"Chervyle!"jerit Cherryle. Matanya membulat melihat keadaan Chervyle.
Chervyle hanya tersenyum. Air matanya mengalir di pipi mulusnya perlahan-lahan.
Cherryle terkejut. Dia tidak berasa sakit kerana adiknya. Cherryle melihat tangan Chervyle yang sudah mengalirkan darah yang tidak berhenti.
Chervyle telah mengorbankan lengannya hanya untuk melindungi kakak kembarnya.
Ayrend terkejut. Matanya kaku. Dia betul-betul terkejut melihat lengan Chervyle yang sudah terputus. Tangan Chervyle jatuh ke lantai.
Perlahan-lahan badan gadis itu menjadi lemah lalu rebah ke dalam pelukan kembarnya.
"Chervyle! Kenapa adik buat macam ni?!"raung Cherryle dalam tangisan. Air matanya laju mengalir.
Ayrend dan Adden hanya mampu menatap dari jauh. Tercungap-cungap gadis itu berusaha untuk menarik nafas.
Tangan mak cik Dyena yang memegang pisau sudah terlepas pegangannya. Pisau itu jatuh ke lantai. Badannya perlahan-lahan berundur ke belakang.
"Chervyle! Chervyle! Tolonglah bertahan!"tangisan Cherryle makin kuat. Tangannya memeluk badan Chervyle yang sudah terketar-ketar kesakitan.
"Mak cik, kenapa? Kenapa? Benci sangat ke kami?"tanya Cherryle kepada mak cik Dyena yang sudah bersandar di dinding dapur.
"Argh!"suara kemarahan Ayrend laju menerjah pendengaran semua yang ada di dapur termasuk Chervyle yang kesakitan.
Ayrend terus menghayunkan kakinya ke atas lalu menendang atas kepala gergasi yang memegang kedua-dua tangannya.
Kemudian, kakinya sekali lagi menendang muka dan perut gergasi itu dengan laju.
Gergasi itu sudah terbaring kesakitan kerana terima penangan dari Ayrend.
Adden dan Ayrend sama-sama melajukan langkahan ke arah kembar itu.
"Jom bawa Chervyle ke rumah tabib!"arah Adden laju. Cherryle terpanar.
Ayrend tidak mengambil masa yang lama. Laju sahaja tangannya mencempung tubuh kurus Chervyle dan pergi dari situ.
Ayrend dan Adden sudah pergi dari situ.
"Sampai hati, Mak Cik Dyena...,"rintih Cherryle perlahan. Mak cik Dyena berpaling ke arah Cherryle yang sudah berdiri.
"Maafkan saya sebab dah tipu mak cik. Kami berdua tak akan tinggal di sini lagi. Jadi, kami minta maaf sebab dah menyusahkan mak cik,"beritahu Cherryle dalam tangisan kemudian kakinya laju mengikuti Adden dan Ayrend.
"Cepat! Dimana rumah tabib tu?!"tanya Ayrend resah.
"Sudah tak lama. Lepas tu, kita belok kanan,"beritahu Adden laju. Cherryle hanya mengikuti mereka dalam diam.
Cherryle memerhati wajah adiknya yang sudah pucat. Peluh dingin mengalir di dahinya. Matanya langsung tidak dibuka. Badannya menggeletar kesakitan.
Ayrend memeluk Chervyle. Dia tidak sangka gadis itu sanggup berkorban demi kakaknya sendiri.
Walaupun perlindungan itu kelihatan kecil di mata, tetapi... ianya menunjukkan kasih sayang yang besar terhadap seseorang.
"Kita dah sampai!"beritahu Adden. Ayrend dan Cherryle dua-dua menarik nafas lega.
"Atuk Errand! Atuk Errand!"panggil Adden kuat.
"Ya... Ya ... Ada apa sebenarnya ni?"satu wajah tua lebih kurang 70-an muncul disebalik daun pintu utama rumah.
Ketiga-tiganya terus meluru ke arah lelaki tua yang dipanggil Atuk Errand. Atuk Errand kehairanan melihat mereka bertiga bersama seorang gadis yang kelihatan sangat pucat. Gadis yang berada dalam pelukan seorang itu tiada tangan?
"Atuk Errand! Tolong kami rawat gadis ni!"
Bersambung.......
YOU ARE READING
DIFFERENT TWIN │ ✓
FantasíaChervyle dan Cherryle ialah adik-beradik kembar yang berbeza kaum. Mereka merupakan anak kepada Elene dan Reil. Elene dari kaum Ancarnelion yang telah terperangkap dalam cinta terlarang bersama Reil dari kaum Decornelion telah melahirkan kembar yang...