara. Bila lihat keadaan sebenar...
"Wargh! Turunkan saya!"jerit Chervyle. Lelaki itu rupa-rupanya memikul Chervyle di bahunya. Kemudian, lelaki itu terus terbang ke ruang tamu di mana mak cik Dyena berada.
"Ayrend! Kamu buat apa gendong Chervyle?!"tanya mak cik Dyena terkejut. Boleh pula anak terunanya memikul anak dara orang macam barang? Tiada adab!
Lelaki itu atau dipanggil namanya Ayrend terus melemparkan Chervyle di atas sofa.
Chervyle terkejut. Sakit badannya diperlakukan sedemikian. Matanya tertutup rapat kerana masih sakit.
'Patahlah tulang aku, oi!'marah Chervyle dalam hati.
"Kenapa perempuan ni ada kat sini, mak?"tanya Ayrend. Mukanya tegang. Mak Cik Dyena mula berasa bosan.
"Dia sepupu kamu. Anak kepada Pak Cik Reil. Pak cik dah meninggal jadi mulai hari ni dia dan kakaknya akan tinggal di sini,"beritahu Mak Cik Dyena malas. Tangannya terus mencapai secawan teh yang baru sahaja dihidangkan oleh Layna.
"Tapi, mak tahu tak yang perempuan ni sebenarnya...,"
"Sudah! Kamu pergi naik atas sekarang! Nanti nantilah kita bincang! Sudah lewat malam ni!"Mak Cik Dyena berkata dengan marah.
Fikirannya kusut teringat tentang adiknya yang baru sahaja meninggal. Agak sukar untuk menerima berita yang mengejut itu.
"Kau, perempuan! Ikut aku sekarang! Aku nak bincang,"arah Ayrend kasar.
Chervyle kelihatan teragak-agak. Melihat gadis itu yang ragu-ragu, Ayrend terus menarik tangan Chervyle dengan kasar lalu naik ke tingkat atas.
Chervyle hanya mengikut. Dalam hatinya sudah terlebih risau.
Ayrend terus menarik Chervyle masuk ke bilik lelaki itu. Lepas sahaja pintu ditutup, sekali lagi badannya ditolak rapat ke daun pintu.
Chervyle menggeletar. Terangkat kening Ayrend melihat gadis dihadapannya seakan hendak menangis.
"Kenapa dengan kau ni?"tanya Ayrend kasar.
"K-kalau awak n-nak bincang cara kasar pun, t-tolonglah pakai baju dulu."pinta Chervyle. Dia sudah gelabah.
Sudahlah lelaki itu bawanya masuk ke bilik dia. Tambah pula lelaki itu tidak berbaju membuatkan Chervyle berasa terancam.
'Jangan terkam aku sudah.'pinta Chervyle dalam hati.
Ayrend hanya mengeluh. Lalu dibuka almarinya dan terus memakai baju yang baru diambilnya.
Setelah siap memakai baju, lelaki itu terus berdiri di depan Chervyle yang masih tegak berdiri di depan pintu.
"Kau...,"
Bersambung.......
YOU ARE READING
DIFFERENT TWIN │ ✓
FantasyChervyle dan Cherryle ialah adik-beradik kembar yang berbeza kaum. Mereka merupakan anak kepada Elene dan Reil. Elene dari kaum Ancarnelion yang telah terperangkap dalam cinta terlarang bersama Reil dari kaum Decornelion telah melahirkan kembar yang...